Monday, February 22, 2010

Rempit lagi

Litar Kamunting Raya meriah tadi.. Banyak motor beb..huuu..weng sana weng sini..Entah datang dari mana diorang ni. Dah macam saingan cub prix lak. Penonton pun penuh kat tepi2 jalan. 

Baru je sampai nak tengok, dah sorang jatuh kat corner.. huhu..Nasib baik tak serius..Aku ingat diorang nak berhenti main tapi sambung balik pulak pastu..hehe. Kalau dah sangap nak rempit, rempit jugak la..

Hari ni ramai sebab ada event kat Taiping Sentral tadi kot.. Apa2 pun Selamat Merempit.




Sunday, February 21, 2010

Bukit Larut~ Menggamit Kenangan Silam

Setelah hampir 2 tahun aku meninggalkan kawasan tertinggi dan paling lembap di Taiping,hari ini aku kembali menjejakkan kaki ke Bukit Larut. Mengenangkan kembali saat-saat bersama rakan-rakan sekolah mendaki Bukit Larut pada tahun 2002 ketika itu aku masih di tingkatan 4. Kali pertama mendaki memang teruja, dengan perangai yang masih keanak-anakan (remaja lelaki kebanyakannya lambat matang..sampai sekarang pun aku rasa macam budak2 lagi..hehe)setiap perjalanan penuh dengan gelak tawa.

Walaupun letih yang amat sangat tapi demi untuk merealisasikan impian untuk kali pertama mendaki sehingga ke puncak, semua itu dapat diatasi dengan bantuan rakan2. Pada usia 16 tahun itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di Bukit Larut. Di setiap pondok rehat kami catatkan nama masing-masing sebagai bukti kami pernah sampai di situ. Sayangnya ketika itu tiada kamera untuk merakamkan kenangan bersama. Sejak dari hari itu, Bukit Larut menjadi destinasi tetap aku untuk beriadah dihujung minggu sehinggalah aku menyambung pelajaran di PUO.

Peristiwa paling aku tak boleh lupa di sana bila terpaksa melalui kabus tebal semasa menuruni Bukit Larut. Waktu itu hujan diatas dengan bunyi guruh yang kuat. Tak nampak jalan langsung hingga terpaksa merangkak sekejap (takut jatuh ke tepi tebing..hehe)

Tapi kali ini hadirku ke sini dengan misi yang berbeza..hehe.. Demi untuk mengurangkan berat badan yang semakin menggila naiknya. Hari ini aku memilih laluan hutan supaya setiap sendi dan anggota badan aku terlibat dalam proses mengurangkan berat badan ini. Aku keseorangan tadi biarpun malam sebelumnya 3 orang rakan berjanji nak ikut serta. Tapi aku tunggu sampai 8.30 seorang pun tak muncul2. Hampeh semua..tidur la tu.

Matlamat utama hari ini adalah untuk tiba di pondok 2. Tapi sebab dah lama aku tak ikut laluan hutan, maka aku biarkan seorang wanita cina berada dihadapanku dengan harapan dia akan membawa aku hingga ke pondok 2. Jalan2 dalam hutan tu memang aku tak ingat langsung. Pada mulanya aku dapat mengikut rentak wanita tersebut tapi selepas kira-kira 100 meter perjalanan dia mula meninggalkan aku yang bergerak perlahan sebab tak cukup stamina.hehe.. Dengan langkah yang perlahan dan berhati-hati aku mendaki laluan tersebut dengan sabar tapi tercungap-cungap.

Tiada sesiapa dibelakangku dan wanita tadi pun dah hilang dari pandangan. Hilang pedoman sekejap. Aku teruskan juga perjalanan di dalam hutan sehingga aku merasakan suatu yang pelik dengan laluan yang tempuh. Mengikut pengalaman aku laluannya tidak ada yang ke tepi melainkan menegak ke atas tapi tadi aku kena melalui laluan landai menghala ke kiri beberapa kali. Menguatkan lagi firasat aku dah salah jalan bila aku jumpa 2 laluan air bukit. Sebelum ini tak pernah jumpa satu pun dan laluan itu tiada orang lain melainkan aku seorang je.huhu.. Takpe teruskan.

