Sunday, November 8, 2009

Kabinet

Aha..kabinet merupakan sebuah tempat penyimpanan pinggan mangkuk cawan serta gelas Arcopal anda yang dibeli sewaktu melawat Langkawi lima belas tahun dulu tetapi tidak dipernah digunakan untuk tetamu yang datang sebaliknya lebih gemar menggunakan pinggan mangkuk cawan serta gelas yang diperbuat daripada plastik yang sememangnya tahan lama walaupun diletakkan diluar kabinet selama 100 tahun. Selain itu juga kabinet boleh dijadikan tempat penyimpanan barang-barang dapur yang kering (yang basah masuk dalam peti ais la)

Ahaha itu kabinet dapur… belum lagi senaraikan Menteri2 Kabinet Malaysia.

sesiapa yg nk mencari kabinet dapur tp terjumpa blog ni pulak boleh cuba tgk2 kt dalam link dibawah

http://www.mudah.my/

pilih negeri dan cari kt bhgn jobs and services. kan mudah gitu..

Kali ini ada info mengenai Kabinet yang digunakan dalam sistem Telekomunikasi. Unit ini berbentuk silinder dan ada juga yang berbentuk segi empat yang selalu kita tengok 'technician' TM buka dan sambung2 wayar kat tepi2 jalan..baca sedikit info kat bawah

Kabinet

  • Peti kabinet atau dikenali juga sebagai Gerabak Agihan merupakan tempat pengagihan talian untuk ke peti agihan (DP) sebelum sampai ke rumah pelanggan.
  • Kabinet merupakan tempat penamat kabel utama di mana ia bermula dari MDF melalui lohong dan terus ke kabinet.
  • Kabinet merupakan unit penyambungan silang dengan dawai pemintas untuk penyambungan silang.
  • Penyambungan dari kabinet ke ibusawat, kabel jenis (lead) digunakan dengan saiz 100,1000 dan dalam pelbagai jenis saiz lagi digunakan.
  • Di dalam sesebuah kabinet terdapat 9 teras iaitu setiap darinya mempunyai 200 pasang dan diagihkan kepada 20 DP.
  • Kabinet merupakan rujukan talian pelanggan kepada sesuatu kawasan. Ia juga bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan.


Terdapat 3 jenis kabinet iaitu:

  1. Kabinet APO –berbentuk silinder macam roket bermuncung rata
  2. Kabinet krone - dalam bentuk almari (kotak)
  3. Kabinet pouyet - dalam bentuk almari (kotak)


  1. Fungsi asas kabinet

    Antara fungsi asas kabinet ialah:

  • Untuk penjimatan dalam penggunaan kabel dan juga pemasangan kabel supaya lebih mudah ditukar ganti.
  • Untuk mengelakkan sambungan dibuka bagi penyusunan semula kabel utama yang disebabkan oleh sedikit sisihan dan daripada permintaan terdahulu.
  • Sebagai tempat ujian perantaraan antara kabel utama dengan kabel agihan.
  • Untuk mengelakkan pengurangan keupayaan pemancaran yang dipancarkan.
  • Untuk membolehkan lepasan kabel utama dengan lebih mudah tanpa memotongnya menjadi kabel agihan yang lebih kecil.




Saturday, November 7, 2009

Salahkan Aku..

"U ada belajar ke takde? Ini apa semua yang u buat langsung tak betul,"



aiyoo, itu suara kasi perlahaaaaaaaaaaaan sikit..


jeng jeng jeng


Menjeling, menjeling ku bertentang...

Mata kita sama memandang,

Ku cuba, ku cuba nak bertanya,

Siapa diakah namanya,



Namanya ialah Cik Tan (baca seolah-olah korang nyanyi lagu di atas)

..huhu pensyarah aku modul Sistem Kawalan



Aku pandang mata dia yang macam nak terkeluar tu (menakutkan)..bertahan-bertahan...argh tewas jugak aku..mata aku terkedip lak..Cik Tan menang!! Tak berkedip mata dia..marah sungguh ni..

Kemudian aku pandang markah bersebelahan dengan nama aku. Merah je semua.(hampeh tul la ko mat..)


Buat2 dahi berkerut sikit..


Lidah kukelu dan minda ku membeku

Semangat kuhilang entah ke mana

Dari pagi sehingga malam datang menjelma

Congak posisi diri


"Saya sendiri punya salah Cik Tan, mintak maaf, " itu je yang termampu untuk aku jawab soalannya tadi. Malas aku nak panjang lebar..


Mau saja... Aku melepaskan diri dan terus berlari

Boleh saja... kata hati yang berbisik meracuni

Boleh saja... ku turutkan kata hati yang ingin mencuba

Gagal lagi... kamar kusedia terkunci


"Kamu jangan salahkan Cik Tan kalau kena 'suap balik',"

Takkanlahku nak salahkanmu wahai Cik Tan.

Salahkan aku..

"The Rock (bukan nama sebenar) pun buat soalan yang sama dengan u..Dia dapat markah penuh..apa masalah kamu?"

"Saya tak boleh imaginasikan la dia punya operasi Cik Tan. Kompleks sangat" pertahan diri la konon..

Macam mana aku cakap pun dah memang2 salah aku yang tak study..salah lagi..isk

Salahkan aku...

" Macam mana u nak bantu diri u? Sekarang saya boleh bantu u lagi tapi nantinye dalam final exam u kena buat sorang2..ini yang buat saya risau ni tengok result u..ini macam boleh 'suap balik', "

Suap balik? aku tak mau la Cik Tan..tapi aku betul2 kosong la dalam kepala...

Apakah sebab aku mengabaikan makanan terbaikku, kismis sebagai penguat ingatan?

Ahah! Inilah kita manusia..lemah..tak sempurna.

Tak dapat kismis tak boleh mengingat

Tak dapat ganja tak boleh buat kerja

Tak dapat rokok tak boleh duduk diam

Tak dapat kopi jantan tak bertenaga

Tak dapat kicap jalen tak boleh buat ekspedisi

Tak dapat viagra tak boleh...(korang jawablah sendiri..WoW!)

Lemahnya aku (kita)


Sakit hati, bikin sakit hati

Semua ini terjadi berkali-kali

Nggak pernah aku mengerti

mengapa begini?????


Argh!!!! Cik Kham pun dah perasan prestasi aku dalam keadaaan dihujung tanduk. Kena tegur lagi semalam..lepas ini siapa lagi? Silalah hamburkan amarah dan ketidakpuasan hati anda..biarlah ku terima

Cukup2 sampai sini saja..yang terjadi biar jadi sejarah..kita cipta sejarah baru..pastikan itu sejarah gemilangmu...cayalah Mat!!!
Salahkan aku??? Memang itu salah aku..biarlah ku terima..



Lepas semua angan tinggi melayang

Coba menghindar dari kenyataan

Mikirin hidup yang nggak karuan

Malah bikin bingung nggak pernah ada jawaban

Semua menjauhi lelah hati terus begini

Jenuh mencoba putus asa

M'rasa diri seolah nggak punya arti



Tapi teringat nasehat nenek

Orang hidup harus punya tujuan

Nggak perlu malu hadapi kenyataan

Jangan hidup ini cuma jadi beban

Ternyata nasehat nenek benar

Nggak boleh malas

Ternyata semua harus dikejar

Dan matahari pun bersinar




ps: Walaupun hari ini korang terjatuh sewaktu berlari menuju garisan penamat..bangun semula dan tamatkan larian biarpun lambat, biarpun lutut korang luka berdarah, biarpun korang terpaksa merangkak akhirnya di penamatnya. Nggak boleh malas!!!


