Monday, February 8, 2010

Rempit

Hari ni (Ahad) aktiviti luar aku bermula pada pukul 6 petang.. Masa yang sebelum tu, aku habiskan dengan penuh manfaat di dalam rumah dimana hampir 40% daripada masa tersebut aku gunakan untuk menghasilkan tahi mata..Tetapi, yang anehnya terdapat juga pengeluaran produk lain selain tahi mata, iaitu ayor liur basi tanpa kerelaanku..cis!

Sememangnya hari ini memang aku mengimpikan hari tanpa gangguan dari insan yang bergelar kawan yang sering mengajak aku ke sana ke mari tanpa hala tuju yang jelas. Dah lama tak merehatkan tubuh badan dengan sempurna lalu menyebabkan beberapa simptom penyakit kronik telah wujud untuk memberi amaran kepadaku supaya sentiasa menjaga kesihatan..

Namun begitu, ajakan kawan2ku untuk melepak sambil makan char koey teow berdekatan trek perlumbaan cub prix di Kamunting Raya tidak dapatku tolak kerana hidup ini masih memerlukan hiburan buat seketika. Hurm hujung2 minggu macam ni selalunya ada budak2 merempit. Jangan katakan budak2, orang tua pun ada (tapi tak termasuk dalam golongan warga emas ok). Boleh melayan kejap tengok aksi2 mat2 rempit di litar.
Sesampainya aku disitu, lalu terasa keringnya tekak maka aku meng'order' segelas teh ais tanpa char koey teow yang glamer disitu. Banyak pulak yang merempit petang tadi. RXZ, LC, EX5 dan bermacam2 lagilah. Macam nak join sekali pun ada..hehe.(Jiwaku bukan pada rempit ok..aku cuma rasa je.). Bahaya beb, sebab kereta, lori dan bas pun dok lalu jugak kat situ. Motosikal yang main kat situ dah diubahsuai supaya lebih umphh bak kata Chef Wan (banyak duit diorang nih). Tapi selalunya, diorang ni sempat merempit beberapa pusingan je sebab pakcik bermotosikal berkuasa besar yang berwarna putih ataupun geng waja putih berlampu biru diatasnya (polis) sering "potong stim" diorang. Bila geng ni datang, bertempiaran la masing2.."Blah Blah Blah" jerit tonto diorang sambil melambai-lambaikan tangan..hahaha.. Bagus punya kawan. 

Rempit di Taiping bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat di sini. Rempit di Taiping telah melahirkan beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan cub prix seperti Ahmad Fazlisham dan adik beliau, Ahmad Fazrulsham (Old Edwardian ni). Pencapaian dua pelumba ini dan beberapa lagi pelumba dari Taiping mencetuskan fenomena dan menjadi idola kepada mat2 rempit sekitar kawasan Larut Matang dan Selama.
Memanglah rempit menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati. Antara sebab2nya:
1. Bunyi enjin yang bising.
2. Mengganggu ketenteraman awam.
3. Bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.
4. Menyebabkan polis trafik terpaksa 'berlumba' sama dengan diorang
.
Nasihat aku kepada sesiapa yang ingin menggunakan jalan Kamunting Raya pada petang hujung minggu adalah digalakkan untuk menggunakan jalan alternatif iaitu menggunakan jalan baru disebelah kanan sebaik sahaja anda tiba dipersimpangan berhampiran kilang Best Store atau jika anda dari jalan Giant selepas bulatan teruskan perjalanan anda dengan menggunakan susur keluar kedua atau ketiga atau pun keempat (pergi Giant semula) dan terus sahaja( jangan belok ke kiri kat simpang empat).. Ini adalah untuk mengelakkan anda bertembung dengan kumpulan mat rempit yang sedang melayan litar Kamunting Raya.


Merempit tanpa mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang selalu digunakan sewaktu perlumbaan halal atau haram boleh mengundang padah. Jalan Kamunting Raya tu pun telah meragut beberapa nyawa. Namun semuanya tak serik selagi tak koyak punggung. (kawan aku dah koyak punggung baru ada akai..hehe).

* Bila la nak dibuatnye litar untuk pemuda-pemuda berbakat ni?? Dulu berjanji nak buat..

No comments: