Monday, December 12, 2011

Apa-apa aje

Salam,

Alhamdulillah, ada lagi org berkunjung dalam blog aku yg tak seberapa ni..sure byk pelajar poli kan yg masuk sini nak cari maklumat untuk report L.I anda..hehehe..mmg tujuan asal blog ni untuk itu. korang amek je apa yang ada kemudian pandai2 la cari maklumat tambahan. Kalau rajin aku update benda baru tapi sekarang ni dah tak main kabel2 letrik semua..hari2 aku dok buat kerja berkaitan network pulak..Juniper Network,CISCO Network,Dorado..hidup kita ni sentiasa dihambat dgn perkara baru dan kita belajar takkan pernah habis kecuali sudah mati.

Aku perasan tadi kat chatbox ada yg suruh promote blog ni..ahaha aku segan la bro..isi kureng..mmg niat untuk suka2 pun sebenarnya..tambah pulak terlalu sibuk menghadap kerja tak sempat nak tengok pun..Tapi tengok la nanti kot2 blog ni boleh jadi mcm sususejat.com(impossible).

Ahaks..pasal misi 5kg tu pulak aku senyap je kan lepas tu..bolehlah dikatakan misi itu telah berjaya walaupun cuma dapat dalam 4kg dlm 5 minggu..tp perkara yg tak boleh blah bila semuanya sia2 apabila tibanya Syawal..hehe...Naik semula ke 88kg..tindakan drastik telah diambil,berjoging la aku setiap hari dekat taman tasik dalam Universiti Malaya sambil ditemani rakan serumah aku merangkap coach peribadi.dapat la 5 round setiap hari (dpt jugak la cuci mata).Hasilnya aku turun ke 85.1kg pada 28 Okt (timbang masa nak masuk Nestle Fitnesse 14-Day Challenge)




Untuk cabaran ni aku just turun 1.1kg je dalam masa 2 minggu sbb Raya Haji pulak hadir ditengah2 cabaran..daging hari2 maa..haha ada je alasan aku..walaupun cabaran dah habis tp aku teruskan jugak makan cereal Fitnesse ni sbb sedap.setiap kali sarapan dan makan malam inilah makanan aku.lunch tetap makan nasi jugak la. last timbang 83kg pada 20 Nov lalu.(nak beli weight scale dari hari tu tapi tak beli2 jugak).

Nanti aku update lagi kalau rajin. :P


Monday, September 5, 2011

IPV6 Networking

Dah lewat2 malam camni tetibe rajin pulak la nak tahu pasal IPV6 Network..padahal IPV4 pun x khatam lg..masa cuti hari tu xteringat pulak..hadoi apa pun x boleh..
bace le sikit kot2 boleh paham masa training esok..hihi..amek kat wikipedia je pun.

Monday, August 1, 2011

Ranjau Sepanjang Jalan..

Ya Allah..entah kenapa hari ini bermacam2 masalah timbul satu persatu..beratnya ya Allah ujianmu..lemahnya aku..xmampu ku ikhtiarkan lagi cara terbaik selain redha dgn ketentuanMu..ku pohon padamu agar berikanlah aku kekuatan menghadapi saat2 sukar ini..bantulah aku Ya Allah..semoga lorong gelap ini berpenghujung dan sinar kejayaan menyuluhi jalan2 yg bakal aku tempuh..kalaulah aku boleh cepatkan waktu

Monday, May 16, 2011

Opps lupa lagi nak update..

85 kg..inilah berat yang aku capai sepanjang misi 5kg 5minggu..Ahaha sbnrnya tak capai 5 kg..tp 4kg je yg dikurangkan..permulaan yang baik (puji diri sendiri)..

Anggap je la tu fasa yg pertama dalam aku nak kurangkan berat badan...hodohkah berbadan gempal? gemok? buncit? TIDAK..sebenarnya anda kelihatan comel gitu..
ramaikan orang suka..boleh buat bantal peluk diorang..terasa empuk kan..ahaha..



Tapi aku nak dapatkan berat badan yg ideal jugak sbb aku rasa aku lebih smart nanti..seluaq2 lama pun boleh pakai balik..ahaks.. aku solid keding habaq hang dulu2 tapi dalam masa setahun boleh hilang segalanya..hehe ape cer sampai leh sihat macam bro Afdlin Shauki ni..hehe.. Ntah la..tp yang ku tau lepas abes praktikal dah mula naik (2009)..masa tu dalam 74kg...huyoo tapi masih nampak mcm sazali samad lagi (cuma xketol2 je)..sebelum nak dapat keja (2010) kena pi medical check-up..pakai penimbang doktor jadi pulak 84kg..tahun ni dalam bulan April jadi pulak 89kg..lagi nak tunggu ka? nak pecah rekod masnusia terberat di dunia pun boleh kalau dibiar..hehe bangga la Malaysia ada anak Malaysia lagi sorang yg tercatat nama dalam Guinness World Record...zassss tak mau2..

