Tuesday, December 30, 2008

Kebas dah tangan aku..

Hadoi la.. ade lagi dua minggu je lagi..
repot baru siap 3 bab..
pasni nak masuk bab sesalur, bab sistem pendawaian n bab keselamatan.
pemasangan litar akhir pun kena masuk jugak..huaaaaaa..
nak gi cop lagi kat leong's..
nak wat hard cover lagi..
xlarat le aku..


Learn what you will, but know that so long as you do not implement what you learn, Allah will give you no reward for it.
Muadh ibn Jabal

Sampai Bila???

Slideshow: Israel launches air strikes on Gaza
Play Video Video: Israeli troops near Gaza, airstrikes continue AP
Play Video Video: Hospitals in Gaza suffer chronic shortages AFP
AP – A Palestinian mourner shouts as he lifts the body of one of the victims, during the funeral of five members …
GAZA CITY, Gaza Strip – Israel obliterated symbols of Hamas power on the third day of what the defense minister described Monday as a "war to the bitter end," striking next to the Hamas premier's home, and devastating a security compound and a university building.
The three-day death toll rose to at least 315 by Monday morning, with some 1,400 wounded. The U.N. said at least 51 of the dead were civilians, and medics said eight children under the age of 17 were killed in two separate strikes overnight. Israel launched its campaign, the deadliest against Palestinians in decades, on Saturday in retaliation for rocket fire aimed at civilians in southern Israeli towns.
Since then, the number of Israeli troops on the Gaza border has doubled and the Cabinet approved the call-up of 6,500 reserve soldiers.
The strikes have driven Hamas leaders into hiding and appear to have gravely damaged the organization's ability to launch rockets, but barrages continued. Sirens warning of incoming rockets sent Israelis scrambling for cover throughout the day.
One medium-range rocket fired at the Israeli city of Ashkelon killed an Arab construction worker there Monday and wounded several others. He was the second Israeli killed since the beginning of the offensive.
On Sunday, Hamas missiles struck for the first time near the city of Ashdod, only 25 miles (40 kilometers) from Israel's heart in Tel Aviv. Hamas leaders have also threatened to renew suicide attacks inside Israel.
At first light Monday, strong winds blew black smoke from the bombed sites over Gaza City's deserted streets. The air hummed with the buzz of drone aircraft and the roar of jets, punctuated by airstrike explosions. Palestinian health officials said one strike killed four Islamic Jihad militants and a child.

*sedih, marah tapi apa gunanya..aku tak mampu..

negara2 Arab memang bodoh!! sanggup biar saudara sendiri menderita..

Sunday, November 16, 2008

This is bad...





Nike design satu jersi terbaru untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia
Jersi ni nampak cun tapi ada cacat..
Tanda Salib lak diletak kat situ..
Mau dilanda 'tsunami' lak Pasukan Malaysia nanti..
elok2 ranking dah naik, jatuh merudum lak..
Jersi ni mesti kena reject punya la dgn FAM..
Nike tak prihatin atau sengaja mau bikin panas??

Sunday, November 9, 2008

Minggu Ni Penuh Kehairanan!!

Hairan..hairan..hairan..
Minggu ni aku selalu datang kerja lewat..tak kena marah dengan Ah Chong..hairan..
Lepas rehat pun lewat masuk, tak kena marah jugak..hairan..
Aku kerja dengan Ah Hwa yang garang macam singa minggu ni..tapi perwatakan dia berubah btol, dia nk suruh aku buat kerja pun cakap elok2 je..takde le mcm selalu sikit2 tengking sampai nak pecah gegendang telinga orang yg keja dgn dia.. hairan but i feel good..
Ah Kit pun sama jugak..Ah Hoi wa punya sifu pun tak marah bila aku tak serius wat kerja..
ini yang menjadi persoalan..bukan aku saja yang perasan, budak2 praktikal pun jelas melihat zon selesa yang menimpa diri aku..dan mereka agak jeles..haha
Kenapa hah suma orang baik dengan aku minggu ni???
Nak kata aku jadi kaya...jauh panggang dari api.(moto rosak pun x mampu nak baiki)
Aku dah jadi hensem?? Well aku kan mmg hensem drpd Barrack Obama..tapi warna kulit hampir sama..hehe. tak munasabah..
Ke sebab aku kenal geng2 konsultan (bos agak takut dgn diorang)..knal pun sebab slalu men futsal dgn diorang..
atau diorang dah tau masalah aku heh??
tak kisah la apa sebabnya..yang aku tau tak lama lagi praktikal dah nak abis..sebulan lebih je lagi..
elok jugak diorang baik dengan aku..takde le aku dok merepek,mengumpat diorang kat site..(byk dosa dah tu)
mungkin minggu ni Allah bagi mudah urusan aku..mana la tau minggu depan diuji pulak kesabaran & keimanan aku..

Tuesday, November 4, 2008

Apa Cerita Pasukan Bola Sepak Perak???

Dalam surat2 khabar aku tak nampak pun sebarang berita mengenai pasukan Perak..Pasukan lain dah sibuk menunjuk-nunjuk pemain star yang dapat depa pancing.. mungkin aku terlepas pandang kot. Tapi banyak pulak berita mengenai perpindahan pemain2 regular Perak ke pasukan lain.

Ke Selangor
K.Nanthakumar(panjang)
Hamsani Ahmad(Botek)
Nasril Nordin

Ke Kelantan (kalau x silap aku la)
Khalid Jamlus

Ada lagi... Fakri, Hardi Jaafar, Danial Fadzly dan beberapa orang lagi pun keluar jugak.

Kapten (A.A) dengar kabar nak bersara..betoi ke??

Habis tu..sape je yang tinggal kat team Perak?

sape pulak star player yang masuk team Perak?

Kena harap kat bebudak team Piala Presiden lak jawapnye..manalah tau kan deme ni berbakat besar tapi dikecikkan oleh Steve Darby..

Err..takde ke ura2 Steve Darby nak blah?

Posisi keeper ade kosong x?hehe..

MAT: Jangan JOMA stop tajaan sudah....pakai cap Arora la(jersi dengan team Dakikuyen)

Sunday, October 26, 2008

Pasukan Malaysia Gagal Pertahankan Kejuaraan

Agak tragik keputusan perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka yang menemukan pasukan MALAYSIA dengan Vietnam malam semalam. Biarpun Malaysia menampilkan aksi menyerang bertubi-tubi ke pintu gol lawan namun dengan kekentalan kubu pertahanan Vietnam yang sentiasa berkampung dikawasan pintu gol mereka menyebabkan pemain Malaysia menjadi buntu untuk mencipta gol. Hadoi, tak senang duduk aku kat depan TV td.

Perlawanan tadi kelihatan lebih dikuasai Malaysia tapi dengan Vietnam bijak membuat strategi sehingga memaksa perlawanan diseret ke penentuan melalui sepakan penalti. Geram jugak aku tengok pemain Vietnam yang suka-suka melengah-lengahkan masa dengan melakonkan pelbagai aksi orang sakit ditengah padang..Asal sentuh kuat sikit, tergolek..mengadu sakit...
Tapi itu la strategi Vietnam, tak perlu main cantik tapi jadi Juara jugak.

Apa-apa pun pemain Malaysia telah beri persembahan terbaik yang bagi aku cukup membanggakan sepanjang perlawanan. Penjaga gol, Helmi Eliza banyak makan angin je kat pintu gol. Pertahanan memang bagus. Aku suka Daudso yang banyak jugak buat overlapping td. Irwan pun masih kental lagi walaupun lama tak main kebangsaan. Bahagian tengah dan penyerang pun ok cuma kena lebih kreatif nak dapatkan gol.. Memang nasib tak baik dapat lawan jenis macam tu..

Bola sepak Malaysia boleh maju lagi..sampai bila2 pun aku sokong hangpa tak kira la duduk ranking ke berapa pun..Aku tabik kat penyokong2 Malaysia yang pergi ke stadium Nasional Bukit Jalil td.

Saturday, October 25, 2008

Melodi Cinta Lama

Monday, October 20, 2008

Waspada Pelaburan Anda

BNM serbu 4 syarikat
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD.SAHAK dan TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
"Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram," jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,'' jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM dihttp://www.bnm.gov.my

Thursday, September 18, 2008

Kecelaruan FAM

Perak kalah 2-0 kpd Safa SC dari Lubnan..huhu
Lagi sedih pasukan paling top kat Malaysia ketika ini, Kedah kena belasah 5-0 dengan Muharraq dari Bahrain.

Adakah ini semua sebab ketiadaan pemain import? Aku terkenang kembali kehebatan Frank Seator, Luciano Goux, Kieta Mandjou dan Abdoulaye Traore sewaktu deme bermain untuk pasukan Perak. Bambang Pamungkas dan Elie Aboy yang pernah menghancurkan harapan Perak untuk menang Piala FA 2005. Ketajaman penyerang import Kedah, Marlon Alex James dan Magno Marcos yang menjadi igauan setiap pasukan dalam Malaysia.

Tapi nak buat macam mana dah keputusan FAM untuk tak benarkan pemain import bermain musim hadapan. Alasan deme, nak mempercepatkan lagi proses bola sepak tempatan apabila peluang diberikan kepada pemain muda untuk beraksi.

Dah nampak skrgkan,pemain-pemain import ni dinyah dari bumi Malaysia sebab diorang tutup peluang pemain2 tempatan. Kiranya hebat la pemain import yang ada skrg ni.