Sewaktu berjalan bersendirian, aku baru perasan dilaluan itu penuh dengan kertas-kertas yang dicarik dan beberapa sampul angpau berwarna merah digantung dibeberapa pokok. Aku cuba mengikuti laluan kertas carik dan sampul itu dan semakin yakin laluan ini pernah dilalui tetapi tiada tanda2 laluan itu baru dilalui pagi tadi. Mungkin ada mungkin tidak..

Setelah hampir 30 minit mendaki, aku tendengar seperti suara kanak-kanak menjerit2 keseronokan. Hah dah nak sampai dilaluan bertar rasanya. Lagi satu hutan yang gelap dah semakin cerah..yes2 nak sampai. Sambil berjalan aku amati suara itu lagi, makin lama makin pelik.. Rupa-rupanya suara monyet (spesis apa entah la)yang bergayut kat pokok. hahaha..hadoi lambat lagi rupanya..

Tiba-tiba ada pula simpang. ISh3x..Nak ke kanan atau kiri? Ingat nak telefon je member tanya jalan.hehe..Nasib baik kredit handphone aku terselamat apabila terpandang papan tanda disebelah simpang kiri ada tertulis Pondok 3. Tapi yang kanan takda pula papan tanda..Pondok 2 agaknya. Masuklah aku ke kanan..jumpa lagi sampul merah..betul2. Wah menegaknya laluan..Sakit otot betis aku. Nasib baik tak lama lepas tu dah jumpa jalan keluar tapi bukan pondok 2 atas sikit dari situ. HUHU. Lega2..Nasib baik tak sesat yob..haha. Kalau tak kenduri doa selamat la kat rumah aku tadi..

Perjalanan tadi mengambil masa kira-kira 40 minit je..Aik rekod baru ni..Kalau nak sampai pondok 2 dulu aku buat 45 minit. Ini atas lagi dari pondok 2. Stamina boleh tahan la..Baru pondok 2. Ada banyak lagi pondok rehat. Mau makan masa 4 jam nak naik ke kawasan paling atas. (Atas sekali ada menara pemancar radio dan televisyen).

Petua nak sampai cepat ke atas->>
Pagi2 datang awal beli tiket land rover (takut habis)..naik land rover mesti cepat sampai aahh..kena tahan pening je. Jalan bengkang-bengkok. Datanglah ke Bukit Larut. Banyak benda baru dah buat kat atas tu. Boleh tengok bunga tulip, meniti titi gantung..tido umah rehat baru..

Tuesday, February 16, 2010

Untuk kamu kawan..

Kawanku,
Kau sering lihat aku hidup riang ria,
Tersenyum sana sini,
Kadang-kadang gelak macam orang gila,
Mengusik, menyakat orang sekeliling aku,

Kawanku,
Kau sering anggap aku dari kalangan orang berada
Segala benda yang diinginkan pasti dipenuhi,
Dan sering pula kau membandingkan dengan kehidupanmu,
Katamu aku beruntung,

Kawanku,
Dengar sini,
Aku bukanlah manusia yang sentiasa gembira dalam hidupnya,
Kadangkala masalah juga datang menguji,

Dengar sini lagi,
Kesenangan itu semua hasil titik peluh orang tua aku,
Padahal aku tak punya apa,
Aku dan kau sama sahaja,
Kini biarlah kita pula yang menggunakan akal, tangan, kaki untuk menentukan takdir kita sendiri,

Kawanku,
Berubahlah sementara ada waktu,
Tinggalkan perkara sia-sia yang membawa dosa,
Tutup mulut orang yang sering mengejek,
Hanya diri sendiri boleh mengubah takdir.

Tak selamanya aku selalu melindungimu,
Suatu hari aku harus pergi untuk takdirku.



Monday, February 8, 2010

Rempit

Hari ni (Ahad) aktiviti luar aku bermula pada pukul 6 petang.. Masa yang sebelum tu, aku habiskan dengan penuh manfaat di dalam rumah dimana hampir 40% daripada masa tersebut aku gunakan untuk menghasilkan tahi mata..Tetapi, yang anehnya terdapat juga pengeluaran produk lain selain tahi mata, iaitu ayor liur basi tanpa kerelaanku..cis!