Tu pasal la aku dok cari idea, pendapat, nasihat dari kawan aku si ejoy (sususejat.com) n Kevin Zahari (kevinzahri.com). Kata diorang biar turun sikit2 amek masa lama sikit daripada turun mendadak.

Tadi aku habaq aku tak tau apa sebabkan aku jadi gemok semacam..la ni aku dah ingat..sebenarnya hidup aku 2 tahun lepas tak penuh dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh sebaldi tetiap hari..sem 5 dgn sem 6 asyik sibuk dgn mesyuarat Persatuan la, program untuk budak2 la..balik umah main game farmville sampai ke pagi..kalo sempat pun bersukan pun seminggu satu or dua kali Futsal..aku ni pun main keeper je xde lah byk sgt kalori yg terbakar..(eceh kalori la pulak)..

Hehe banyak pulak la celoteh hari ni..Ok la nak stop jap..nak pi keluarkan peluh..



Sunday, April 24, 2011

Misi 5 minggu- Hari ke-20

Apa perkembangan misi 5 minggu aku ni???..Hari ni dah masuk hari yang ke-21 bersamaan pada tarikh 24 April 2011. Kalau sebelum ni pada hari ke-10 berat badan yang dicatatkan ialah 87.5 kg..selepas 10 hari kemudian iaitu semalam (hari ke-20) , tau x berapa??? lebih kurang 86 kg..caye x? jgn percaya lg..hehe

Sebenarnya pada hari ke-18 aku dah timbang..berat 87 kg..ahaks x menepati jadual (geram2)..sepatutnya dalam lingkungan 86.52 kg..(mgu ni aku byk mkn goreng2..air pun manis2 je..haha) Tapi mungkin disebabkan malam ke-19 aku main badminton 2 jam dgn budak2 Haji Hanafi RTM, aku dah hilang byk kalori kot. Minuman greenfit yg aku beli pun membantu gak untuk selesaikan masalah ketidaktentuan usus gua untuk melakukan pergerakan keluar bhn kumbahan so takde la berat taik..haha.kalau nak beli tanya kawan aku la si Adda (klik nama dia).

Tu pasal la timbang kat IKEA (pehal lak IKEA kan?) semalam nampak 86 kg. Lepas ni mmg kena cari yg elektronik punya penimbang..asyik main agak2 je x best la kan.

Sekarang ade masa lebih kurang 15 hari lagi untuk turunkan lagi 2 kg..tapi rase2 macam boleh lebih sikit..aku up target lg 1kg la cmni..jadi 3 kg dlm masa 15 hari.. Kalau Kevin Zahri dengar ni memang dia syok punya..ahaks.

Kevin Zahri follow-up aku kot..korang ade?



Thursday, April 14, 2011

Misi 5 Minggu

Selepas 10 hari
















Hehe ape yang korang tgk kat atas ialah planning aku utk turunkan berat badan..Alhamdulillah, kalo diperhatikan dalam jadual tersebut aku berjaya follow kaedah yang disarankan iaitu mengawal pengambilan kalori dan melakukan senaman untuk menghasilkan kalori defisit.

Pada hari pertama misi aku, berat badan adalah 89kg. Selepas 10 hari, jarum alat penimbang yang sama menunjukkan pada nilai 87.5kg. Jadi kesimpulannya dalam 10 hari aku dah berjaya mengurangkan sebanyak 1.5 kg. Nilai tu hampir sepadan dgn apa yang dikirakan dalam jadual dimana selepas 10 hari jisim aku dijangka berada pada 87.70 kg. Sebab aku timbang pakai penimbang biasa so lbh kurang laaa kan.

Hasil dah nampak..jadikan aku kena konsisten untuk capai penurunan 5kg dlm 35 hari..kita tunggu dan lihat.

*Post ni dah pernah post kat page stand-alone..ni aku post blk kat sini*

Wednesday, April 13, 2011

Tenang.. mungkin ada buaya..

Kali ni saje aku nak kongsi sebuah emel dari aku punya bos..salah seorang yang aku hormat, yang aku kagum....Tajuk di atas sememangnye tajuk emel beliau..xde kena mengena dgn mimpi buaya aku..haha..hanya beliau yang mengetahui...