Lagi satu sebab, pengurusan bola sepak negeri dgn kelab kini banyak yang mengalami masalah kewangan. Nak bayar pemain import mestilah mahalkan. Tue sebab banyak kes pemain tak dapat gaji.

Dijangkakan musim hadapan mutu bolasepak akan menurun sedikit. Jumlah kedatangan penonton mungkin akan merosot disebabkan ketiadaan pemain import dan juga disebabkan jadual perlawanan Liga Super yang disusun untuk musim hadapan terlalu luar biasa.

Setiap perlawanan Liga Super akan berlangsung pada hari Rabu dan Ahad. Hari Rabu tu dah tentu penonton yang datang kurang pasal hari bekerja. Hari Ahad tu agak tak rasional sebab esoknya orang pun nak bekerja. Bagi penyokong yang agak jauh tempat tinggalnya mungkin terpaksa berfikir lima nam kali(mungkin juga beratus-ratus kali). Kalau dibuat hari Sabtu seperti biasa, penyokong2 dari luar kawasan Ipoh (ambil contoh Ipoh) pun boleh datang bagi sokongan. Kutipan tiket pun banyak. Mewahlah sikit pengurusan.

Sebagai peminat bola sepak tempatan, aku harap pengharaman pemain import ini tak lama. Kalau boleh musim 2010 pemain import dah boleh masuk. Harap juga FAM tukarkan jadual perlawanan yang menyusahkan para penyokong bola sepak tempatan ni. Sape lagi nak bagi sokongan kalau bukan penyokong sendiri..

Sunday, September 14, 2008

Sorotan Seminggu

Lama dah tak tulis pasal kerja (pratikal) kat site Adtec Taiping.
Dalam masa seminggu ni aku kerja tak susah sangat. Alhamdulillah sejak awal Ramadhan, puasa aku tak tinggal lagi walaupun kerja penat. Cuma kena tahan godaan sebab kat site ni ramai yang tak puasa. Takda tarik2 kabel untuk minggu ni.


Untuk hari Isnin, aku kena buat alur kat dinding bangunan Komposit untuk tanam konduit 1 inci. Barang yang diperlukan hanya grinder (mesin pemotong), tukul, pahat, paip 1 inci dua batang dan spring untuk bengkokkan konduit tu nanti. Masalah bagi aku dan kawan sekerja aku untuk hari tu, Syahmi sebab kena tahan habuk semasa potong dinding tu. Penutup hidung takda. Setiap kali memotong aku cuba tahan nafas takut tersedut habuk tapi takleh. Lubang hidung pulak dah tukar dari hitam jadi putih.haha..Sakit dada wei.. uhuk! uhuk! Tapi untuk hari Isnin tu aku mintak kerja setengah hari ja kat Ah Chung. Tak mampu dah nak pergi petang tu. Keesokkannya pulak demam. MC la aku sehari. Calar sikit rekod kehadiran aku.huhu.


Hari Rabu aku datang kerja balik walaupun tak sihat lagi. Duduk rumah pun bosan. Hari ni buat kali pertamanya aku dengan Syafikbekerja bawah Ah Teng. Zul kena pergi buat kerja kat Opis. Sebenarnya aku risau sangat pasal sebelum ni pernah ada konflik sikit dengan Ah Teng. Bermasam muka jugak la seminggu. Tapi lepas tu dia mula macam nak berbaik2 dengan kitaorang. Selalu tegur2 kitaorang bila jumpa. Maybe dia dah perasan dia yang salah hari tu. Hari ni pulak sepatutnya 4 orang budak praktikal kerja dengan Ah Teng tapi jadi 3 lepas si Saap buat konflik dengan Ah Teng pulak. Dia marah kat Ah Teng sebab dok suruh2 kami amik barang2 kat stor tapi Ah Teng tak tolong angkat pun. Berani sungguh Saap ni.Memang la barang2 yang dia suruh amik tu berat. Tapi dah dia taiko(ketua), kita kena buat la benda yang dia suruh. Akhirnya Saap disuruh balik je oleh Ah Chung sebab takleh nak beri kerjasama. Aku dengan Syafik disuruh untuk meletakkan trunking dan tebuk dinding untuk buat laluan trunking untuk hari tu.


Hari Khamis, masih lagi dibangunan yang sama dengan rakan sekerja yang sama. Sambung kerja kerja tebuk dan kemudian pasang wall bracket. Buat kerja pun slow2 je.


Hari Jumaat, sambung kerja pasang wall bracket. Lepas Solat Jumaat barulah start fasa terakhir, mengikat trunking pada wall bracket yang dah siap.


Hari Sabtu,baru aku perasan. Dalam dua hari sebelum ni aku tak nampak budak2 bangla Namiya, Kabir dengan Karim. Epoi kata depa dah berhenti kerja. Owh, kalau betul tinggal kenangan je la dengan depa. Tambah2 lagi si Namiya yang selalu senyum je tak kira apa orang cakap apa kat dia. Sambung kerja semalam (ikat trunking) pada waktu pagi, dan sebelah petang meletak trunking kat Bangunan Perpustakaan. Petang tu bos besar datang tengok kerja. Masing2 rajin buat kerja..Ceh, kalau bos tak datang, pukul 4.45 dah siap berkemas nak balik dah. haha padan muka balik pukul 5.30 jugak.
Ahad. Cutila..tengok MELODI.. zassss!!

Sunday, August 31, 2008

Artikel Untuk Wanita Muslim

~TABARRUJ~
Tabarruj adalah salah satu sifat wanita yang tercela di sisi ALLAH subhanahu wa ta’ala dan dapat mengantar wanita itu masuk ke dalam neraka.Adalah sudah menjadi ciri-ciri mendekati akhir zaman bahwa kaum wanita itu akan beramai-ramai tabarruj. Dan para suami (orang tua) akan membiarkan anak/isteri mereka terjun kepada perbuatan tabarruj ini. Bahkan para suami (orang tua) ini akan bangga dengan kelakuan anak/isterinya yang tabarruj. Mereka menghalalkan tabarruj dan menyebutnya “Gaya Busana Islami”.Maka celakalah para suami, celaka pula para orang tua yang membiarkan kebiasaan salah ini.
Hendaklah manusia yang beriman (mukmin) mengikut kepada ALLAH dan Rasul-NYA, mengikut kepada jalan yang benar dan lurus. Iaitu jalan yang menuju ke syurga. Insya ALLAH, jika kita dimasukkan ke syurga, nescaya tak ada lagi larangan dari ALLAH subhanahu wa ta’ala. Disana hanya ada kebahagiaan dan keselamatan yang kekal abadi.
Tabarruj dalam erti kata adalah mendedahkan atau mempertontonkan atau menampakkan baik itu keindahan / kecantikan zahir mahupun pakaian.Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki (yang dapat merangsang keinginan syahwat mereka). Ini tabarruj kaum wanita masa remaja (bujang).
Tabarruj dapat pula bererti wanita yang memakai perhiasan atau bersolek secara berlebihan. ALLAH subhanahu wa ta’ala menganjurkan bersolek, tetapi bersolek yang mendapat pahala adalah solekan untuk suami. Sedangkan yang dimaksud tabarruj adalah bersolek kemudian didedahkan di luar rumah.
Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikan dan perhiasannya.Tetapi Niqab atau cadar ini adalah wajib bagi wanita pengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali, Sedangkan dalam Mazhab Syafii dan Maliki termasuk yang ringan dalam perkara aurat, ulamanya masih mengganggap wajah bukan termasuk aurat, sehingga boleh tidak memakai niqab.
Tabarruj yang dimiliki oleh wanita modern masa kini yaitu memakai jilbab/hijab tetapi tidak sempurna, hal itu karena kaum wanita ini memandang perkara hijab itu sebagai fashion mode, bukan untuk menutup aurat. ALLAH subhanahu wa ta’ala telah memerintahkan agar wanita menutupi kepala hingga menutupi pula dadanya. Tetapi wanita masa kini kurang cerdik, mereka menutup kepala tetapi membiarkan dadanya terbuka. Padahal aurat yang paling menarik untuk dilirik oleh kaum lelaki terhadap tubuh wanita adalah daerah buah dadanya. Semestinya dada lah yang lebih pantas untuk ditutupi.
Tabarruj yang diharamkan ialah:
  1. Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
  2. Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
  3. Bersolek dan berhias berlebihan.
  4. Menggunakan alat-alat solek / make-up (pemerah pipi)
  5. Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
  6. Mengerik alis mata
  7. Mengikir gigi

Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat. Pakaian muslimah itu bukan dimaksudkan untuk didedahkan kepada sesiapa saja dimuka ramai.

Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj pada hari ini dengan mendedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu.Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-‘aariyaat). Kerana baju yang dipakainya nipis atau transparent sehingga sebahagian besar dari bahagian tubuh wanita itu terlihat.

Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri. Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.

Jenis perhiasan antaranya:

Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.

Pakaian luar dan dalam

Hukum berhias mubah (boleh), malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya ada bersamanya, dan haram untuk isteri yang suaminya tiada di sampingnya.

Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat semula jadi yang sudah dikaruniakan oleh ALLAH subhanahu wa ta’ala iaitu:

Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka.

Mencabut dan membentuk alis.Hal ini dikutuk oleh ALLAH.

Memerahkan muka atau pipi (make-up). Boleh bagi yang sudah berkahwin untuk suami tetapi untuk suaminya itu saja.

Memakai rambut palsu (wig), wangian berlebihan, celak mata berlebihan

Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj.

Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.

Tabarruj dapat membawa wanita kepada takabur (sombong) kerana bilamana ia bersolek maka ia akan merasa lebih cantik daripada orang lain. Atau manakala ia memakai perhiasan maka ia akan merasa lebih stylist fashionable atau lebih kaya.

Fitnah-fitnah macam itulah yang ingin dihindari dalam Islam. Wanita sudah diciptakan berpasangan dengan lelaki, jadi jika seorang wanita sudah mempunyai suami, maka cukuplah jika wanita itu bersolek hanya untuk suaminya saja.Untuk apa dia bersolek untuk orang lain? Apakah nak mencari suami yang baru lagi?

Perkara tabarruj ini semakin menggila dimasyarakat kerana yang membawa perbuatan itu para artist dan actress yang notabene kelakuan mereka itu tak berbeza dengan pelacur. Celakalah orang-orang yang mengidolakan artis.

( Penulis asal artikel ini tidak aku ketahui tetapi tulisan beliau ini aku rasa begitu menarik untuk dikongsikan.)

Sunday, August 17, 2008

Hari Ke-21 & 22

Lega dah abis buat GI.. Kali ni buat buat kerja yang paling aku suka, konduit PVC. Cuma yang ni kena tahan panas sikit la. Kerja ni senang je. Dalam masa 2 hari dah siap. Tapi takleh tarik kabel lagi sebab ada bahagian yang takleh sambung konduit pasal kerangka bumbung tak siap sepenuhnya..lembap betul la orang buat bumbung ni...

Hari ke19 & 20

Haiyo dah lame tak tulis..pendek kan crite skit..
Isnin(19). UNtuk hari ni kna buat GI lagi..Feed up aku.. Bangla punya kerja ni tapi dia bagi mcm2 alasan tak nak buat..
"Sini no partition lagi, susah. Kita tak tau mana point. Nanti bos marah"
Hotak dia la..dalam pelan bangunan dah siap lukis..Itu pun tak reti nak bajet ke..Aku tau dia tak mau buat sebab kena ikat GI di bahagian bawah lantai tingkat 2, bukan kat tepi dinding..

Akhirnya tugas yang sukar itu diserahkan kpd kami 2 org(aku n syafik).. susah nak mampus..dah la tinggi..GI berat lak tu... lagi masalah bila trip takleh nak masuk soket..huuu..
Zul kerja separuh aja tapi nasib baik ada firdaus. Ringan skit masalah.

Selasa(20)
Pagi2 lagi aku dah naik bengang dengan Ah Chong.. Dia bagitau kat zul yang kami langsung tak wat kerja semalam.. shit!!! Buta!! aku takleh langsung pandang muka Ah Chong hari tu..panas je hati aku.. kerja smlm disambung dengan penuh kebencian.

Thursday, August 7, 2008

Hari ke-18

Sabtu. Buat tugasan yang paling aku tak suka. Konduit GI. Tapi nasib aku baik hari ini sebab dua bangla datang tolong buat kerja. Dua orang ini aku tabik la. Buat kerja memang cekap.
Pasang pulak senang sebab pasang ke dinding.

Dalam senang kerja hari ni, malang lagi menimpa aku. Selepas aku tebuk trunking, aku berdiri diatas tangga sambil meminta bush soket daripada epoi untuk aku sambungkan konduit ke trunking. Nasib tak baik, tangga aku bergerak ke hadapan..tak stabil. Jatuh lagi aku hari tu..adeh..sakit pergelangan tangan. dah la cedera kat punggung tak habis lagi..mungkin balasan dosa2 yang lalu kot..ampunkan hambamu ini ya Allah..

Hari ke-17

Jumaat. Hari ni semua kena pergi pejabat Leong's Elecrtical sebab Ah Chung, Ah Kit, Ah Hoi dan Ah Teng amik cuti hari ni..

Pagi-pagi lagi angin si Ah Kee tak berapa baik..huuu takut. haha. Rilek la beb. Ah Kee suruh Zul pilih 3 orang untuk stay kat pejabat. 3 orang yang bertuah itu ialah aku, Syafik dan Bro.. Yang lain kena pergi kemas barang2 kat rumah bos (Mr Richard) kat Taman Tasik Indah..

Kerja ringan je untuk hari ni. Asingkan kabel2 mengikut saiz 1.5 mm,2.5 mm, 4.0 mm, 6.0 mm dan sebagainya..Susun kabel2 baru dan letakkan kabel2 yang buruk di luar stor.

Lepas rehat semayang Jumaat, aku kerja dengan Bro lak kat bahagian belakang. Kena susun paip pulak..Adeh paip2 buruk lak tu..bos aku simpan buat ape?? Jual kat besi buruk lagi baik..dapat duit.

Sunday, August 3, 2008

Hari ke-16

Khamis. Ah Kit dah makin boleh bekerjasama dengan aku. Cuma ada masalah dari segi bahasa sebab bahasa Malaysia dia agak kurang cemerlang. Macam tak pernah bergaul dengan orang Melayu langsung. Susah aku nak paham kalau dia nak suruh aku buat sesuatu.

Hari ni kerja aku tarik kabel ke konduit. Tunggu je arahan dari Ah Kit. Senang kerja. Banyak tempat jugak kena tarik kabel.

Kerja tarik kabel cuma sampai pukul 4 je. Ah Kit suruh kemas barang. Dia pulak dengan Gobi menghilangkan diri ntah di mana....Aku g tolong pula Panjang plaster dinding yang ditebuk.
Petang tu kena angkut semua barang g ke bilik stor sebab kami semua kerja di Office esok. Pekerja kontrak lain pulak dapat cuti..

Hari ke-15

Rabu. Hari ni kerja dengan Ah Kit lagi..bukan cari penyakit tapi aku nak cari keserasian kerja dengan Ah Kit ni..aku nak belajar banyak benda dari dia..biar la dia nak marah aku hari ni atau merepek. First task untuk hari ni, sambung trunking. Proses dia senang je. Letakkan wall bracket. Letak trunking atas bracket. Letak skru dan soket. Lepas amik cat putih, cat tepi trunking.

Second task, repair pemasangan yang tak elok. Semasa buat tugas ni, muka aku tercedera akibat konduit GI jatuh atas kepala aku. Helmet keselamatan menyelamatkan aku daripada cedera yang lebih teruk..

Hari ke-14

Selasa. Sambung lagi buat konduit GI kat tempat semalam. Kali ni syafik tolong. Bro pun ada. Tengah sedap kami buat kerja, Zul datang mintak aku tukar pi kerja dengan Ah Hoi. Kata dia kalau aku dok dengan geng poli tak jadi kerja.So dia pisahkan aku. Tapi aku dapat kesan hari kelainan pada Ah Hoi. Dia tak mesra lagi macam memula aku kerja dengan dia. Something wrong... mungkin sebab ada Ah Kit kawan baik dia.. Aku pun kurang senang bila tengok diorang bersembang. Dari riak wajah dua orang cina tu, aku dapat rasa yang diorang memperlekehkan kami budak2 praktikal..benci aku tengok..

Selepas rehat aku kena ikut Ah Kit pulak buat kerja. Cuma aku dengan Gobi je. Selepas bawak turun barang2 yang nak digunakan, aku disuruh tunggu kat situ. Ah Kit bawak Gobi pergi mana pun aku tak tau. Aku tngu la dari 2.00 sampai 3.30, dia tak sampai2..Time rehat aku sembang dengan epi dan apek. Diorang suruh hati2 sikit masa kerja dengan Ah Kit..diorang tak bagitau pun aku dah tau apa sebabnya. Itu pasal la ramai yang tak nak kerja bawah Ah Kit. Lepas rehat kedua baru la Ah Kit datang. Dengan hati yang masih panas, aku buat kerja la jugak tanpa banyak songeh. Tapi kadang-kadang aku berkeras jugak dengan dia.. waktu kerja aku cuma tolong Gobi bagi2 barang je. Semua kerja tebuk, ikat konduit ke trunking Gobi yang buat. Taraf aku untuk hari tu lebih rendah dari Bangla. Ada saja benda yang Ah Kit tak puas hati dengan aku. Gobi yang buat salah aku jugak yang kena..

Selepas ikat konduit, Ah Kit tetiba pulak tanya aku" U mau belajar trunking?" U mau buat trunking? Eh, baik pulak dia hari ni...Pucuk dicita ulam mendatang aku pun jawab la pertanyaan dia tu.. "Saya takmau buat trunking lagi tapi U kena tunjuk dulu macam mana mau buat" Untuk hari ni, dia ajar aku macam mana nak bend trunking dalam bentuk 45 darjah dan 90 darjah..

Lepas habis kerja, aku cerita la kat member2 lain pasal perubahan Ah Kit yang tetiba baik pulak hari ni. Diorang pun cerita hal yang sebenarnya disebalik kebaikan Ah Kit..baru la aku tau..patut la lepas rehat kedua baru dia datang. hoho. Xleh nak cerita kat sini..bahaya untuk keselamatan negara..hehe..

Tuesday, July 29, 2008

Hari ke-13

Isnin. Semuanya serba tak kena hari ni..macam hampeh!! Kesian epoi jadi mangsa keberangan aku hari ni kat site.. Hari ni kena pasang paip GI lagi. Bro pulak tak datang.. Memula aku group dengan syafik n epoi. Pasang konduit pun laju la walaupun satu. Selepas tu Ah Kit datang nak pakai seorang dari group aku. Dalam keterpaksaan syafik pergi buat kerja dengan Ah Kit. Aku dah serik kerja dengan dia. Mungkin lain kali la aku buat kerja dengan Ah Kit. so Zul la pulak jadi group leader aku.

Zul suruh pasang konduit GI kat bilik. Pasang kat tempat yang tinggi. Aku pulak bekerja dengan epoi je. Si zul asyik2 hilang. Sape nak perhati kalau kami buat salah ke tak?? Dia ingat kami ni dah pro kot.. kerja dua orang memang payah nak pasang. Tambah pulak GI lagi berat berbanding PVC. Nak bengkok lagi masalah.. Kerja jadi lambat sebab aku nak harap epoi sorang je nak tolong. Dia la nak tolong passing drill, skru dan segala macam dan satgi dia la nak kna naik tangga tolong pegang GI sementara aku nak taruk saddler..pastu turun pulak amik barang. satgi naik pulak.Kesian kat epoi. Dan sekarang baru aku tau macam mana susahnya Bro buat kerja hari Sabtu lepas..

Hari ni buat kali kedua seluar aku terkoyak lagi gara-gara turun tangga yang pemijaknya jarang sangat. Terbantut kerja aku..plus jari aku sakit tersepit kat mesin bender..Lagi aku tak da mood nak buat kerja. Epoi diam je tengok aku bengang gila hari ni.Semua ni tak jadi masalah kalau zul tolong sama2 buat kerja. Bukan hanya bagi arahan pastu tinggalkan. Kami budak poli tak sama dengan budak kolej komuniti. Diorang dah didedahkan dengan semua tugas2 yang macam ni. Kami budak poli baru nak belajar...benda2 ni semua baru bagi kami...

Monday, July 28, 2008

Hari ke-12

Sabtu. Hari ni berbeza sikit sebab zul tak datang..oleh itu Bro(shafairul), jadi leader kami 3 orang, sebab dia praktikal utk PW4 dan Ah Hoi leader untuk 3 orang lagi. Sambung tugas semalam, tebuk trunking. Untuk hari ni kami tebuk 6 lubang. Walaupun senang, masalah tetap ada. Mata gerudi cepat haus, baru tebuk dua lubang kena ganti baru. Kena pula berhati-hati sebab serpihan besi trunking panas dan kecil jadi boleh masuk ke dalam mata.(Aku kena kat bibir, pedih siot!!)

Dah selesai yang itu, selepas rehat kami disuruh pasang paip GI ke trunking. Bab ni memang payah sikit sebab pengukuran kena betul. Disebabkan team aku takda pakar kat bahagian ini, kerja yang diberi menjadi terlalu sukar. Kesian aku tengok Bro, aku nak tolong tapi tak pandai. tolong tebuk pandai la. Dalam masa 3 jam baru dua paip yang dapat disambung ke trunking..hari ni memang menguji kesabaran kami semua.

Saturday, July 26, 2008

Hari ke-11

Jumaat. Ah Chung selalu kata team aku ni lambat. Padahal aku rasa kami buat cepat sangat..
Jadi hari ni buat kerja dekat Dewan Besar. Kami tekad buat selaju yang boleh. Dengan semangat yang berkobar2 pemasangan konduit sebanyak 12 point siap dengan cepat. Tinggal nak saddler dengan tarik wayar je.. Aku pikir lepas solat Jumaat leh siap la semua ni. Tapi tengah aku dok saddler datang pulak kontraktor bahagian pemasangan bumbung bagitau yang kerangka bumbung dewan tu nak dibuka balik sebab silap pasang. Hadoi!!! Buang karan betoi la.. Nak salah sapa pun aku tak tau. Ah Chung? Zul? Salah kontraktor tu kot nooo.. Konduit yang kami pasang tu dibiarkan saja..pandai2 la depa bukak nnt.

Bergerak pulak kami ke bangunan pentadbiran tapi di ground floor je. Kami kena tebuk lubang kat trunking, kemudian masukkan fleksibel konduit dalam trunking tu. Kerja ni seorang buat pun boleh tapi dibuat 3-4 orang. Jadi hari ni jadi boring sebab takde kerja sangat nak buat...banyak melepak je.

Hari ke-10

Khamis. Aku dah baik tapi tak sepenuhnya. Aku panjat jugak ke kerangka. Aku tolong sambung beberapa point yang tertinggal dan ikat konduit bagi nampak lurus. Kalo tak Ah Chung komplen lagi. Wiring siap pada hari ini tapi jenuh jugak r sebab bila point tertinggal aku kena tarik wayar yang dah dipasang kemudian taruk balik. kena pulak kat tempat sukar. Nak guna tangga tak sampai. Jenuh la aku bertenggek kat besi yang satu sambil tarik wayar. Zul la tak perhati betul2. Dah kena buat kerja 2 kali...

Hari Ke-8&9

Selasa dan Rabu. Untuk dua hari ni aku dapat pelepasan buat kerja ringan. Aku cuma tolong dari bawah je. Aku malas nak duduk dekat stor. Tapi susah jugak nak bergerak, kalo nak ambil apa2 barang aku kena kangkang macam zirafah nak minum air, baru boleh ambil.. Hari rabu dah baik sikit, boleh la aku gi ulang alik kat stor ambil barang2 yang tak cukup. Dalam dua hari ni la aku belajar baca pelan sambungan dengan zul. Aku dah mula faham sikit2.

Hari Ke-7

Isnin. Sambung kerja di bangunan yang sama. Kebanyakan tempat dah wiring. Aku cuma disuruh untuk cabut konduit yang tak digunakan dan kutip segala sisa2 konduit, soket dan box terjatuh dilantai. Kerja wiring selesai sebelum rehat tengah hari. Selepas rehat kami bergerak ke bangunan pentadbiran untuk melakukan proses pemasangan konduit jugak. Selepas sampai disana, kerangka bumbung belum siap sepenuhnya. Ah Chong beri pulak arahan buat pemasangan konduit dekat bangunan Perpustakaan. Kali ni bumbung lebih tinggi. Tangga yang kami bawa tak cukup tinggi untuk naik ke atas. Aku sempat pasang untuk 5 point je sebab waktu kerja dah habis..

Malang untuk aku pada malam ni, aku xciden waktu nak hantar fail dan maggi yang syapik pesan. Malam itu hujan renyai, dah nak sampai di simpang kat Kampung Boyan, aku beri signal ke kanan, pastu aku nampak lampu terang makin dekat dalam side mirror motor aku dan BANG!!! terpelanting la. Nasib baik motor yang langgar. Aku ingatkan kereta yang kat belakang aku tadi yang bantai. Kalo tak, xtau ler.. Punggung aku terhentak, dengan pergelangan tangan terseliuh sikit. Budak cina tingkatan 5 yang langgar aku. Malam tu jugak aku settle dengan budak Cina tu. Dapat la RM50 buat ganti bahagian yang pecah..dah balik rumah baru aku rasa sakit sangat.

Hari Ke-6

Sabtu. Tugas aku untuk hari ni ialah saddler( ikat) konduit yang mana ni tugas Gobi dengan Epoi. Aiseh, banyak lagi rupanya, konduit yang diorang tak ikat. Pandai je si gobi ni, tempat yang susah2 pulak tu yang dia tinggal. Hari ni Gobi x join team sebab kena buat kerja dengan team Bangla dia. Aku minta epoi tolong aku passing kabel suis untuk hand drill je supaya senang aku bergerak. Barang2 saddler, clip dan skru aku bawak dalam beg yang disangkut kat badan aku. Zul dengan yang lain teruskan dengan wiring diorang. Disebabkan team kami ni lembap sangat, Ah Ting datang jenguk dan tolong terangkan dekat Zul cara yang sepatutnya wiring dibuat.(penyelia pun kena diajar..susah r camni). Pastu Ah Hoi join team kami buat wiring. Aku tengok Ah Hoi lagi cekap dari Zul walaupun dia takda lesen PW4...Firdaus pun dah mula tunjuk skil wiring dia hari ni..

Hari Ke-5

8.30 pagi, kami sambung balik kerja yang tergendala semalam dan rehat untuk hari ni 12.30 hingga 2.30 sebab sembahyang Jumaat. Tugas yang sama, sambung konduit. Untuk bangunan ni sahaja, ada lebih 30 point untuk volume dan beberapa point untuk projektor dan tv. Penyambungan mengambil masa yang terlalu lama. Selepas semua konduit telah siap, aku,syafik, bro dan firdaus menarik wayar mengikut arahan dari Zul. Epoi dan Gobi pulak saddler konduit. Puller digunakan untuk memudahkan kabel ditarik ke dalam konduit yang tertentu. Tapi ada beberapa masalah seperti salah wayar, penyambungan konduit tak betul, dan penyambungan baru dibuat. Ini ambil masa yang lama lagi untuk diperbetulkan. Ah Chong datang buat pemeriksaan dan dia tak puas hati dengan penyambungan sebab banyak konduit yang tak lurus. Aku cuma buat ikut arahan dari Zul je. Penyambungan wayar untuk hari ni hanya lebih kurang 16% je.

Saturday, July 19, 2008

Hari Ke-4

Hari ini datang awal. Tugas hari ni ialah menyambung kerja yang dibuat semalam.. sambung konduit je kerja aku. Tapi kerja jadi lambat sikit. Barang tak berapa nak cukup. Zul pulak kerap hilangkan diri. Kejap ada kejap takda. Pelan kedudukan konduit semua ada kat dia..hanya dia yang tau mane kwsn nak dipasang..

Aku dah berani meniti kat atas kerangka walau bagaimanapun sikap berhati-hati terus diamalkan oleh aku untuk kesejahteraan masa depanku.. Aku respek dengan Shafairul, walaupun gaya dia macam AW (lembut) tapi cekap buat kerja ni. Pengetahuan dia untuk pendawaian elektrik memang lebih banyak dari aku sebab pembelajaran dia memang khusus untuk bahagian itu. Tak macam kami di poli, lebih banyak kepada teori.

