Saturday, January 24, 2009

Konduit G.I (Galvanised Iron Conduit)

Konduit Logam Bergalvani ( ‘Galvanised Iron Conduit’)

Konduit ini diperbuat daripada logam bergalvani dan termasuk di dalam kumpulan ‘heavy gauge’. Konduit jenis ‘heavy gauge’ kebiasaannya digunakan untuk pendawaian 3 fasa. Terdapat 3 jenis konduit logam bergalvani yang biasa digunakan iaitu konduit logam tolak ringan, konduit logam tolok berat dan konduit logam boleh lentur.

Konduit Logam Tolok Ringan.

Konduit ini mempunyai ketebalan diameter yang nipis. Oleh yang demikian, konduit akan mudah kemek jika menerima tekanan beban yang terlalu tinggi.

Konduit ini boleh didapati dalam saiz 16 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 48 mm. Sama seperti konduit PVC, setiap penyambungan konduit memerlukan alat tambah seperti ‘angle box’, ‘tangent box’, ‘end box’, ‘two way box’, ‘four way box’, ‘long bend’, ‘short bend’, soket, ‘saddle’, dan ‘crampet’ yang semua diperbuat daripada logam juga.

Kelebihan konduit logam tolok ringan ialah kosnya murah, Selain itu konduit ini mudah dipasang dan menjimatkan masa pemasangan.

Namun begitu terdapat beberapa kekurangan pada konduit jenis ini. Konduit logam tolok ringan tidak sesuai dipasang di tempat berair atau lembab kerana air mudah bertindak balas dengan konduit logam tersebut. Selain itu, penggunaannya juga tidak sesuai di tempat yang terdedah kepada kebakaran dan bahan kimia. Perlindungan mekanikal yang diberikannya juga tidak memuaskan.

Konduit Logam Tolok Berat.

Konduit ini mempunyai diameter luaran yang sama dengan konduit logam tolok ringan cuma berbeza ketebalan diameter dan lebih berat. Oleh yang demikian, konduit logam berat berupaya memberi perlindungan mekanikal dengan lebih baik.

Saiz dan alat-alat tambahnya sama seperti konduit logam tolok ringan.

Kelebihan konduit ini ialah tidak mudah kemek, pecah atau bengkok. Selain itu, konduit logam tolok berat dapat digunakan di tempat yang berair, mudah meletup, mudah terbakar, berkimia, berhabuk dan lembap. Oleh sebab perlindungan mekanikal yang baik maka konduit logam tolok berat boleh ditanam terus ke dalam tanah atau konkrit.

Namun begitu ia berat dan sukar dibengkokkan. Masa untuk membuat pemasangan lebih lama. Harganya pula lebih mahal. Tidak cantik jika dipasang pada permukaan. Sukar untuk mendapat keselajaran bumi yang berkesan sekiranya sambungan dibuat secara skru bebenang.

Alat yang digunakan dalam pemasangan konduit logam bergalvani.

1. Gergaji besi – untuk memotong konduit logam.
2. Mesin pembengkok konduit (‘bender’) – sebagai tempat untuk memotong, membengkokkan dan membenangkan pada konduit.
3. ‘Dissect’.
4. Playar.
5. Pemotong Kabel.
6. Pemutar Skru.
7. ‘Hand Drill’.


Kaedah Pemasangan Konduit Logam.

1. Pelan pemasangan dirujuk terlebih dahulu bagi memastikan laluan konduit dipasang selari dengan dinding bangunan dan garis-garis tiang. Ini penting untuk mengurangkan off set yang perlu dilakukan pada konduit logam.

2. Pemotongan Konduit:
Untuk memotong, konduit logam akan diapit kuat ragum paip yang dipasang bersama alat bender. Kemudian gergaji besi dengan mata pemotong bersaiz halus atau ‘conduit cutter’ digunakan untuk memotong konduit tersebut. Potongan mestilah lurus dan sekiranya bengkok ia boleh diatasi dengan menggunakan kikir yang leper. Hujung setiap batang konduit yang dipotong hendaklah dibebenangkan dengan menggunakan ‘dicceset’ supaya boleh dipasang dengan alat tambahan dan mestilah terlulas dengan sempurna untuk mengelakkan kabel terluka sewaktu disalurkan. Alat yang digunakan ialah pelulas konduit tetapi boleh menggunakan playar sebagai alternatif.



3. Untuk membuat lenturan, alat yang digunakan ialah bender. Jejari dalam minimum bagi sebarang lentur hendaklah tidak kurang daripada nilai yang diberi bagi sebarang kabel yang ia kandungi dan mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali diameter luar konduit itu. Melentur menggunakan bender memerlukan kemahiran yang tinggi dan pengetahuan yang banyak.

4. Setelah dipasang mengikut laluan, konduit akan diikat dengan menggunakan ‘saddle’ logam mengikut saiz konduit. Tapak ‘saddle’ akan diskrukan terlebih dahulu dengan menggunakan ‘hand drill’ dan dikuti meletakkan klip ‘saddle’ di atas konduit selari dengan tapak ‘saddle’ dan diskrukan supaya lebih kukuh.

Kebaikan dan Keburukan Konduit Logam.

Kebaikan
i. Pemasangannya tahan lasak dan tahan lama.
ii. Boleh membuat penambahan tanpa menjejaskan pendawaian asal.
iii. Memberi perlindungan mekanik yang baik.
iv. Tahan apabila terdedah kepada air, bahan kimia dan kepanasan.

Keburukan
i. Kerja membenang dan membengkok memerlukan alatan khas.
ii. Kos pemasangan adalah mahal.
iii. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan pemasangan.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

1 comment:

Anonymous said...

how much GI Conduit per meter ?