Sememangnya hari ini memang aku mengimpikan hari tanpa gangguan dari insan yang bergelar kawan yang sering mengajak aku ke sana ke mari tanpa hala tuju yang jelas. Dah lama tak merehatkan tubuh badan dengan sempurna lalu menyebabkan beberapa simptom penyakit kronik telah wujud untuk memberi amaran kepadaku supaya sentiasa menjaga kesihatan..

Namun begitu, ajakan kawan2ku untuk melepak sambil makan char koey teow berdekatan trek perlumbaan cub prix di Kamunting Raya tidak dapatku tolak kerana hidup ini masih memerlukan hiburan buat seketika. Hurm hujung2 minggu macam ni selalunya ada budak2 merempit. Jangan katakan budak2, orang tua pun ada (tapi tak termasuk dalam golongan warga emas ok). Boleh melayan kejap tengok aksi2 mat2 rempit di litar.
Sesampainya aku disitu, lalu terasa keringnya tekak maka aku meng'order' segelas teh ais tanpa char koey teow yang glamer disitu. Banyak pulak yang merempit petang tadi. RXZ, LC, EX5 dan bermacam2 lagilah. Macam nak join sekali pun ada..hehe.(Jiwaku bukan pada rempit ok..aku cuma rasa je.). Bahaya beb, sebab kereta, lori dan bas pun dok lalu jugak kat situ. Motosikal yang main kat situ dah diubahsuai supaya lebih umphh bak kata Chef Wan (banyak duit diorang nih). Tapi selalunya, diorang ni sempat merempit beberapa pusingan je sebab pakcik bermotosikal berkuasa besar yang berwarna putih ataupun geng waja putih berlampu biru diatasnya (polis) sering "potong stim" diorang. Bila geng ni datang, bertempiaran la masing2.."Blah Blah Blah" jerit tonto diorang sambil melambai-lambaikan tangan..hahaha.. Bagus punya kawan. 

Rempit di Taiping bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat di sini. Rempit di Taiping telah melahirkan beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan cub prix seperti Ahmad Fazlisham dan adik beliau, Ahmad Fazrulsham (Old Edwardian ni). Pencapaian dua pelumba ini dan beberapa lagi pelumba dari Taiping mencetuskan fenomena dan menjadi idola kepada mat2 rempit sekitar kawasan Larut Matang dan Selama.
Memanglah rempit menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati. Antara sebab2nya:
1. Bunyi enjin yang bising.
2. Mengganggu ketenteraman awam.
3. Bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.
4. Menyebabkan polis trafik terpaksa 'berlumba' sama dengan diorang
.
Nasihat aku kepada sesiapa yang ingin menggunakan jalan Kamunting Raya pada petang hujung minggu adalah digalakkan untuk menggunakan jalan alternatif iaitu menggunakan jalan baru disebelah kanan sebaik sahaja anda tiba dipersimpangan berhampiran kilang Best Store atau jika anda dari jalan Giant selepas bulatan teruskan perjalanan anda dengan menggunakan susur keluar kedua atau ketiga atau pun keempat (pergi Giant semula) dan terus sahaja( jangan belok ke kiri kat simpang empat).. Ini adalah untuk mengelakkan anda bertembung dengan kumpulan mat rempit yang sedang melayan litar Kamunting Raya.


Merempit tanpa mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang selalu digunakan sewaktu perlumbaan halal atau haram boleh mengundang padah. Jalan Kamunting Raya tu pun telah meragut beberapa nyawa. Namun semuanya tak serik selagi tak koyak punggung. (kawan aku dah koyak punggung baru ada akai..hehe).

* Bila la nak dibuatnye litar untuk pemuda-pemuda berbakat ni?? Dulu berjanji nak buat..

Thursday, February 4, 2010

Kan aku dah kata dah..