Dukacitanya kerja untuk penyambungan konduit terpaksa ditangguhkan pada pukul 12 tgh hari kerana hujan turun. Bahaya sebab kerangka bumbung jadi licin. Oleh yang demikian, kami di suruh Ah Chung untuk tolong group dibawah memasang kabel untuk isolator. Timba lagi pengalaman baru.

Dekat-dekat pukul 5.20 ptg hujan pun mulia reda. Lepas kemas semua barang dan disimpan dalam stor, tepat pukul 5.30 kami pun chalo.

Hari Ketiga

Pagi ni kelam kabut sikit. Epoi telepon aku suruh aku amik dia pasal tayar moto dia pancit pulak..Aiseh dah la jauh. Tapi takpe, kawan2.. Pecut la aku semahunya pasal dah pukul 8. Masuk kerja pukul 8.30.. Nasib baik sampai site hampir2 8.30. Sempat jugak aku potong(pintas) lori Ah Chung kat depan jalan masuk ADTEC..

Hari ni, aku dapat tugas mencabar. Meniti kat atas kerangka bumbung tanpa tali keselamatan (kes naya) dan pasang konduit kat atas tu..pergh bangunan dua tingkat.. Dari kerangka ke lantai tingkat dua dah 12 meter. Ada bahagian pulak terus ke ground floor-lebih kurang 30 meter.

Tapi sebab nak dapatkan pengalaman kena berani jugak. lagipun panjat bumbung rumah dah pernah aku buat tapi tak la setinggi ni..bismillah hirrahma nirrahim... kaki dah ada kat atas kerangka besi.. dan sebelah lagi..dan akhirnya seluruh tubuh berada kat atas kerangka bumbung. Zul hulur konduit, aku kena sambung ikut pelan. yang mana kena potong aku potong, yang kena sambung soket, end box, T box dan 4 ways aku sambung.. semua kena buat atas tu. Gobi( bangla) tolong ikat konduit yang aku dan shafairul pasang. paling mencabar untuk aku ialah sambung konduit kat hujung bumbung bangunan..tapi alhamdulillah selamat..

Bila dah banyak konduit yang aku pasang makin lama perasaan takut kpd ketinggian makin berkurang.. Hari ni aku ialah tarzan.

eh eh dah 5.30 ptg..balik!!!Sambung kerja esok.

Hari Kedua

Tugasan yang diberi oleh Ah Chung macam yg semalam..pasang bracket. tapi aku buat sekejap je pasal aku nak pecahkan lantai konkrit untuk ruang nak tanam konduit. First time aku guna hacker bergegar tangan nak tahan getaran..dah lama sikit baru boleh kontrol dengan jayanya. Kerja aku habis awal pastu pergi la tolong depa pasang bracket pulak tapi aku banyak tolong tengok2 kan aje sebab diorang dah ramai. Tapi itu bangla cakap "Duduk diam, tak mau. Jalan2 buat apa kerja pun boleh. Problem, bos marah. No good"hehe tergelak aku. Aku pun sodok la sisa konkrit yang yang aku pecahkan tadi. kumpul satu tempat. Kerja aku habis awal jugak. Cari lagi la kerja lain..kutip2 sampah, sodok air bertakung, kacau bangla n keluar masuk stor.

Tengah aku buat kerja yang datang la 2 orang jurutera Kamal Bina tanya kat Epoi psal kad insuran CIDB. Epoi salah dengar, dia bagitau pulak kat jurutera tu" Kad CIMB? kad bank ka? Xdala bang. Kad Bank Islam saya ada la" tergelak depa kat situ..

Hari ni kerja pun mudah lagi, cuma letih dok hentak konkrit tadi la. sambung esok pulak.

Tuesday, July 15, 2008

Hari Pertama

14 Julai 2008, aku kena melaporkan diri di Leong's Electrical. Bangun seawal 6.00 pagi walaupun aku tidur agak lewat semalam. Aku tak nak lewat pada hari pertama.



Selepas bersarapan, aku ke rumah Syafiq untuk menjemputnya. Epoi sampai lebih awal lagi dari aku. Dalam pukul 7.45 pagi kami pun bertolak ke Leong's Electrical.



Pukul 8.00 tepat kami sampai di syarikat, dan terus melaporkan diri kepada En. Kee. Kad kuning diserahkan kepada beliau. Kemudian kami diberikan sehelai kertas yang terkandung syarat2 yang perlu kami patuhi semasa menjalani latihan. Dalam senarai nama pelatih latihan industri, 6 orang adalah dari PUO,(aku, capik, epoi, mus, emi dan salwa), seorang dari Politeknik Terengganu, yg dari Kolej Komuniti Chenderoh, Bukit Mertajam dan IKBN Penang. Kami terpaksa melepak depan syarikat hampir sejam lebih sementara nak tunggu pelajar kolej komuniti mendaftar. Diorang datang lewat gila.



Selepas semua mendaftar, dalam pukul 10 pagi, kami dibawa ke tapak projek iaitu di ADTEC berhampiran dengan pasaraya besar Giant. Sampainya kami disana, kami diperkenalkan kepada En. Chung yang menjadi penyelia kami di tapak projek sambil dibantu oleh Zul. 4 orang daripada pelajar kolej komuniti diminta untuk menjalani latihan di Ipoh dan Mus pula ditugaskan di pejabat. Kemudian kami dibahagikan tugas. Aku,syafiq,epoi dan 2 orang lagi bekerja di bangunan Kejuruteraan Termaju (seramik). Tugas pertama aku buat trip untuk batang paip, bengkokkan batang paip dan memotongnya ikut ukuran. Ini adalah untuk konduit. Benda-benda ni tak ada di PUO tapi ada di K.komuniti. Itulah kekurangan kami pelajar politeknik. Tapi Zul banyak beri tunjuk ajar...

Lepas tu aku tolong bangla, Musairi namanya, pasang bracket.. mudah je. Hari pertama memang simple2..kita tgk la hari2 yang berikutnya pulak.

Sunday, July 13, 2008

Malam yang malang

Pada suatu malam, kira-kira 9.30 malam seorang kawan rapat aku, P mengajak ke pasaraya Giant.. Nape Giant? Tesco kan lagi best..hehe. Takpe la memandangkan dia baru pulang dari tempat pengajian maka aku pun rela menemani dengan syarat kena ajak kawan2 lain. Barulah seronok beb..

Dalam pukul 10.15 malam, sebuah Honda Civic berhenti di hadapan rumah aku..Cey, P bawak kereta. Jimatlah minyak motor aku malam tu. Tapi ada seorang je kawan yang dia bawak, si K. Jadi la, lagi pun K dengan aku memang satu kepala..

Selepas itu kami menuju ke pasaraya besar Giant yang tak jauh dari rumah kami semua..dalam 5 minit sampai la ke destinasi. Itu baru bawak kereta ala kura-kura.memang dekat. Signboard Giant boleh kelihatan jelas dari rumah aku..

Sudah sampai di sana baru la aku dan K tahu yang sebenarnya si P ni nak beli deodorant body spray. "Huh, ingatkan nak belanja makan ayam KFC", rungut aku kat P. "Banyak cantik muka korang" P balas balik. Kami pun menuju la ke bahagian yang berkenaan. Bagaimanapun P kecewa sebab jenama yang dia nak dah habis. Dia nak beli cap Adidas. (Boleh tahan jugak ko P) Aku sarankan la jenama lain. Setiap jenama botol spray dia cuba kat baju dia. Aku suruh dia spray kat pergelangan tangan supaya senang nak bau tapi katanya kalau setiap kali spray kat situ bercampur la bau. Macam mana nak cam katanya. Tapi setiap botol yang dia cuba ada saja yang tak kena.Tak wangi la. tak sedap la. Alah siapa tak kenal ko yang cerewet tu encik P..hehe.

Lama betul nak tunggu mamat sorang nih. Aku malas nak tunggu aku pergi kat bahagian syampu dengan pencuci muka. Belek punya belek tiba-tiba si K datang kat aku sambil gelak besar..

"Hahaha, mat hang mai sini cepat. Cuba hang pi tengok si P".
"Awatnya?"
"Jom la pi tengok dulu"

Aku pun pergi la balik kat tempat body spray tadi. Aku pun tergelak besar "Hahaha" tiga kali je lepas tu aku tutup mulut dengan tangan.."hihihi".Takut orang lain nampak.

Rupanya si P tersalah pilih botol spray. Asyik dok try botol spray kot, dia tak sedar yang dia terambil botol spray buih pencukur lalu disembur ke arah baju. Kalut le kawan bila yang keluar bukan pewangi sebaliknya buih pencukur. Penuh satu baju memutih je. hahaha. Aku gelak lagi. Sekarang ni tugas aku dengan K kena bawak 'pesalah' ni ke tempat yang agak 'selamat'. Kami bawak la dia ke tempat pakaian dengan penuh berhati-hati agar orang lain tak perasan. Sambil-sambil tu sempat kami mengejek P.

Kerana ingin menghilangkan kesan, P capai sehelai jaket yang digantung untuk jualan dan mengelap bajunya..tapi cara itu berbahaya sebab kawasan agak terbuka. kang tak pasal2 kena tangkap dengan pak guard. Nasib baik ada fitting room berdekatan. P masuk cepat2 dengan jaket td dan menguruskan segalanya disitu. P dok marah2 kat dalam pasal kami gelakkan dia kat luar. hahaha nasib la hang jadi bahan malam tu.