Thursday, October 22, 2009

Selamatkah Ubat Gigi Kita???

UBAT GIGI BERTOKSIK

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Tinjauan CAP ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, perhatikan gambar-gambar yang berikut.







sumber->PPIM

Wednesday, October 21, 2009

1 Malaysia Punya Cerita

Aha..dah abis pun Pelancaran 1 Malaysia kt Stadium Perak..
Memang meriah mcm Jom Heboh punya event.. Keadaan jalan raya agak sesak dengan kehadiran ratusan bas yg membawa rakyat Perak dr segenap pelusuk negeri ini. Tapi banyak cerita disebaliknya..

Acara pada hari Ahad kelmarin bermula dengan senamrobik. Aku tak pergi la..ujan siot. hehe dh la aku xtido semalaman buat litar utk etching. Jadi pagi yg sejuk tu digunakan utk qado blk tido aku. Bersenam robik le mereka.. haha yg bestnye sesape bdk2 PUO yg pegi sana disuruh pulak menyertai raptai utk pelancaran. Mengibar2kan bendera.(boleh aku katakan disini 'terkena' hehe). Tak pasal2 kena. Apa2 pun berjasa la pelajar2 PUO kepada negeri Perak kelmarin. Kena bagi penghargaan ni kat depa ni. Kalo xda PUO, tumpor majlis. Kena igt tu...

Itu yang berlaku di dalam Stadium Perak. Diluarnya pulak didirikan pelbagai booth utk jualan. Aku sendiri x sempat tengok apa yg ada kt booth2 terbabit.. Dalam Stadium Tertutup pn ada jugak pameran kebanyakannya pameran seni dan gambar2 pemerintahan PM Najib seratus hari dan juga pameran tentang Kerajaan Negeri. Best jugak r.

Tapi sebenarnya pada hari tu aku cuma tumpukan pada tugas aku utk mendaftarkan pelajar2 PUO yang hadir pada pelancaran hari tu. Sesiapa yg mendaftar akan dpt la RM10 seorang. Kebanyakannya pelajar Kamsis sebab diorang telah dikerahkan utk menjayakan majlis pelancaran pada hr tersebut.(sebenarnya secara mengejut). Pukul 6.30 ptg aku dh smpai dan mencari2 KJ HEP utk bertanyakan pasal pendaftaran pelajar. Seorang AJK bawah aku pn takda masa tu psl diorg balik jap mandi2.(tu la sapa suh dtg awal2). Aku pn mtk tolong dgn adik2 Sem 1 yg aku jumpa kat tepi Dewan. (bagus bdk2 ni)..KJ suruh tumpang meja DJ yg ada dpn Dwn Indera Mulia utk pendaftaran. Baru aku abis gantung Bendera PUO, dah sampai pelajar2 PUO nk mendaftar. Tak sempat nk susun borang dgn kupon. Kelam kabut. Nasib baik tak lama kemudian datang la AJK pendaftaran. Boleh dianggarkan dalam 800 je mendaftar pada hr tersebut. Target sebenar nk 2000-3000 orang dr PUO..boleh la tu.

Persembahan di dalam Stadium Perak bermula jam 7.30 ptg. Apa yg berlaku di dalam aku tak ambil tau..Kaunter pendaftaran sepatutnya buka sampai 8.00 mlm je sebab kami semua nk ke rumah YDP tapi dilanjutkan hingga 9.00 (ramai la skit pelajar yang boleh dapat habuan ni). Pukul 10.00 baru boleh bergerak ke rumah YDP. huuu..lega dpt mkn..sedap tapi takleh nk sumbat byk2 dh. Tgh sedap2 mkn & lepak dpt pulak pggilan dr KJ HEP pukul 11 mlm suruh patah balik ke stadium utk pastikan pelajar2 yg terlibat dengan pelancaran, balik dengan selamat dan tidak tercicir bas. Dengan rela hati (ye ke rela??), aku dan angah (NYDP2) ke sana semula. Jalan kat situ dh terlalu sesak. Motor nk masuk pn tak lepas sbb byk sekatan jalan. Terpaksa ikut laluan jauh. Lepas 30 minit sampai juga. Dh menunggu dh diorang tp bas tak sampai2 lg sbb tersangkut dlm kesesakan. Lepak kejap dgn diorang sembang2 sambil2 tu Alang (huda) kontek drebar bas. Ada jugak disitu pimpinan Kamsis. Dalam pukul 12.45 bas dtg mengambil pelajar2. Settle!!. Boleh balik dah!! Penat!! 1 Malaysia punya pasal aku balik tido pukul 1 pg.

Fakta2 lain:
*UiTM Perak menghantar kira2 4-5 buah bas(ini bawah seliaan En. Hasrul kan2..member aku ni)..
*Restoran Sabar Menanti mendapat keuntungan luar jangkaan.(bahan masakan pn cepat habis)
*Nasi goreng berlauk ikan goreng utk peserta kurang sedap.
*Bas terlampau banyak.
*Polis Trafik adalah pasukan yang paling sibuk pada hari tersebut.
*Padang Stadium Perak rosak.
*Orang2 asli pun turut sama.





Sunday, October 18, 2009

1 Malaysia Kini Di Perak

1 Malaysia dtg ke Perak...dah ada masuk ke TV pn orang2 Ipoh..seronok le kome..
hari ni ada senamrobik..PM ada ke tak aku tak tau la.
suruh turun ke Stadium pukul 6.30 pagi..awai gila..senamrobik pukul 8 pagi la baru la best.
tp sekarang ni masih lagi hujan. Rasa2 tak jadi senamrobik pagi ni..
sambung tido la nampaknya..haha..
dah la tak tido dok asyik melukis litar dari tgh mlm td sampai la skrg.

Hari nk buat borang senarai nama pelajar politeknik yg hadir ke program 1 Malaysia pada malamnya pulak. tgk dlm tentatif, Rais Yatim ada, PM Najib pun ada, MB Zambry pn ada..
heii...orang2 besar belaka..aku orang kecil. Targetnye bape ribu ntah akan hadir ke sana..
hurm xpayah nk pikior2 la..aku cuma jaga pendaftaran aje la.. Ku malas nk sertai dalam pelancaran tu. Banyak lagi keja lain yg boleh aku buat..contohnya..hehe..jamuan di rumah YDP JPP..sambung kerja2 tertangguh n baca nota2 sbb ujian dh mula mgu depan..
1 Malaysia idea PM Najib. Bagi aku Malaysia sampai bila2 pun tetap 1..takkan ada kembar..rakyatnya tetap harmoni..
Yang utama Perak no 1!!! Jayakan hasrat FPN!! haha..lagu perak no1 ingat x?
huuuu sejuknye..awan teruskanlah titis air hujan..-1 orang saploh hinggit.

Tuesday, September 29, 2009

Panduan Buat Duit Percuma Dengan Clickbank

Laporan 10 Formula BARU ClickBank
=======================================

Beliau (Mawardee) akan mendedahkan
kesilapan demi kesilapan yang menyebabkan
91.7% usahawan internet Malaysia gagal
membuat duit di ClickBank.

Bukan itu sahaja, beliau juga berani
mendedahkan 10 FORMULA BARU yang
akan membantu anda menjana pendapatan
di ClickBank.

10 FORMULA BARU ini adalah faktor 'kritikal'
kepada kejayaan anda.

Yang menariknya, laporan ini yang sepatutnya
berharga RM27, akan diberikan kepada anda
secara PERCUMA.

Tunggu apa lagi?

