Monday, January 12, 2009

Konduit-PVC

Disebabkan ramai yg mencari info mengenai konduit, kali ni saya letakkan sebahagian maklumat mengenai konduit yang saya buat dalam laporan. Buat permulaan kita kenal dulu Sistem Pendawaian Konduit dan Konduit PVC. Kaedah pemasangan adalah mengikut pengalaman saya sendiri semasa saya menjalani latihan. Mungkin berbeza untuk setiap orang. Untuk makluman, saya cuma pelajar. Kalau ada kurang, saya mohon maaf awal² ye..


Sistem Pendawaian Konduit.

Konduit merupakan satu tiub atau pembuluh dimana kabel-kabel akan disalurkan ke dalamnya untuk pendawaian elektrik. Terdapat pelbagai jenis konduit yang digunakan untuk pendawaian seperti konduit PVC, logam bergalvani (Galvanised Iron/ metal) dan kuprum.

Konduit boleh dipasang pada permukaan dimana konduit itu akan memberi perlindungan kepada pendawaian dan juga digunakan untuk pendawaian tersembunyi.



Konduit PVC



Konduit PVC merupakan salah satu jenis konduit yang popular digunakan dalam kerja-kerja pendawaian. Bahan utama dalam pembuatan konduit ini ialah plastik dan poly vynel klorida. Konduit PVC sesuai digunakan pada suhu biasa sehingga 60 darjah celcius. Selain memberi perlindungan kepada kabel, konduit jenis ini tidak berkarat jika dipasang dikawasan yang berair dan sifatnya yang bukan pengalir dapat mengelakkan berlaku sebarang renjatan sekiranya berlaku kebocoran arus elektrik dari kabel-kabel didalamnya atau dari sentuhan bahagian bahan pengalir.

Konduit PVC boleh didapati dalam saiz 16 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 48 mm. Ketika menjalani latihan, saiz konduit yang digunakan ialah 20 mm dan 25 mm. Setiap pemasangan konduit memerlukan alat tambah yang diperbuat daripada PVC juga seperti ‘angle box’, ‘tangent box’, ‘end box’, ‘two way box’, ‘four way box’, ‘long bend’, ‘short bend’, soket, ‘saddle’, dan ‘crampet’.



Sebahagian alat tambah yg digunakan.


Kaedah Pemasangan Konduit PVC.

1. Sebelum pemasangan dibuat, kita perlu meneliti pelan yang disediakan supaya kita dapat mengetahui bahagian-bahagian yang perlu dipasang dan dapat membuat perkiraan bilangan konduit atau alat tambahan yang perlu digunakan. Ini adalah penting untuk mengelakkan kesilapan pemasangan.

2. Cara kerja penyambungan konduit PVC.

a. Setiap penyambungan antara satu konduit dengan satu konduit yang lain, pelbagai alat tambah boleh digunakan seperti soket, two ways box, angle box dan sebagainya berdasarkan pelan yang diberikan. Setiap penyambungan perlu kemas dan ketat supaya tidak tertanggal dari sambungannya.

b. Sekiranya konduit yang dipasang melebihi point yang ditetapkan, konduit tersebut dipotong mengikut jarak yang dikehendaki dengan menggunakan pemotong konduit. Kemudian barulah dimasukkan alat tambah yang bersesuaian dengan point berkenaan. Penyambungan alat tambah tidak memerlukan hujung konduit PVC dibebenangkan (threading).

c. Kadangkala laluan konduit yang diberikan terpaksa melalui halangan. Konduit PVC adalah lurus dan sebagai penyelesaiannya konduit tersebut perlu dibengkokkan. Spring digunakan untuk membengkok konduit. Cara konduit dibengkokkan:

i. Masukkan spring ke dalam konduit dan spring tersebut hendaklah dipastikan
berada pada kedudukan yang ingin dibengkokkan. Jadikan tali yang mengikat spring
sebagai panduan kedudukan.

ii. Gunakan kedua-dua belah tangan dan lutut untuk membengkokkan konduit tersebut.

iii. Setelah konduit dibengkokkan mengikut bentuk yang dikehendaki, spring dikeluarkan
dengan menarik tali yang diikat pada spring.

Sekiranya laluan konduit perlu merentasi dinding, dinding tersebut akan dibuat lubang dengan menggunakan mesin gerudi dengan mata gerudi yang bersesuaian dengan saiz.

d. Setelah dipasang konduit, perkara terakhir dalam pemasangan ialah untuk mengikatnya dengan menggunakan ‘saddle’. ‘Hand Drill’ digunakan untuk memasang saddle. ‘Cordless hand drill’ lebih sesuai digunakan kerana mudah dibawa dan ringan. Tapak saddle diskrukan dahulu pada permukaan dimana konduit itu diletakkan. Kemudian, letakkan konduit di atas tapak saddle dan masukkan klipnya ke dalam tapak saddle. Tujuan saddle dipasang ialah untuk kekemasan dan mengelakkan konduit terkeluar dari kedudukan yang ditetapkan.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

5 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih!!!!!!!!!!!

from: student SKE of PoliPD

Ahmad said...

sama² :)

Anonymous said...

best..ada lagi x??

Ahmad said...

thank u.. nk lagi? tajuk ni atau yg lain?

mina said...

tq!!!