Sudahnya tak jadi la P nak beli body spray malam tu. Moralnya,

  1. berhati-hati la sewaktu membuat pilihan.
  2. bantu-membantu amalan yang mulia.
  3. sayangilah kawan-kawan anda.
  4. jangan bawak kawan-kawan yang suka gelak kuat2.

#kalau hang terbaca (si P) jangan marah r..

Thursday, July 10, 2008

Fat to thin-->nasib badan

Semenjak dua menjak ni, kalau aku berjumpa je kawan2 yang dah lama tak berjumpa, "WEy Mat, lain macam je aku tengok hang ni..makin kurus, muka cengkung..hang amik dadah ke??" wah..bisa bonar nak jawab..ade pulak yang tanya" Hang orait ka mat? hang sakit ke?" Kebanyakannya berfikir secara negatif.. Aiseh, teruk sangat ke aku punya perubahan ni..huhu.

Aku tak pernah ambik dadah, hidu gam, pil kurus ke atau ape2 produk pelangsingan yang boleh buat aku jadi macam sekarang.Lagi satu fakta yang perlu anda tahu wahai kawan2 aku diluar sana, aku tak pernah merokok jadi tak logik kalau aku hisap dadah..

Sebenarnya, aku tak kurus tapi dah ada shape sikit body aku ni. Aku buat exercise je..tak la kerap.. janji keluar peluh. Tambah pulak dengan main bola dan futsal. haa..mari bersukan. Lagi satu faktor, aku kurangkan makan nasi. Selalu makan nasi 3 kali sehari tp sekarang ni sekali pun dah cukup...cepat kenyang sekarang ni dan tahan lama pulak..Secara automatik dan matematiknya, aku dapat mengurangkan perbelanjaan famili..(lega abah aku)

Tapi aku rasa tak boleh tahan lama semua ni. Mana tau kot 2-3 tahun lagi badan aku macam Afdlin Shauki...tp comel gak..

Saiz badan, rupa paras, warna kulit tak jadi ukuran. Asalkan baik hati, suka tolong orang, tak dengki dan ada pelbagai sifat mahmudah dalam diri korang, nescaya orang lain akan menyukai korang. Buat ramai kawan, jangan cari musuh..

Tuesday, July 8, 2008

Merepek apa aku nie...

Ehem..dah lama tak menulis kat blog aku.. kekeringan idea melanda. satu aja masalah aku...pengisian dan tajuk yang aku nak tumpukan dalam blog aku ni. Nak kena kaji semula nampaknya. Setakat ni aku rasa agak ceramuk sikit. Nak bicara bab politik..bukan bidang aku. (wei negara dah jadi huru-hara pasal politik kotor). Bab sukan, boleh la nak bagi komen, kritik dan pendapat. Bab cinta-cinta, serah kat orang lain la..aku tak pandai bab ni (tapi nak rasa bercinta jugak)..Bab masakan dan petua..ahaks kena rajin bertanya orang2 lama n pompuan..Bab agama..mungkin boleh ambik skit2 dari majalah la. salah bicara buruk padahnya...senang cerita aku campur aduk je la semua ni.. ceramuk pun ceramuklah!! Maaf r aku tak promote secara terang-terangan blog aku nie sebab aku rasa banyak benda yang nak kena belajar lagi. Tapi yang mane dah masuk blog aku, terima kasih aku ucapkan..
http://madeintaiping.blogspot.com

Sunday, June 22, 2008

Skinhead...

Semalam selepas habis main futsal, kami sepasukan bercadang nak tengok bola sepak euro di A.Rahman Kamunting. Dalam perjalanan ke sana, aku terserempak dengan kumpulan budak-budak berambut pendek, berseluar jeans sendat, kasut boot Dr.martin dan berjaket. Aku kenal sangat kumpulan yang mcm ni. Ini la bebudak Skinhead..hidup lagi kumpulan ni rupanya.


Sewaktu zaman sekolah dulu, aku pun ada jugak tersangkut sikit2 dengan skinhead. Ini semua bermula dari seorang rakan sekelas aku, F. Dia ni boleh dikatakan sebagai pelopor skinhead di sekolah aku. Dia yang memperkenalkan kpd aku dunia skinhead dan semuanya bermula dengan sebuah album kumpulan A.C.A.B. Bermula daripada situ aku pinjam album-album kumpulan skinhead lain daripada F. Memang layan. Selain itu, F jugak selalu meminjamkan zine-zine berkaitan dengan skinhead dan sering bercerita tentang skinhead dengan aku. Apa yang dia sering perkatakan ialah tentang Malay Power dan working class dalam skinhead. Bagi dia skinhead4life. Aku sendiri tak faham apa semua tu. Yang menarik minat aku cumalah muzik yang diorg bawa.


F selalu mengajak aku ke tempat dimana budak2 skinhead Taiping berkumpul tetapi aku sering menolak. Kebanyakan mereka ini berumur diantara 15 tahun ke atas pada masa tu dan sering berkumpul di bangunan Aked Mara. Budak2 skinhead yang berkumpul datang dari kawasan sekitar Perak dan mereka ini juga ada dalam kumpulan yang berlainan contohnya sharp skin, skin trad, nazi skin, dan beberapa lagi kumpulan lain dan mereka ini dibezakan melalui warna tali kasut. Pakaian yang sering digayakan ialah baju t Fred Perry, kasut Dr.Martin, braces,dan jeans sendat.


Muzik yang dibawa oleh band-band skinhead Malaysia kebanyakannya isinya mengenai kehidupan mereka, perjuangan mereka dan luahan hati mereka. Antara band-band skinhead Malaysia yang aku ingat ialah A.C.A.B, The Suspects, 2nd Guest, dan The Official.


Budaya skinhead begitu kuat pengaruhnya ketika itu dimana banyak pelajar di sekolah aku terlibat dengan skinhead sehingga ada suatu ketika pihak pentadbiran sekolah mengharamkan pelajar-pelajar membotakkan kepala. Dalam perhimpunan juga teguran sering diberikan oleh pengetua dan guru disiplin. Ini disebabkan budaya skinhead membawa elemen negatif dalam diri pelajar seperti arak, dadah, seks bebas, memeras ugut,pergaduhan dan pelbagai lagi. Media pula sering menghebahkan keburukan mereka dan antara pendedahan yang paling aku ingat ialah 'skinhead makan sampah'. Budaya ini ditiru oleh sebahagian skinhead malaysia dari budaya skinhead barat. Alangkah buruknya perangai.


Seperkara yang menarik tentang skinhead ini, kenderaan yang diminati oleh mereka ialah motor Vespa. Dimana sahaja kalau dilihat pada ketika itu golongan ini sering membawa vespa. Bagi mereka adalah menjadi satu kebanggaan kalau memiliki sebuah vespa. F pernah minta aku carikan sebuah vespa untuk dia dan kadang-kadang kami merayau dikawasan perumahan berdekatan mencari vespa yang hendak dijual. Vespa masih lagi mempunyai nilai harga yang tinggi walaupun ianya hanya sebuah motor yang lama.


Skinhead , Black Metal dan Punk sebenarnya adalah contoh budaya yang merosakkan anak bangsa kita orang Melayu dan bertentangan dengan Islam. Benda yang tak elok itulah yang paling seronok. Penyakit dari dulu sampai sekarang. Kalau kita tengok pada punca masalah ini, kebanyakannya bermula dari hiburan. Hiburan yang melampau menyebabkan kita lalai dan lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Kepada sesiapa yang dah join atau ingin mencuba-cuba dengan kumpulan yang sebegini, diharap tutuplah niat anda itu sebab memang tak ada faedah langsung. Mereka dah lari dari pegangan sebenar dan hidup pun tak tentu arah tujuan. Di mana mereka nak julang perjuangan skinhead, punk dan segala macam jenis perjuangan perosak ni nanti??

Tetapkan hati anda dalam Islam, mohon petunjuk dari Allah jikalau terbabas. Bahagian mana yang rosak, insyaallah boleh diperbaiki. Masih ada masa untuk kita. Kawalan daripada ibu bapa adalah penting untuk mengelakkan semua masalah ini berulang dan didikan berkualiti yang bermula dari rumah dapat menyediakan pelapis yang baik dari segi akal dan rohani. Guru-guru hanya dapat membantu sedikit sahaja sebab mereka pun ada anak-anak yang hendak diperhatikan. Masyarakat perlu bekerjasama dan bersedia menjadi 'busy body'. Pemimpin juga tak boleh lepas tangan sebab ini melibatkan masa depan negara. Jangan terlalu sibuk dengan perjuangan parti anda sebab anak-anak buah anda memerlukan pemimpin untuk membantu mereka. Hapuskan rasuah, kaji semula rancangan hiburan yang makin banyak di televisyen, bantu yang mana tercicir bukannya bantu kroni. Jangan amal sikap pilih kasih. Sebab keciciran sebeginilah yang menyebabkan mereka mencari jalan keluar yang mudah bagi menyelesaikan masalah. Jika ekonomi negara ditahap terbaik dan canggih infrastrukturnya tetapi tidak diseimbangkan dengan masyarakat yang tinggi akhlaknya, kita gagal mencipta sebuah tamadun yang berjaya.


Kini aku tak tahu perkembangan skinhead dan aku pun dah tak mahu ambil tahu. Cuma kadang kala sekadar mendengar lagu2 mereka di mp3. Kenangan pada skinhead hanyalah sepasang kasut Dr. Martin yang aku beli daripada F. Tiada lagi sega-saga.