Download la sekarang ye (itupun kalau nak la) :

>>>Klik di bawah



======================================
Bukan Sahaja PERCUMA, Malah Dibayar
RM1 - RM2 Per Lead
======================================

Jika anda ingin download, anda perlu
download segera. Kerana laporan ini hanya akan
dibuka sehingga 2 September 2009, 3 petang sahaja.

Yang lagi menariknya, selepas berdaftar mendapatkan
laporan ini, anda boleh mendapat komisen
RM1 hingga RM2 dengan hanya mempromosi link
affiliate yang anda perolehi.

Yang penting sekarang, daftar untuk dapatkan
laporan ini, kemudian anda akan dimaklumkan
langkah demi langkah bagaimana mendapatkan
komisen lumayan ini.

Sekali lagi, ini linknya :

>>>Klik di bawah


Monday, September 28, 2009

Di manakah Tahap Kewangan Anda

Di Manakah Tahap Kewangan Anda?
===============================


Radio24, program "Irfan on Air" (Setiap hari Khamis
2.15pm) Irfan Khairi kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.

Berikut adalah 4 tahap tersebut...

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu
menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya
anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang
simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan
sebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zaman
modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulan
depan, makan bulan depan ;)

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak
selamat ini...

#2: Kewangan Selamat

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya
anda berhenti kerja (atau dinberhentikan :) ) anda mempunyai
simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan.
Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai
yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu
mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung
pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di
tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda
untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang
mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di
tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja
ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan
secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga
sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan
perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih
lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok
melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela...

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan
berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina
perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet)
atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin
pengurus).

#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich

Tahap ini lagi la sedikit yang capai... teramat sedikit. Mereka ini
jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang
yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta... (kita
nak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan Sri
Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh
Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di "Irfan on Air".
Sekiranya anda ikuti, saya juga kongsikan teknik dan strategi
bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4.
Insyaallah saya akan konsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita
faham dulu kedudukan kewangan kita...

Soalan cepu gangsa pada hari ini...

Anda berada dalam kedudukan yang mana? ;)

http://www.rahsiainternet.com/workshop

Wednesday, September 16, 2009

TEKANAN DARAH TINGGI

Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat diantara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling
baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi,doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut

serangan jantung
angin ahmar
kegagalan jantung
kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima

memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda

tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda

kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi

kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang

kekalkan berat badan unggul
bersenam secara berkala
elakkan pengambilan alkohol

sumber: biovco.com

Wednesday, June 10, 2009

Ke mana aku cuti ni?

Hari ni family aku nak pergi bercuti di Kelantan. Masuk ni dah 3 kali aku terlepas peluang ke sana. Kalau bukan kerana Eksplorasi Sg. Perak yang aku sertai pada 12 hb ni dah tentu aku ikut sekali. Dah lama aku tak jejak kaki ke Kelantan. Aku pun tak tahu sebab apa yang tertarik sangat nak ke sana padahal banyak tempat kat Malaysia yang aku tak jejak kaki lagi macam Johor, Melaka, Pahang, N9, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Sedang mereka bersiap untuk ke bercuti, aku pun kena bersiap juga untuk bergerak ke Ipoh pada petang ini. Eksplorasi mulanya hari Jumaat ni tapi diminta lapor diri awal di PUO untuk bantu pengurusan buat persiapan. Pukul 11 pagi esok dah kena ada kat sana. Ingat nak pinjam kereta mak je tapi aku balik dari eksplorasi hari Selasa, karang susah pula mak aku nak pergi kerja. Motor EX5 tu juga la yang aku kena tunggang ke Ipoh nanti (susah senang hidup aku dengan motor ni la). Aku sekarang kerap mengantuk masa bawak motor kadang2 sampai termasuk lorong laju kat highway. Itu yang buat aku malas nak bawak motor. Memang bahaya..heee

Berkenaan dengan Eksplorasi ni antara tentatif yang aku dapat tahu semua peserta (terdiri daripada pemimpin pelajar politeknik seluruh Malaysia) akan mula mendaftar di PUO pada 12hb Jun 2009 dan menginap di Kamsis PUO. Keesokkannya bergerak ke Kuala Kangsar dan diberi taklimat tentang persiapan berakit disitu dan seterusnya membuat rakit. Pada 14hb barulah semua peserta akan berakit di Sg. Perak dan akan singgah dibeberapa tempat untuk berehat sebelum tiba ke destinasi di Bota. Ketika di Bota peserta akan dibawa melawat ke Pusat Pemuliharaan Tuntung.

Kebanyakan peserta merupakan peserta dari High Performance Leadership Camp yang diadakan di Pendang Lake Resort baru-baru ini. Pasti ada yang tak sabar2 untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekumpulan dari kem kepimpinan yang lalu. Aku masih ingat lagi nama ahli-ahli kumpulan aku ,platun 18 yang diketuai Amar, Hapis, Ihsan, Thawisap, Nana, Nadia, Liesa, Aimi, Seha, Fyn, dan Farkhan. Harap dapat jumpa korang lagi di Eksplorasi ni.

Sunday, April 19, 2009

Disebalik Konvo..

Selesai sudah Majlis Konvokesyen Politeknik Ungku Omar ke-38 yang berlangsung selama 5 hari dari 13 April hingga 17 April 2009. Sepanjang hari tersebut, JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) berperanan untuk membantu pihak pentadbiran sewaktu konvokesyen berlangsung. Aku cuma bertugas untuk hari pertama konvokesyen je (marah diorang dgn aku...hehe..sape suruh tak cakap kena tugas hari2.) Smart aku hari tu.. mcm pensyarah lak.

Seperti biasa banyak gerai jualan yang dibuka sepanjang konvo berlangsung. Banyak kelab2 PUO yang mengambil peluang ini untuk mencari duit untuk mengisi tabung persatuan mereka. Celcom dan Digi pun berebut cari customer dengan pelbagai tawaran yang menarik tapi aku rasa Celcom yang menang. Maxis xda langsung. Ditambah pula gerai cenderahati yang berwarna-warni serta pelbagai lagi gerai yang menawarkan harga yang menarik untuk produk jualan mereka. Memang meriah la 5 hari tu.

Tapi ada satu je yang tak kena, gerai Kamsis ja terletak di perkarangan Masjid Sultan Azlan Shah..dengar kata permohonan gerai mereka ditolak. Aik?? setahu aku yang uruskan gerai ni Puan Hasnah, Pengetua Kamsis PUO sendiri. Takkan beliau tak bantu? "Ada ulat dalam durian ni".

Sempena sambutan yang ke-40 penubuhan PUO, pesta konvo kali ini menampilkan kelainan kerana acara berterusan hingga malam. Antara aktiviti untuk malam2 tersebut ialah makan malam alumni PUO, persembahan artis jemputan seperti Lan Meet Uncle Hussain, Andy Flop Poppy, dan Eda Akademi Nasyid( yang hadir cuma Eda saja..Eda!Eda!Eda!). Lain-lain acara seperti pertandingan karaoke lagu evergreen dan klasik melayu 60an dan 70 an, talent-nite dan persembahan nasyid dari PSAS,PUO dan bekas pelajar PUO pada malam terakhir.

Acara sambutan yang diadakan pada waktu malam turut dipertikaikan oleh beberapa persatuan dalam PUO . Kariah Masjid S.A.S dan penduduk sekitar Taman Cempaka turut membantah (tapi takda la sampai berhimpun depan PUO) kerana pengisiannya yang berbentuk hiburan selain kedudukan pentas yang berhampiran dengan masjid. Mereka bimbangkan berlakunya aktiviti tidak sihat seperti pergaulan bebas kerana tiada sempadan yang dihadkan antara penonton lelaki dan wanita serta menganggap hiburan seperti ini melalaikan. Syukur ada insan yang mengingatkan.