Aku dah kata bukan senang nak meniaga..huhu.. Walaupun ada orang sanggup labur untuk kita jalankan bisnes car wash ni..ia bukanlah semudah membuat jualan nasi lemak ditepi jalan yang boleh bukak meja pasang satu payung pada bila2 masa.. modal orang boleh bagi..barang2 pun boleh dapat bila2 masa..cuma masalah sekarang ni tapak masih tak dapat2..

Ke hulu ke hilir mencari tuan tanah kedaung..nak mintak tapak tu sikit je..di tepi2 jalan Kamunting Raya tu la tapi dah ada orang yang meneroka dahulu. Kami nak mintak dengan cara elok dan terhormat..sikit je,tak banyak pun bang..dalam 15kaki x 20 kaki je..kalo tak nak bagi pun, kami nak sewa la ..jangan la kedekut sangat lagipun bukan semua tanah tu korang nak wat bisnes..aku tengok penuh dengan semak je..Korang pagar pun bukan korang ada geran kat situ.

Dekat seminggu dah ni..jenuh la memujuk...duit makin habis ni..

Monday, February 1, 2010

Mimpi ku..

Hurm, kali ni aku nak tulis pasal mimpi lak.. Lama tak menulis.. Kenapa tulis pasal mimpi? erm suka hati la.. Kata orang mimpi itu mainan tidur..ada jugak kata mimpi mainan syaitan..kadang2 ada jugak orang mendapat petunjuk dari mimpi setelah solat istikharah..Kadang2 kita mimpikan orang2 yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi. Tapi hehe paling teruk jikalau mimpi itu bisa membuat kita terjatuh dari katil (penah alami tak?)

Semalam buat pertama kalinya aku mimpi menjadi seorang askar ala-ala Rambo bersama-sama seorang heroin yang agak cun disampingku untuk menghapuskan askar2 Jepun dan Marin Amerika (aik?) yang mengancam negara kita..

Satu per satu musuh aku buru. Dalam bangunan, dalam semak.. Tak ada yang terlepas..asal nampak aku tembak..kalau jumpa segerombolan aku lempar je bom..TEBABOM!!!...mati tapi tak ngeri..selepas melalui laluan getir aku fikir aku boleh celebrate dengan heroin jelita tadi (jgn pikir bukan2)..tapi hampeh rupanya, semua tentera lahanat yana aku bunuh tadi hidup balik..aku pulak jadi buruan..hadoi terasa penat walaupun mimpi..

Mungkin sebab riwayat aku telah ditamatkan, mimpi aku bertukar tajuk cerita yang baru..tapi mimpi ni membuatkan aku berfikir banyak kali selepas aku bangun dari tidur tadi..Mimpiku begini, aku nak mengunjungi rumah seorang sahabat berbangsa India beragama Hindu. Ketika tiba dirumahnya kelihatan ahli keluarganya berada didalam rumah.. Terlihat seorang India tua didalam rumah yang aku agak sebagai bapa kepada sahabat aku tu..tetapi dikepalanya memakai serban pak haji..dan aku ternampak tergantung Kalimah Allah dan Muhammad di dinding rumahnya..dah Islam ke keluarga sahabat aku ni? Ish..pelik benar mimpi aku ni..

Binatang yang paling kerap aku mimpikan ialah sang bedal.. Kerap sangat muncul. Saiz besar dinosaur pun ada..Kalau mimpi ular, kata orang maknanya orang tu dah dekat nak kahwin le tu..hehe..macam mana pulak untuk mimpi sang bedal ni? Siapa2 boleh tafsirkan?

Dalam mimpi macam2 boleh jadi..jadi transformers pun pernah..hahaha..itu masa aku kecik2 dulu.

Walau macam mana pun jangan percaya semua yang berlaku dalam mimpi tu..anggap jela sebagai mainan tidur yang menyeronokkan walaupun mungkin ada yang ngeri. Serah segalanya kepada Allah swt..kita cuma lakukan apa yang telah ditetapkan sebagai hambaNya.

Hurm..sempatkah aku bermimpi malam ni?

*indahnya kalau dapat bertemu bidadariku dalam mimpi..siapa bidadariku?