Pemain Muda Harapan Negara

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Kedah kerana berjaya menjadi juara piala FA pada musim ni. Apa yang membanggakan ialah barisan pemain yang diletakkan oleh Azrai Khor kebanyakan ialah pemain muda. Biarpun tanpa penyerang handalan, Marlon Alex James dgn pertahanan import, Hugging, Kedah mampu memberi aksi terbaik. Kepercayaan jurulatih Kedah kpd barisan muda telah memberi pulangan yang lumayan dan langkah yang diambil oleh beliau harus dipuji.

Pasukan Perak sepatutnya ambil contoh dari pasukan Kedah. Pasukan Perak sebenarnya mempunyai sebuah pasukan junior yang begitu mantap setiap tahun. Jadi jurulatih Perak, Steve Darby kena selalu serapkan diorg ni dalam pasukan senior Perak..pemain muda selalunya mempunyai skil permainan yang menarik dan bertenaga berbanding pemain yang telah senior. mungkin kekok skit mula2. Tp pengalaman yang akan mematangkan diorg. Jika dimulakan dari awal, insyallah pasukan Perak akan menjadi semantap pasukan Kedah..ingat! Perak belum pernah jadi juara Liga Super. Sampai bila nak ikut bontot pasukan lain..

Malaysia ada ramai pemain muda yang baik dan ada diantara diorg layak beraksi dengan kelab luar negara. Tetapi disebabkan oleh kurang rasa percaya kebanyakan jurulatih bola sepak negeri dan kelab kat diorg menyebabkan bakat yang ada tidak digilap sepenuhnya. Jika ada ramai pemain muda yang berkualiti dalam kancah bola sepak Malaysia,satu tanda positif untuk menaikkan ranking bola sepak negara ke tahap yang pernah kita capai dulu sebagai gergasi bola sepak Asia.
Pendedahan awal bola sepak perlu untuk kanak-kanak. Sebaik-baiknya masa umur 4-5 tahun. Dengan ada asas yang baik, diorg ni lebih mudah dibentuk untuk jadi pemain yang berkualiti. Inisiatif yang dilakukan oleh TV3 dalam Soccer Kids telah menunjukkan bahawa kita boleh membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap suatu hari nanti. Bakat yang ada pada setiap peserta rancangan soccer kids jangan dipersiakan. Ambil langkah untuk memantau perkembangan diorg dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama teruskan pencarian bakat muda yang baru.
Apa-apa pun tahniah jugak ler buat pasukan Selangor dapat masuk final.( tapi aku dendam lagi kat fans selangor yang baling air lengkong kat aku time final Piala Fa 2005...hehe)

Thursday, June 19, 2008

Tetamu Senja

Tetamu Senja~ A.Samad Said

kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah
kita kepadanya
kita datang ini kosong tangan dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
pada tetamu yang datang dan
kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada
tuhan kepada insan
pada tetamu yang datang dan
lupa jalan pulang
usahlah derhaka pula
pada tuhan kepada insan
bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat
puja pangkat
segera kita insaf kita ini punya kiblat
segera kita ingat kita ini punya tekad
bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke laut biru
ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah
seluruh rasa belas
kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Wednesday, June 18, 2008

coret2 sikit

Bila ada kat ipoh, atau kampung halaman aku, mesti aku terima sms macam ni.."Mat, ada mana??, jom men futsal!" Kalau 3 tahun dulu memang aku gila futsal..tambah pulak team aku dah la kuat..pantang kena cabar sikit, lawan!!! Tak puas hati..bertumbuk!(ni sikap yg tak elok ni..jgn ikut) Tp posisi aku keeper je..memang beruntung la aku cakap. siap dapat gelaran spiderman lagi..paling tidak org sebut "tu la keeper yg terer tu.."(hehe perasan)..kalo jd jaguh kampung satu kampung leh kenal..
tu masa aku minat gila.. tp bila sekarang member2 ajak, jenuh jugak aku pikirkan alasan yang munasabah tak nak main futsal..tgk r mood aku camne. kalau mood aku x bek tp diorg ajak jugak memang aku main2 je kat gol post..bila pihak lawan sepak bola aku tengok je tanpa menepis serta tanpa rasa bersalah..
Ada 4 sebab aku menolak ajakan diorang;

yang pertama:
sayang tangan woo. jari2 aku banyak kali dah bengkak n ada yg dah patah pun. aku pun penah hampir2 putus nyawa mase berlanggar dgn aiman kat pesta bola merdeka asam kumbang. kalau setakat main dgn member2 aku tak sungguh2. diorang je sungguh2 rembat kuat2 kat aku. cilakak lu orang..hehe. tapi kalau dalam competition memang all out la..never surrender.

yang kedua:
aku letih.. dulu mase skolah relax je kerja pn x banyak. tp bila dah masuk poli, macam2 program aku kena libatkan diri. Bebudak lain dah balik aku x balik lagi..busy!!! bila dah sampai umah yg aku ingat nk lepak tgk tv n sampai masa mau tido je. Bebudak futsal ni dah jadi tabiat diorang main futsal kul 11 mlm sampai kul 2 pagi pun ada. Bapak aku berapa kali sound aku.."jgn anakku, tak elok main malam2. engkau ni degillah" lebih kurang camtu le. marah tanda sayang. tp disebabkan perjanjian telah dibuat aku melangkah jua ke medan perang.

yang ketiga:
masalah ekonomi..paham2 la beb. kat dunia ni mana ada benda yang free. main futsal ni banyak jugak keluar duit. nk ke tempat futsal dah satu hal. minyak moto nk kena isi. dah la harga naik rm2.70 seliter. baru2 ni nujum maner lak ramal nk naik rm3.00 seliter..Harga court sejam pn satu hal lagi. kalo setakat kat taiping ni boleh tahan lagi la harga dia tapi kalau kat ipoh rm90 sejam. jenuh. Tu sebab ada games yg jenis lawan kalah-bayar, 20-70..main camni yg aku tak mau. ni kira berjudi la. Aku pun bukannya banyak duit. Makan pun kadang2 tercatu..bila takda duit, aku terpaksa menolak ajakan diorang..kalau org nk belanja aku sanggup turun..

yang keempat:
aku dah bosan jadi keeper..hehe. asal main je aku keeper..korang la pulak keeper..korang sedap je rembat. nasib tak baik, muka aku jadi target..

Bersukan tu baik untuk kesihatan tapi kekadang kita kena tengok juga kemampuan diri. Kena terima la sekarang nak bersukan pun kena keluarkan duit. Nak percuma pergi la mane2 padang yg terbuka n main ape2 saje jenis sukan kat situ tp condition x sebaik yg berbayar. tapi yang penting tubuh badan sihat.

Friday, May 30, 2008

DKE3A ke Pulau Pangkor!!!

Pada 19 April 2008, ketika Hari Keputeraan Sultan Perak, aku dan kawan2 sekelas aku di DKE3a Politeknik Ungku Omar telah ke Pulau Pangkor untuk melengkapkan tugasan Pengurusan kami. Sayangnya Hidayah tak dapat nak bersama kita orang.

Kami berkumpul di kampus B seawal pukul 7.30 pagi.(Aku datang pukul 8 pagi hehe) Semua orang bersemangat. Syafik dengan K.E pergi amik nasi lemak yang dah ditempah dekat Cafe Kamsis. ..Patut la aku tak nampak diorang. Aku ingatkan depa penat main futsal malam sebelumnya. Rupenye lagi awal dari aku. Bila semua dah abis makan tepat2 bas pun datang. Dalam pukul 8.30 kami bertolak dari poli. Semua orang tak nak duduk dengan Nuril tapi aku tak kisah dok sebelah dia. Bukan jahat pun budak ni tapi pemikiran beliau teramatlah kompleks dan sukar difahami. Dah la suka buat benda pelik sebab tu la bebudak kelas aku selalu buli dia termasuk la aku skali.(aku jahat) Nasib hang la Nuril. Dah naik atas bas aku mula mengantuk(penat main futsal) dan perjalanan ke pulau pangkor ni la aku gunakan untuk melelapkan mata yang tak dapat lelap semalam.


Dalam 2 jam lebih kami pun sampai kat jeti. Zarip dgn Hafiz pegi beli tiket feri. Pandai zarip cari yang murah siap dapat 2 tiket free..hehe. Ni ler first time aku ke pulau pangkor. Terujanye aku nak tengok ape yang menarik ada kat situ. Bila feri dah sampai, aku, akmal, cha dgn harun pilih tempat kat bawah. malas aku nak bersesak kat atas. dah la panas.



Akhirnya sampai la jugak ke pangkor. Kami naik van ke tempat penginapan. Tempat penginapan kami kat Flora Beach Resort..Selepas briefing skit oleh saudara hafiz, kitorang dibahagi beberapa kumpulan untuk setiap bilik. Aku sebilik dengan Acap,Smack dan Hafiz.Berkenaan dgn bilik kat situ ok la, 1 katil besar, bilik air,tv, astro dan almari baju. ok la kan..sebenarnya kat situ ada byk lagi tempat penginapan.. harga pun lebih kurang.