Bagi aku, berhibur tidak salah tetapi mesti menurut batas-batas yang ditetapkan. Selagi tiada percampuran lelaki perempuan, lirik2 lucah dan kurang sopan, pakaian yang terdedah sana sini, muzik yang menggangu penduduk sekeliling, aku rasa tiada masalah untuk menganjurkan konsert atau pertandingan karaoke di PUO. Tapi adalah lebih baik ditumpukan kepada pembinaan akhlak siswa siswi yang makin terhakis (bukan semua ya).

Seperti biasa, tempias pastinya akan kena kepada JPP (aku kurang selesa) tapi yang merancang semua ini adalah Kelab Kebudayaan dan Kesenian PUO. Cuma ada satu yang aku kesalkan, baru-baru ini sewaktu solat jumaat di M.S.A.S tersebar surat layang (tetapi terhad) yang menghentam Pengarah PUO akibat penganjuran acara hiburan tersebut. Aku sendiri tak membaca lagi isi kandungan keseluruhannya. Seandainya tidak suka kepada beliau, bersemuka dan katakan kepada beliau secara berhadapan atau hantar memorandum bantahan. Keburukannya disini, semua akan saling tuduh menuduh. Kita tidak tahu motif sebenar si penulis sama ada untuk menjatuhkan Pengarah atau pun surat itu sengaja direka oleh pihak tertentu seolah-olah surat ini ditulis oleh persatuan yang tidak sebulu dengan Pengarah. Aku telah bertanya dengan pemimpin persatuan tersebut dan menafikan surat layang itu dari mereka malah tidak mengetahui kewujudan surat layang tersebut. Allah sahaja yang tahu. Surat yang tidak bertanda tangan ini sewajarnya tidak dilayan.

Dari apa yang berlaku, pihak pentadbiran perlu lebih peka dengan sensitiviti orang ramai dan mahasiswa sendiri. Semoga penganjuran Konvokesyen yang akan datang lebih sempurna dan mencapai kehendak Visi dan Misi Politeknik Ungku Omar itu sendiri.

Sunday, April 12, 2009

Ada??? Tiada????

Hari ini (JUMAAT) memang 'langkah kiri' nampaknya..
ku pandang bawah, tiada.. ku jenguk dalam rumah, tiada..jenguk pulak bawah motor, tiada juga..ku garu kepala..mane kasut kulit hitam aku???
Aii..dah lambat ni..kang tak pasal2 kena baca doa qunut kat dalam kelas..ahhh..takpa la, kasut sport baru aku kan ada..lembap sikit je pasal kena ujan kat Teluk Batik..leh pakai..
Jenguk lagi kat rak kasut..Aik????
Tingkat satu..tiada..
Tingkat dua..pun tiada..
Tingkat tiga..Alamak dah takda la...
Waaarghhh...kasut baru aku!!!!!!!!!
sah KENA KEBAS..
Kasut kulit hitam?
sama je nasibnya..

Sunday, March 29, 2009

Panduan Bagi Orang Yang Diuji

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”

Riwayat Ibn Abi Dunya


HuraianPengajaran Hadis:

i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.

ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).

iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”

iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Saturday, March 28, 2009

Sistem Pendawaian Sesalur

Sistem Pendawaian Sesalur.

Penambahan jumlah kabel yang meningkat dengan pertambahan saiz dan kompleksiti sesuatu bangunan dan pemasangan elektrikalnya, penggunaan konduit tidak lagi sesuai. Untuk menyelesaikan masalah ini, sesalur digunakan.

Sesalur merupakan alat penghantar atau pembawa utama yang bertugas membawa kabel-kabel dari peringkat kawalan utama ke kawasan keperluan bekalan. Ia boleh didapati dalam bentuk logam dan plastik. Rupa bentuknya adalah segi empat tepat dan terdapat dalam pelbagai saiz. Antara saiz sesalur yang sering digunakan ialah:

1. 2” x 1”
2. 2” x 2”
3. 2” x 3”
4. 3” x 3”
5. 3” x 4”
6. 4” x 4”
7. 4” x 5”

Sesalur terdapat dalam 4 warna yang setiap satunya adalah untuk mewakili kerja berbeza. Warna oren adalah untuk kerja pendawaian elektrik. Warna putih adalah untuk kabel antenna televisyen. Warna hijau adalah untuk kabel talian telefon dan warna merah untuk sistem ‘fire fighting’.

Sesalur atau ‘trunking’ sering digunakan di dalam bangunan yang bersaiz besar seperti kilang, pejabat, dan sekolah. Terdapat 3 jenis sistem sesalur iaitu:

i. Sistem palang bas sesalur atas.
ii. Sistem palang bas sesalur memanjat.
iii. Sistem sesalur bucu dinding.


Ciri-ciri pemilihan Pendawaian Sesalur

1. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
2. Bangunan besar dan bertingkat.
3. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.
4. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
5. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
6. Memerlukan lebih keselamatan ke atas kabel pengguna.

Peralatan yang digunakan dalam pemasangan sesalur.


Gergaji besi - untuk memotong sesalur.
Mesin 'jig saw' – untuk memotong sesalur.
Pemotong sesalur – untuk memotong sesalur.
Sesiku L – digunakan untuk membuat ukuran dalam kerja pembengkokkan sesalur.
‘Water level’ – digunakan untuk membuat pemasangan sesalur yang kemas.
Playar – digunakan untuk memegang nut sewaktu memasang skru.
Tukul – untuk memasukkan ‘wall plug’.
Pemutar skru – memasang skru.

Cara pemasangan sesalur.

1. Sebelum sesuatu sesalur dijalankan, penyokong atau ‘bracket’ perlu dipasang terlebih dahulu. Terdapat dua jenis bracket yang dipasang iaitu ‘wall bracket’ yang dipasang pada dinding dan bracket siling yang dipasang pada siling. Ukuran perlu dilakukan terlebih dahulu pada tempat awal pemasangan bracket. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan sebelah tangan lagi letakkan water level ditepi batang ‘bracket’ untuk memastikan ‘bracket’ tegak. Tandakan lubang untuk diskru dan sedikit garisan lurusditepi ‘bracket’ sebagai panduan. Gunakan ‘hand drill’ untuk menebuk lubang. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan pastikan lubang pada bracket selari dengan lubang yang ditebuk. Masukkan ‘wall plug’ pada lubang dan gunakan tukul untuk mengetuknya masuk.


2. Kemudian, pengikat berwarna kuprum dipasang pada salah satu hujung setiap sesalur yang hendak dipasang dengan menggunakan playar dan pemutar skru. Semua sesalur tersebut akan diletakkan di atas bracket yang telah disediakan dan sebuah kotak penyambung diletakkan diantara 2 hujung sesalur yang hendak disambung. Lubang kotak tersebut hendaklah selari dengan lubang pada sesalur. Pengikat berwarna kuprum akan diskru bersama kotak penyambung tersebut.


3. Sekiranya ada halangan kaedah lipatan digunakan sama ada lipatan 90º atau 45º. Lipatannya juga terdiri daripada lipatan dalam, lipatan luar, dan lipatan tepi. Lipatan sebegini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemotong sesalur, gergaji besi atau mesin ‘jig saw’ dan sesiku L digunakan untuk membuat lipatan ini. Setiap kali pemotongan perlu dikikir bahagian tersebut.

4. Setelah semua sesalur disambung, barulah sesalur tadi diikat pada ‘bracket’.
‘Hand Drill’ digunakan untuk menebuk lubang pada sesalur melalui lubang yang ada pada bracket. Kemudian masukkan skru dan nut pada lubang tersebut dan ketatkannya dengan menggunakan playar dan pemutar skru.