As-Salam saudara2 seperjuangan ku sekalian,
 
Melalui email2 yg aku sempat tgk, aku dapat rasakan tekanan yg mungkin korang hadapi pada masa ni. Aku harap korang dapat bersabar…
 
Maaf di atas ketidak hadiran ku time2 macam ni… namun perjuangan ukhrawi ku perlu diteruskan.. J
 
Hanya ada beberapa sharing aku untuk korang sumer to face this challenges,
 
Bekerja lah sehabis baik demi bos kita yg Maha Agung, Allah swt. Jika dirasakan bebanan tu terlalu tinggi, jgn memudaratkan diri korang, mintak tolong rakan2 ataupun bagi tahu pihak yg berkenaan supaya memahami.. aku yakin manusia boleh memahami manusia… hehe
 
Team,
Skang ni mmg kita perlu bekerjasama dgn gile punya. Mmg kena support each other, especially bab2 pembahagian kerja. Kita semua kena jadi leader tak kira level apa korang pegang.. exec ke non-exec.. semua kita leh jadi leader, yg boleh influence, guide and motivate org untuk wat kerja sehabis baik.. tapi ingatlah, jgn sampai memudaratkan diri.. jika tertekan, anggap tekanan tu lawak..ataupun maharaja lawak… tekanan tu takkan hilang jika lagi tertekan dan memikirkan tekanan tu.. kalau tertekan, try lepak2 sket.. dengar lagu ke (especially lagu InsyaALLAH, ajak member solat ke.. aggaplah, tekanan yg kita hadapi tu satu lawak je, bukan macam tekanan yg org Jepun dapat time tsunami ataupun org becerai, ataupun hilang awek dsb nya.dengan kata lain..its not the end of the world.. Focus your energy to think about the solution, dun waste it to think about the problem… coz problem can’t be solved by thinking more about the problem … ßkadang2 aku pun terjebak piker pasal problem yg takkan habes2.. hehe kita serupa…
 
Ewah macam motivator plak aku ni.. tapi aku rasa aku patut bagi email ni untuk menghargai jasa2 korang wat kerja time ketidak hadiran ku ni.. dh ler time ni jugak time yg banyak benda nak kena buat, slumber je aku cuti… tapi demi perjuangan ukhrawi ku.. insyaAllah akan ku doa kan ketenangan dan kesejahteraan korang sumer dunia akhirat.. insyaAllah jika diizinkan..
 
Sekian saja bro2 sekalian, be strong, tetapkan hati untuk bersyukur dan bersabar.. insyaAllah akan tenang jiwa2 saudara sekalian.. Amin
 
Doakan keselamatan, ketenangan dan kesejahteraan aku di sana..
 
Akhir kata, to whom it may concern, jgn disangka air yg tenang tiada buaya, byk buaya kering kat opis tu.. mata tu jaga yer bang.. hehe
 
 
 
 
 
Hafiz R.  حفيظ.ر
Hamba Allah
Pengabdian Abadi

 -->Tekanan yang beliau nyatakan dlm emel telah dilalui oleh Team kami dgn penuh bergaya pada 9-10 April yang lalu..Alhamdulillah..berjaya walaupun agak cuak dalam 'medan perang' tersebut..berkat doa dari Tanah Suci.

Saturday, January 1, 2011

New Year 2011-HOrey2

2011

Mula2 sekali nk flashback peristiwa yang dah jadi sejarah..tak nak ambil yang lama2..ambil crite sejarah paling baru, paling best..tak lain tak bukan..jeng jeng jeng..BOLA SEPAK MALAYSIA (org2 pompuan mesti tak sukakan bola sepak tapi aku tau hangpa semua berbangga sbg rakyat Malaysia).

Peningkatan sedikit demi sedikit skuad bola sepak Malaysia ini mengagumkan byk pihak. Bermula dari kejayaan pingat emas di sukan SEA di Laos, layak ke pusingan kedua di Sukan Asia China dan terbaru Juara kali pertama dalam kejohanan AFF Suzuki Cup. K.Rajagobal terbaik!! (sambil harap Team Perak beraksi dgn baik dlm thn 2011 ni)





Apa2 pun 2010 best..kenangan manis,pahit,kelat,tawar,payau tu adatla..dah hadapi dgn tenang dan pasrah..ahaks.. Alhamdulillah..

Sekarang 2011 dah datang..xda apa yang beza pun 1hb Januari 2011 dengan hari2 lain.sama je..hehe..cuma aku dah target beberapa matlamat yang perlu dicapai dalam tahun ni. Rintangan & halangan pasti ada sblm nak capai target tu..berani buat berani tanggung la.. Semoga dipermudahkan segala urusan aku dan juga urusan korang semua. (Doakan TM terus maju jugak)

Sekian post pertama utk thn 2011. tgu la post kedua aku lak yg entah bile akan tulisnye (sbb aku ni mls jugak nk jenguk blog)..

SELAMAT TAHUN BARU..