Selepas makan tgh hari semua balik melepak kat bilik masing2. Tengah lepak baik punya, tiba2 hujan la pulak. Masa tu aku yakin bebudak lain mesti tgh frust sebab takut program snorkling dibatalkan. Kalau batal masa tu memang frust beb..tp dengan kuasa Allah, hujan berhenti jugak hari tu. Sempat la kitaorg g snorkle. PErgh satu lagi pengalaman baru. Seronok jugak snorkling sampai ikan gigit jari aku pun seronok lagi. Puas r. (aktiviti snorkle ni sebnrnya pengarah x bagi, tp kitaorg je pandai2 buat jugak. xbest la kan mai laut xwat snorkle). Dah habis snorkle, kami bersihkan badan, mandi bagi wangi2 pastu jalan2 la tepi pantai. Yang mane berkapel, time ni la jalan berdua-duaan sambil hirup udara nyaman dari laut. Aku follow zarip g beli jajan tp dia nk balik awal lak ke bilik so aku jalan2 lagi sambil ushar2 barang2 yg bleh aku beli sbgai buah tangan. Dekat nak maghrib aku balik ke chalet. Solatlah sebelum Anda DISOLATKAN!!!



Makan malam kami best jugak r. Ayam,udang,ikan semua dipanggang tp foods ni bakal menyebabkan aku gatal..gua ade alergic..tp lazat bedal jugak r. ubat ada risau ape.... lepas isyak kami bergerak ke pantai untuk aktiviti seterusnya iaitu permainan botol beracun..haha permainan yang aku paling x suka. Sape yang kena sakit r. Kena denda wat benda yang agak mustahil. Memula berjalan lancar, tp bile Smack kena wat aksi ibu nk beranak jadi kecoh woo. kalau aku yg kena aku pun panas camtu.. LAst skali semua takmau main. padan muka. So dah jadi aktiviti bebas. Ade yang g memancing. Acap lak wat konsert mini. Aku lepak kejap je pastu terus balik bilik. Elok je sampai hujan lak turun. Aku layan jap cite perang. Tapi ntah bila aku tertido.



ESok paginye plak, program yg lagi best berlangsung. Sukaneka. Ada 5 permainan semuanya. Yg pertama, Cepat sedut. Cara main, sambung 4 batang straw pastu sedut air mineral 500ml. Game ni team padi menang. Huhu team aku last. Game kedua, rantaian manusia. Diberi tali rafia dan gunakan segala barang2 dianggota badan untuk buat rantaian manusia paling panjang. Kali ni team K.E lak menang. Team Aku mcm biasa, last lagi. dah abis tu, pegi pulak game, cepat sepit. haha kali ni x last tp no 3. Sepit guli2 guna chopstick dr tempat A ke tempat B. Ade jugak yg main tipu. sambil sepit sambil genggam 5 nam bijik guli. patut la aku tgk team zarip kejap sangat dah byk kat kwsn b. hehe tp kantoi jugak. then main sambut belon yang berisi air yg dinamakan game'tangkap basah'. Badi kekalahan berterusan di game ni.hish..tp time game 'kutip sampah paling byk' kami lah juara. (Juara la curi sampah orang lain.hehe. otak jahat)


Dah selesai sukaneka, semua pemenang dapat hadiah. Puan HJh Atikah puji kelas kami sebab kerjasama yg baik antara kami, tepati masa dan semua program berjalan lancar. Dalam kul 12.30 kami check out. aku x sempat nk beli brang kat pulau. tp aku beli buah tangan kat jeti lumut. Sama jugak. Sejak dari hari tu bebudak kelas makin rapat antara satu sama lain. Inilah kenangan terindah sewaktu di sem 3. Harap dapat jumpa diorang lagi di sem 5 (sem 4 kami praktikal).

Sunday, April 13, 2008

Kenangan bersama pasukan

TeaM EXtrAvAganza


DaKiKuYeN fc

Friday, April 11, 2008

Burung Hantu



Burung Hantu, merupakan salah satu haiwan yang memang aku minati sejak dari bangku sekolah lagi. Aku masih ingat di sekolah rendah dulu ada banyak pokok yang besar dan rendang disekitar sekolah. Setiap pagi aku datang awal pagi, lepas letak beg di kelas aku lepak dekat bawah pokok sambil mendongak ke atas pokok mencari kelibat burung hantu. Burung-burung hantu kat sekolah aku jenis besar macam saiz budak umur 6 tahun. Yang menarik perhatian aku pasal burung ni, dia kelihatan seperti seorang lelaki tegap berkaca mata hitam yang berdiri di atas pokok. Nampak macam Dracula pun ada. Sekali-sekala burung ini terbang ke bawah dengan gaya yang memukau mataku. Stail ' nak landing tapi tak landing'. Boleh bayang tak macam mane???

Sejak aku minat dengan burung hantu ni, buku-buku aku tak selamat dari tangan aku yang menconteng gambar burung hantu bila aku bosan masa tengah baca buku. (Sebelum ni asyik lukis gambar Ultraman Ace dengan Suria Perkasa Hitam je). Kadang-kadang atas lantai rumah pun aku lukis jugak. Gambar yang di atas ni pun salah satu seni vandalisme yang aku buat atas lantai. Kawan-kawan dah tahu tabiat aku ni. Banyak jugak la lukisan burung hantu yang aku dah buat dengan pelbagai stail. Tapi gambar burung hantu yang terbaik aku dah beri kat org lain..

Burung hantu tergolong dalam order Strigiformes. Ada dua jenis Famili iaitu Tytonidae dan Strigidae. Ada banyak jenis tapi yang ada kat Malaysia jenis burung hantu jelapang, burung hantu kubur, burung hantu reban, burung hantu carik kafan dan burung hantu kuang kulit. Jenis karnivor dengan dietnya burung2 kecil dan mamalia kecil seperti tikus. Kelebihan burung hantu ni ialah boleh melihat di waktu malam. Sebab tu lah burung ni aktif waktu malam. Jangka hayat diantara 8 hingga 10 tahun.

Thursday, April 10, 2008

Pertama

Taiping, tempat kelahiranku. Bagi aku tak ada tempat lain kat dunia ni yang boleh diiktiraf sebagai terbaik selain dari Taiping. Orang2 Taiping mesti setuju dengan aku kan..kan. Banyak sejarah dgn tempat yang menarik kat Taiping ni tapi nanti la aku cerita pasal tu.
Kat sinilah aku mula belajar ilmu dunia. Bermula dari Taski Abim Kampung Pinang tahun 1991 aku belajar mengeja, mengaji, mewarna dan melukis. Seingat aku guru masa tu ialah Puan Mahanum dan Cik Mahani(dah kawin kot). Dah habis tadika dengan cemerlang, sambung pulak kat SRK King Edward VII(1), Jalan Stesen. Aku ingatkan abah nak masukkan aku ke SK Asam Kumbang yang dekat dengan rumah sebab jiran sebaya aku kebanyakkannya ke situ. Belajar la aku kat situ sampai darjah Enam. Paling aku ingat Puan Haslina yang banyak tolong improve aku punya matematik. Cikgu Meor Ahmad pun aku ingat jugak sebab dia pun ingat lagi aku sampai sekarang. Dia la ajar aku main takraw tapi aku pulak jenis kaki pengkor asyik tensyen la timbang bola tak penah lepas 5 kali.hehe.(dulu la).
Naik tingkatan 1, pergi pulak ke Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping. Banyak pahit manis aku kat sini.(yang pahitnye sebab kena rotan je). Lama jugak belajar kat sini. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6 atas. Start dari mula masuk, aku dan pelajar2 lain semestinya berbangga dengan pencapaian sekolah aku dalam bidang sukan terutamanya ragbi kendalian cikgu Md.Din dan cikgu Kanaisan. Pernah mencuba nak jadi salah seorang rugger tapi yang dapat hanyalah sebagai hand-baller(pemain bola baling-baling jugak bola mcm ragbi). Setelah begitu lama menuntut disitu maka ucapan Terima Kasih ditujukan kepada guru-guru yang banyak membantu diri ini terutamanya En. Shamsudin, Pn. Haliza(Bio), Pn. Paridzah, Pn Endok Salwa, Pn. Kamariah, Pn. Lee Soo Hoon dan para guru yang lain(maaf tak dapat nak nyatakan semua). Jasa kalian tetap dalam ingatan. Hanya Allah dapat membalasnya.
Tamat STPM, aku mula la sibuk nak cari kerja sambilan. Aku pun ikut la kawan-kawan buat kerja kontrak binaan. Baru aku tau camne susah nak cari duit. Sebelum ni tau mintak duit kat mak dgn abah je. Dengan kerja kontrak ni la membawa aku sampai ke Sik, Kedah buat projek kolam ikan dekat Kampung Bendang Man. Merasa duduk jauh dari keluarga. Dah habis kontrak, tgu tawaran ijazah walaupun agak samar2 peluang nk amik ijazah kat ipta. Seperti dijangka, tak ada rezeki. Sambung lak kerja dekat kilang II-Tomodachi. Kerja senang, gaji pn boleh la tp tak tahan kena kalau kena shift malam. Mengantuk yg amat sgt. Lagi tensyen kalau mesin buat hal.
Lepas 5 bulan aku kerja, dapat pulak tawaran dari UiTM dgn Poli Ungku Omar. Pening jugak nak pilih yang mana satu. Akhirnya ke Poli Ungku Omar amik Diploma Kejuruteraan Elektronik. Ada org sokong aku ke PUO, ada jugak yang membangkang. Biasa la. Tapi selagi ada yang menyokong aku, selagi tu aku terus belajar tak kira la kat tempat mana pun. Rezeki masing2 ada.
Cukup la sampai kat sini dulu kisah hidup aku. Kepada rakan2 sekelas tak kira la dari masa tadika sampai la tempat aku belajar sekarang kontek2 la rakan mu ini. Assalamualaikum.