Kebaikan dan Keburukan Sistem Sesalur.

Kebaikan.
i. Boleh menampung bilangan kabel yang banyak dan besar.
ii. Memberi perlindungan mekanikal yang baik.
iii. Tahan lama kerana tidak mudah rosak akibat daripada perubahan cuaca dan suhu.
iv. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar boleh dilakukan pada masa akan datang.

Keburukan.
i. Memerlukan kos yang tinggi dalam pemasangannya.
ii. Memerlukan ruang yang besar untuk memasangnya.
iii. Memerlukan pekerja mahir dalam membentuk sesalur.

Peraturan IEE Mengenai Sistem Pendawaian Sesalur.

  • Semua sesalur mesti siap dipasang sebelum kabel-kabel dimasukkan ke dalamnya.
  • Sesalur mesti diperbuat daripada logam atau bahan-bahan lain yang tidak mudah terbakar.
  • Faktor ruang bagi sesalur bagi sesalur ialah 45%.
  • Sesalur mestilah dicat untuk mengelakkan dari kekaratan.
  • Bahagian-bahagian sesalur yang dipotong mestilah dikikir supaya tidak melukakan kabel-kabel yang diisikankan ke dalamnya.
  • Setiap lubang skru hendaklah disekat dengan batang kayu supaya kabel tidak terkeluar sebelum sesalur ditutup.
  • Tiap-tiap tempat sambungan pada sesalur mesti disertakan ‘Continuity Earth” selain daripada itu “Copper Bar” mesti juga diadakan disepanjang sesalur.
  • Sekiranya terdapat sambungan antara sesalur dan konduit, maka pembumian mesti dibuat antara sesalur dan konduit itu.
  • Apabila sesalur ditamatkan pada kotak agihan, pembumian mesti dibuat antara kedua-dua alat tersebut.



Friday, March 20, 2009

Ketemu lagi kita Pangkor...

Hari ini aku akan ke Pulau Pangkor..ade program kat sana. Semoga mendapat kembali kekuatan diri yang makin lenyap..
Doakan ku selamat pergi dan pulang..
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Wednesday, March 18, 2009

Kasut baru ku


Ni la kasut sukan terbaru yang aku beli kat kedai Rambo..

Sebab² ku beli kasut ni..
1. Nak pakai untuk main futsal,badminton,jogging dan segala aktiviti lasak.
2. Harga murah je, RM49.
3. Kasut sukan lama dah rosak (rosak la pi guna buat kerja kontrak)

Faedahnya...
1. Aku tak perlu pinjam kasut kawan aku lagi.
2. Menambah koleksi kasut sedia ada.
3. Menggalakkan ku untuk bersukan semula.


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

First time

Hari ini terlupa (xbiasa sebenarnya) yang aku bawak kereta keluar pergi pekan. Letak kat depan Klinik Ibu dan Anak. Selalu bawak motosikal je, so tak la aku ingat nak bubuh duit kat meter letak kereta. Blah macam tu je pi beli kasut sukan kat Rambo. Kemudian pergi pulak menikmati Popiah Basah kat bawah Bangunan Larut Matang. Bukan lama mana pun tapi disebabkan keterlupaan itu la, aku mendapat slip kompaun dari MPT yang dikepit kat cermin kereta dengan wiper. RM 10 sayang...kalau la aku teringat nak bubuh 20 sen..


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, March 9, 2009

TEMUDUGA

Petang Jumaat kelmarin, aku ada temuduga latihan industri. Huuu…tak senang betul aku hari tu. Dalam kepala aku asyik fikir apa la soalan yang nak ditanya oleh pensyarah tu nanti? Baju yang mana aku nak pakai? Paling penting muka dicuci bersih (wajib ni) supaya berseri di depan mata pensyarah(bukan nak mengorat). Tapi dalam aku nak jaga penampilan ada juga yang terlepas pandang. Misaiku tak dicukur. Baru stylo ye dak??Susah juga nak temuduga ek..

Petang Jumaat tu seperti yang telah ditetapkan aku, syafiq dan epoi. (rakan sepelatih di Leong's Electrical) ke Politeknik Ungku Omar yang tercinta untuk ditemuduga. Rakan sepelatih perempuan lebih awal ditemuduga.(Apalah yang korang gebang dengan pensyarah tu?) Heh..walaupun aku dah bersedia tapi perasan gementar tetap ada. Kenapa ye? Ketar lutut sikit2 je.. Sebelum masuk ke bilik aku berdoa agar dikuatkan semangat dan tak tergagap masa menjawab segala soalan yang bakal diutarakan. (malu woo kalau gagap). Si penemuduga (pensyarah) berwajah manis hari tu dan sedikit sebanyak membantu aku membina keyakinan diri. Seperti yang aku jangka penyarah tanya apa peranan aku di organisasi? Kerja apa yang aku lakukan? Ok ke tak ok? Kena terangkan serba sedikit tentang pendawaian yang dilakukan..bahan2 yang digunakan.. Sesuai atau tak tempat kerja itu untuk menjalani latihan industri?

Proses temuduga ni berlangsung lebih kurang selama 30 minit. Alhamdulillah selesai dengan jayanya. Terpulanglah kepada pensyarah yang menilai untuk memberi markah. Yang penting seksa aku ini dah lepas..

Hurm..baru lepas satu seksa. Selepas habis belajar ni, mungkin banyak lagi temuduga yang perlu aku lalui untuk mencari kerja. Dan juga perlu diambil perhatian ,temuduga dengan keluarga bakal isteri…hehe.(lambat lagi).

Tapi suatu hari kita semua pasti akan menghadapi temuduga yang paling mendebarkan, penemuduganya bukanlah sebarangan. Malaikat Munkar dan Nakir. Soalan-soalan pun telah kita ketahui.

Siapa tuhan kamu?

Apa agama kamu?

Siapa imam kamu?

Apa kiblat kamu?

Siapa saudara kamu?

Boleh atau tidak soalan2 diatas dijawab, bergantung kepada iman dan amal soleh sepanjang kita hidup..renungkan dan imbaslah kembali…

Alangkah baik jika kita saling ingat mengingatkan sesama kita, andai ada yang lalai tolong tegur2kan.


Allah sayang kepada orang yang bertaubat,

Allah paling sayang kepada orang muda yang bertaubat,

Allah benci pada orang yang fasik,

Allah paling benci pada orang tua yang fasik,

Wednesday, February 18, 2009

Istilah-istilah Dalam Kabel

Teras (core)
Pengalir yang dikelilingi oleh penebat yang tidak memberi perlindungan mekanikal atau sebarang perlindungan lain.

Lembar (strand)
Merupakan bilangan pengalir yang ada di dalam teras. Kebanyakan pengalir dilembar sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91 dan 197. Tujuan pelembaran dibuat ialah supaya kabel mudah untuk dilenturkan semasa membuat kerja-kerja pendawaian.

Sarung Kabel
Merupakan lapisan kedua pembalut pengalir. Fungsinya ialah untuk melindungi pengalir dan penebat daripada kerosakan mekanikal semasa proses pemasangan. Sarung kabel boleh dibuat daripada penebat atau logam seperti plumbum, kuprum, aluminium dan sebagainya. Fungsi utamanya sebagai pelindung mekanik dan pelindung kimia. Walaupun perlindungan tidak begitu kukuh tetapi memadai untuk melindungi kabel yang dipasang pada tempat yang tidak terlalu bahaya mekanik dan kimianya.

Luas Keratan Rentas
Merujuk kepada jumlah luas keratan rentas setiap lembar pengalir.

Kadaran voltan
Kadar ketahanan kabel dari segi penebatnya apabila sesuatu voltan dikenakan. Contoh 600/1000 V bermakna 600 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan bumi manakala 1000 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan pengalir.

Kadaran Arus
Kadaran arus maksimum yang mampu dibawa oleh kabel tanpa memanaskan pengalir atau
merosakkan penebatnya. Kemampuan ini bergantung sepenuhnya pada jenis pengalir dan luas keratan rentas itu. Faktor kadaran yang merangkumi jenis sarung, kelas pelindung arus lebih, suhu ambient dan sebagainya, juga boleh mempengaruhi nilai kadaran arus sesuatu kabel.

Sunday, February 15, 2009

kelam kabut!!!!!

huaaaaaaaaaaa...banyak benda nak kena selesaikan minggu ni sampai la minggu depan..
JPP pun banyak projek nak kena jalankan...satu persatu memeningkan kepala!!!
semput betul la semester ni... tolong!!!!!!

Saturday, February 7, 2009

Sistem Pendawaian Tersembunyi

Sistem Pendawaian Tersembunyi.

Pendawaian tersembunyi ( conceal wiring) selalunya dilakukan ketika bangunan sedang dibina. Dalam sistem ini, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Cuba kita lihat di dalam rumah kita sendiri. Kita nampak ada kotak soket dan kotak suis dekat dinding rumah (rumah batu). Begitu juga lampu dan kipas dekat siling tapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan silingkan.. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama.

Kabel-kabel yang digunakan adalah sama dengan kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian permukaan.



Peralatan yang digunakan dalam Pemasangan Sistem Pendawaian Tersembunyi.

i. Pemotong kabel.
ii. Tukul.
iii. Pahat.
iv. Mesin Grinder.
v. Hand Drill 3 in 1 atau Hacker.

Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Tersembunyi.

i. Bekalan voltan 1 fasa.
ii. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen.
iii. Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik.
iv. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
v. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak.
vi. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
vii. Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.



Kaedah Pemasangan.

Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin ‘grinder’ dan dibuang atau dipecahkan dengan menggunakan hacker atau tukul dan pahat. Sebatang konduit dimasukkan ke dalam lurah yang dibuat dan ditahan dengan menggunakan sebatang paku yang merintangi konduit tersebut supaya tidak terkeluar. Tujuan konduit dimasukkan adalah untuk memberi lebih perlindungan kepada kabel. Bahagian alur tersebut akan disimen semula. Setelah simen mengeras, barulah kabel boleh dimasukkan. Jenis kabel yang digunakan ialah dari jenis bersalut PVC.

Contoh sistem pendawaian tersembunyi yang dibuat pada peringkat awal pembinaan bangunan.



Kebaikan dan Keburukan Sistem Pendawaian Tersembunyi.

Kebaikan.
i. Kos pemasangan murah.
ii. Kaedah ini kemas dan cantik.
iii. Tidak menghadapi bahaya mekanikal dan tahan perubahan cuaca.

Keburukan.
i. Susah untuk menentukan punca kerosakan.
ii. Risiko menghadapi bahaya semasa memaku di tempat yang ada pendawaian tersembunyi.


Monday, January 26, 2009

Lagu Sekolah Menengah King Edward VII Taiping

King Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land
In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before

The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra
Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free

Saturday, January 24, 2009

Konduit G.I (Galvanised Iron Conduit)

Konduit Logam Bergalvani ( ‘Galvanised Iron Conduit’)

Konduit ini diperbuat daripada logam bergalvani dan termasuk di dalam kumpulan ‘heavy gauge’. Konduit jenis ‘heavy gauge’ kebiasaannya digunakan untuk pendawaian 3 fasa. Terdapat 3 jenis konduit logam bergalvani yang biasa digunakan iaitu konduit logam tolak ringan, konduit logam tolok berat dan konduit logam boleh lentur.

Konduit Logam Tolok Ringan.

Konduit ini mempunyai ketebalan diameter yang nipis. Oleh yang demikian, konduit akan mudah kemek jika menerima tekanan beban yang terlalu tinggi.

Konduit ini boleh didapati dalam saiz 16 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 48 mm. Sama seperti konduit PVC, setiap penyambungan konduit memerlukan alat tambah seperti ‘angle box’, ‘tangent box’, ‘end box’, ‘two way box’, ‘four way box’, ‘long bend’, ‘short bend’, soket, ‘saddle’, dan ‘crampet’ yang semua diperbuat daripada logam juga.

Kelebihan konduit logam tolok ringan ialah kosnya murah, Selain itu konduit ini mudah dipasang dan menjimatkan masa pemasangan.

Namun begitu terdapat beberapa kekurangan pada konduit jenis ini. Konduit logam tolok ringan tidak sesuai dipasang di tempat berair atau lembab kerana air mudah bertindak balas dengan konduit logam tersebut. Selain itu, penggunaannya juga tidak sesuai di tempat yang terdedah kepada kebakaran dan bahan kimia. Perlindungan mekanikal yang diberikannya juga tidak memuaskan.

Konduit Logam Tolok Berat.

Konduit ini mempunyai diameter luaran yang sama dengan konduit logam tolok ringan cuma berbeza ketebalan diameter dan lebih berat. Oleh yang demikian, konduit logam berat berupaya memberi perlindungan mekanikal dengan lebih baik.

Saiz dan alat-alat tambahnya sama seperti konduit logam tolok ringan.

Kelebihan konduit ini ialah tidak mudah kemek, pecah atau bengkok. Selain itu, konduit logam tolok berat dapat digunakan di tempat yang berair, mudah meletup, mudah terbakar, berkimia, berhabuk dan lembap. Oleh sebab perlindungan mekanikal yang baik maka konduit logam tolok berat boleh ditanam terus ke dalam tanah atau konkrit.

Namun begitu ia berat dan sukar dibengkokkan. Masa untuk membuat pemasangan lebih lama. Harganya pula lebih mahal. Tidak cantik jika dipasang pada permukaan. Sukar untuk mendapat keselajaran bumi yang berkesan sekiranya sambungan dibuat secara skru bebenang.

Alat yang digunakan dalam pemasangan konduit logam bergalvani.

1. Gergaji besi – untuk memotong konduit logam.
2. Mesin pembengkok konduit (‘bender’) – sebagai tempat untuk memotong, membengkokkan dan membenangkan pada konduit.
3. ‘Dissect’.
4. Playar.
5. Pemotong Kabel.
6. Pemutar Skru.
7. ‘Hand Drill’.


Kaedah Pemasangan Konduit Logam.

1. Pelan pemasangan dirujuk terlebih dahulu bagi memastikan laluan konduit dipasang selari dengan dinding bangunan dan garis-garis tiang. Ini penting untuk mengurangkan off set yang perlu dilakukan pada konduit logam.

2. Pemotongan Konduit:
Untuk memotong, konduit logam akan diapit kuat ragum paip yang dipasang bersama alat bender. Kemudian gergaji besi dengan mata pemotong bersaiz halus atau ‘conduit cutter’ digunakan untuk memotong konduit tersebut. Potongan mestilah lurus dan sekiranya bengkok ia boleh diatasi dengan menggunakan kikir yang leper. Hujung setiap batang konduit yang dipotong hendaklah dibebenangkan dengan menggunakan ‘dicceset’ supaya boleh dipasang dengan alat tambahan dan mestilah terlulas dengan sempurna untuk mengelakkan kabel terluka sewaktu disalurkan. Alat yang digunakan ialah pelulas konduit tetapi boleh menggunakan playar sebagai alternatif.



3. Untuk membuat lenturan, alat yang digunakan ialah bender. Jejari dalam minimum bagi sebarang lentur hendaklah tidak kurang daripada nilai yang diberi bagi sebarang kabel yang ia kandungi dan mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali diameter luar konduit itu. Melentur menggunakan bender memerlukan kemahiran yang tinggi dan pengetahuan yang banyak.

4. Setelah dipasang mengikut laluan, konduit akan diikat dengan menggunakan ‘saddle’ logam mengikut saiz konduit. Tapak ‘saddle’ akan diskrukan terlebih dahulu dengan menggunakan ‘hand drill’ dan dikuti meletakkan klip ‘saddle’ di atas konduit selari dengan tapak ‘saddle’ dan diskrukan supaya lebih kukuh.

Kebaikan dan Keburukan Konduit Logam.

Kebaikan
i. Pemasangannya tahan lasak dan tahan lama.
ii. Boleh membuat penambahan tanpa menjejaskan pendawaian asal.
iii. Memberi perlindungan mekanik yang baik.
iv. Tahan apabila terdedah kepada air, bahan kimia dan kepanasan.

Keburukan
i. Kerja membenang dan membengkok memerlukan alatan khas.
ii. Kos pemasangan adalah mahal.
iii. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan pemasangan.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Friday, January 16, 2009

Semester Baru..Bersediakah Aku???

hey..aku dah kembali ke Ipoh.. fuh, alhamdulillah proses pendaftaran selesai dengan jayanya. Tapi aku terasa kembali tekanan walaupun belum mula kuliah..aiseh..takut pulak ni..analisis litar tu camne le gayenye ek? Nak pilih team projek akhir pun masalah jugak..dalam team mesti ada seorang yg kreatif dan tegas. Tapi lega la sikit hari ni bila Cik Darliza cakap aku xpayah nak ambik MUET dah..

Ringan sikit beban sem 5 ni sbb x pegang dah jawatan pengerusi ARC n wakil kelas DKE. Tapi dicalonkan pulak untuk bertanding jawatan Setiausaha JPP..ada 3 lagi rakan sekuliah aku yg tercalon untuk jawatan lain. sebelum ni PUO tak pernah pilih ahli JPP pakai undi. diorg suruh berkempen...dah mcm pilihanraya universiti. x biasa la. Calon lain pulak 3 perempuan n 1 laki.. susah nk menang ni tapi nk bertanding jgk la. nak cari pengalaman. mana tahu berguna di masa depan..

Erm..setiap kali aku menyewa rumah mesti ada kekurangan.. rumah yg aku pilih dah strategik (masjid, pasar malam, dwn badminton, bank.. semua dkt la) tapi kelengkapan pulak bermasalah.. katil double decker bergoyang mcm nk tercabut( risau org bawah aku je kot terhempap naya je)..mesih basuh yg memeningkan..tv rosak..anjing org sebelah yg tak mesra( baru lg kot)..nnt abg megat(owner) datang aku nak komplen semua ni.

tak sempat nak hirup udara Ipoh, zarip dah ajak men futsal lawan team KFC. lgpun kasut aku koyak..nk beli kna tggu loan, glove pun x bawak..aku tolak le dulu..masa banyak lagi..tapi cuma Allah saja tahu masa yang aku ada. So kena selalu beringat..kekejaman Yahudi yang semakin menggila sekarang ni sebagai satu isyarat dariNya. Antara sedar atau tidak, kita semakin menuju ke hari pembalasan?

Tuesday, January 13, 2009

Konduit PVC Boleh Lentur

Konduit PVC Boleh Lentur (Fleksibel PVC).

Konduit PVC boleh lentur atau fleksibel PVC selalu digunakan di kawasan yang sempit, kawasan berliku-liku yang memerlukan banyak offset sekiranya menggunakan konduit PVC dan di kawasan yang berhalangan. Terdapat dalam pelbagai saiz, sama seperti saiz konduit PVC dapat menyediakan perlindungan kepada kabel tetapi tidak sesuai untuk kegunaan pendawaian jarak panjang kerana strukturnya yang terlalu lembut dan tidak stabil.

Cara penyambungannya adalah mudah. Hanya perlu memasukkan fleksibel ke dalam soket penyambung atau kotak sambungan yang bersambung dengan konduit PVC.

Ketika menjalani latihan industri, kebanyakan fleksibel PVC digunakan untuk memberi perlindungan kepada kabel-kabel yang turun di point pembesar suara untuk pendawaian sistem P.A.


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, January 12, 2009

Konduit-PVC

Disebabkan ramai yg mencari info mengenai konduit, kali ni saya letakkan sebahagian maklumat mengenai konduit yang saya buat dalam laporan. Buat permulaan kita kenal dulu Sistem Pendawaian Konduit dan Konduit PVC. Kaedah pemasangan adalah mengikut pengalaman saya sendiri semasa saya menjalani latihan. Mungkin berbeza untuk setiap orang. Untuk makluman, saya cuma pelajar. Kalau ada kurang, saya mohon maaf awal² ye..


Sistem Pendawaian Konduit.

Konduit merupakan satu tiub atau pembuluh dimana kabel-kabel akan disalurkan ke dalamnya untuk pendawaian elektrik. Terdapat pelbagai jenis konduit yang digunakan untuk pendawaian seperti konduit PVC, logam bergalvani (Galvanised Iron/ metal) dan kuprum.

Konduit boleh dipasang pada permukaan dimana konduit itu akan memberi perlindungan kepada pendawaian dan juga digunakan untuk pendawaian tersembunyi.



Konduit PVC



Konduit PVC merupakan salah satu jenis konduit yang popular digunakan dalam kerja-kerja pendawaian. Bahan utama dalam pembuatan konduit ini ialah plastik dan poly vynel klorida. Konduit PVC sesuai digunakan pada suhu biasa sehingga 60 darjah celcius. Selain memberi perlindungan kepada kabel, konduit jenis ini tidak berkarat jika dipasang dikawasan yang berair dan sifatnya yang bukan pengalir dapat mengelakkan berlaku sebarang renjatan sekiranya berlaku kebocoran arus elektrik dari kabel-kabel didalamnya atau dari sentuhan bahagian bahan pengalir.

Konduit PVC boleh didapati dalam saiz 16 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 48 mm. Ketika menjalani latihan, saiz konduit yang digunakan ialah 20 mm dan 25 mm. Setiap pemasangan konduit memerlukan alat tambah yang diperbuat daripada PVC juga seperti ‘angle box’, ‘tangent box’, ‘end box’, ‘two way box’, ‘four way box’, ‘long bend’, ‘short bend’, soket, ‘saddle’, dan ‘crampet’.



Sebahagian alat tambah yg digunakan.


Kaedah Pemasangan Konduit PVC.

1. Sebelum pemasangan dibuat, kita perlu meneliti pelan yang disediakan supaya kita dapat mengetahui bahagian-bahagian yang perlu dipasang dan dapat membuat perkiraan bilangan konduit atau alat tambahan yang perlu digunakan. Ini adalah penting untuk mengelakkan kesilapan pemasangan.

2. Cara kerja penyambungan konduit PVC.

a. Setiap penyambungan antara satu konduit dengan satu konduit yang lain, pelbagai alat tambah boleh digunakan seperti soket, two ways box, angle box dan sebagainya berdasarkan pelan yang diberikan. Setiap penyambungan perlu kemas dan ketat supaya tidak tertanggal dari sambungannya.

b. Sekiranya konduit yang dipasang melebihi point yang ditetapkan, konduit tersebut dipotong mengikut jarak yang dikehendaki dengan menggunakan pemotong konduit. Kemudian barulah dimasukkan alat tambah yang bersesuaian dengan point berkenaan. Penyambungan alat tambah tidak memerlukan hujung konduit PVC dibebenangkan (threading).

c. Kadangkala laluan konduit yang diberikan terpaksa melalui halangan. Konduit PVC adalah lurus dan sebagai penyelesaiannya konduit tersebut perlu dibengkokkan. Spring digunakan untuk membengkok konduit. Cara konduit dibengkokkan:

i. Masukkan spring ke dalam konduit dan spring tersebut hendaklah dipastikan
berada pada kedudukan yang ingin dibengkokkan. Jadikan tali yang mengikat spring
sebagai panduan kedudukan.

ii. Gunakan kedua-dua belah tangan dan lutut untuk membengkokkan konduit tersebut.

iii. Setelah konduit dibengkokkan mengikut bentuk yang dikehendaki, spring dikeluarkan
dengan menarik tali yang diikat pada spring.

Sekiranya laluan konduit perlu merentasi dinding, dinding tersebut akan dibuat lubang dengan menggunakan mesin gerudi dengan mata gerudi yang bersesuaian dengan saiz.

d. Setelah dipasang konduit, perkara terakhir dalam pemasangan ialah untuk mengikatnya dengan menggunakan ‘saddle’. ‘Hand Drill’ digunakan untuk memasang saddle. ‘Cordless hand drill’ lebih sesuai digunakan kerana mudah dibawa dan ringan. Tapak saddle diskrukan dahulu pada permukaan dimana konduit itu diletakkan. Kemudian, letakkan konduit di atas tapak saddle dan masukkan klipnya ke dalam tapak saddle. Tujuan saddle dipasang ialah untuk kekemasan dan mengelakkan konduit terkeluar dari kedudukan yang ditetapkan.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Friday, January 9, 2009

Duit-duit




Hurm..banyaknya kena pakai duit..

untuk report je..ink RM85, hard cover RM20, paper free (pakai abah aku punya),

nak daftar politeknik rm300..

amik lesen kereta dah perabih rm450..

sewa rumah nak lagi rm400..

nak topup handphone rm5 je cukup le.. Celcom beb.. murah gitu..

clutch plate motor dkt rm30+minyak hitam rm10..

kalau macam ni punya gaya..

huaaa tak boleh beli baju baru ler semester ni..

Sunday, January 4, 2009

Permainan Itu Mengasyikkan

Salam Bola Sepak Malaysia. Bermula semalam bola sepak Malaysia telah kembali menghangatkan stadium² yang agak lama tersisih. Biarpun musim ini tanpa pemain import sesuatu yang positif harap dapat dituai melalui peluang yang terbuka untuk anak watan mempamerkan kebolehan yang selama ini terpendam. Ini adalah sangat penting kepada FAM yang mahukan mempercepatkan lagi proses bola sepak negara.

Saingan semalam menyaksikan Perak, Selangor, NS Naza, MyTeam, Perlis dan Johor FC memperoleh 3 mata hasil kemenangan ke atas lawan masing². Kekalahan besar Pasukan Kedah kepada Selangor adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Faktor penyumbang kekalahan ini rasanya boleh dikaitkan dengan bola mudah yang gagal di tangkap kemas oleh penjaga gol Kedah @ kebangsaan (lemah semangat lagi kot dia ni dan Sathianathan perlu perhatikan perkara ni). Tetapi saingan baru bermula. Relax man..Azraai Khor pun tak kisah sangat sebab bagi dia perjalanan masih panjang. Ada banyak masa nak baiki kecacatan pada skuadnya malam semalam. Gol Safee Sali yang paling mencuri tumpuan kerana dikatakan persis Mokhtar Dahari. Tetapi semestinya Safee Sali tidak mahu dia dibandingkan dengan lagenda bola sepak Malaysia itu.

Walau bagaimanapun, Pasukan Perak tetap menjadi tumpuan aku. Dibarisi rata-rata barisan muda ( rasanya yang tua pun Megat Amir je.. tapi masih bisa ngetop) skuad yang dahulunya dikatakan pincang akibat penghijrahan pemain² utama ke pasukan lain selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan lama telah memberi sinar untuk sekurang-kurangnya mencapai target M. Karathu untuk jadi 'top 6'. Walaupun masih awal, sebagai penyokong aku kena optimis Perak mampu. haha.. Bangga juga sebab yang jadi jurulatihnya ialah bekas pemain sekolah aku. Old Edwardian..

Suasana di Stadium Perak pasti meriah dengan penyokong² fanatiknya. Tiupan trumpet buatan yang menghiburkan. Paluan rebana ubi yang membakar semangat. Lagu keramat 'Ipoh Mali Talak Sombong' yang evergreen. Jeritan histeria penonton yang konfius diselang seli dengan suara usahawan kecil yang menjual air dan kacang putih. "air ayor air ayor air ayor!!!!". Mercun adalah perkara wajib cuma jaga² jangan baling kena orang lain. (aku sendiri pun takut) Tiket harga lama lagi kot noo..

Halamak!! report tak siap lagi......

Saturday, January 3, 2009

Detik Baru Jiwa Baru

Entri pertama madeintaiping untuk tahun 2009..
2008 banyak ceritanya.
Aku dah capai banyak perkara yang aku idamkan. Alhamdulillah. Tak sia-sia usaha keras aku. Namun jiwa sensitifku dicuit tahun ini. Tok dan Tok Wan sudah dijemput Ilahi. Semoga mereka dicucuri rahmat.

Dalam tahun ini juga, terkilan pasukan kesayangan Perak merudum prestasinya. Tapi berdasarkan friendly yg dijalani ada potensi nak kekal 6 pasukan teratas. Ada pulak cerita lama yang selalu berulang-berulang entah sampai ke episod ke berapa ntah..ni ha crita pasal team Malaysia gagal lagi disaingan bola sepak asean. Kejutan dalam politik juga membuka mata aku. Rakyat nak perubahan. Yang ada sebelum ini dah makin tak relevan.

Kes jenayah berat amat merunsingkan anak watan. Macam2 dah Kamal Affendy bagi tips cegah jenayah. Belum lagi isu lelaki Lombok anak lari. Melodi dok bawak perceraian artis yang tak henti-henti.

Tiba-tiba ada pulak yang teringat pasal hukum hudud. Selama ni 'dia' tak pernah ingat pun. Walau macam mana pun niat dan cita-cita nak laksanakan hudud mesti ada. Bagusla dia tanya dan jawapan yang diterima pun amatlah positif. Tak usah bimbang tuan puan, rakan taulan yang bukan Islam. Jangan panik. Hukum ini bukan untuk anda, juga bukan untuk muslim yang baik. Tapi untuk penjenayah muslim saja. Patutnya kita fikirkan cara nak hukum ISRAEL..mereka tu jahat. AMERIKA jangan dipandang mulia. Nampaknya dasar luar tetap sama walaupun Barrack Obama jadi presidennya. Tak guna nak harapkan dia nak selamatkan Palestin. OIC pun sama saja. Setakat kutuk serangan tak jadi kudis pun kat telinga binatang-binatang tu. Angkat pi keta kebal, jet pejuang, eurocopter ke hapa ke..janji boleh BOM si jahanam!!

Aku harapkan tahun ini, 2009 menjadi suatu kenangan terindah dalam hidup aku. Harap Hijau putih di Kuala Terengganu jadi titik permulaan..Begitu juga dengan PPSMI yang banyak mencacatkan anak-anak Melayu..tukarlah balik semula ke bahasa ibunda. Tak baik derhaka kepada "Ibu Anda". Pesanan ikhlas daripada mangsa keadaan.