Wednesday, February 18, 2009

Istilah-istilah Dalam Kabel

Teras (core)
Pengalir yang dikelilingi oleh penebat yang tidak memberi perlindungan mekanikal atau sebarang perlindungan lain.

Lembar (strand)
Merupakan bilangan pengalir yang ada di dalam teras. Kebanyakan pengalir dilembar sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91 dan 197. Tujuan pelembaran dibuat ialah supaya kabel mudah untuk dilenturkan semasa membuat kerja-kerja pendawaian.

Sarung Kabel
Merupakan lapisan kedua pembalut pengalir. Fungsinya ialah untuk melindungi pengalir dan penebat daripada kerosakan mekanikal semasa proses pemasangan. Sarung kabel boleh dibuat daripada penebat atau logam seperti plumbum, kuprum, aluminium dan sebagainya. Fungsi utamanya sebagai pelindung mekanik dan pelindung kimia. Walaupun perlindungan tidak begitu kukuh tetapi memadai untuk melindungi kabel yang dipasang pada tempat yang tidak terlalu bahaya mekanik dan kimianya.

Luas Keratan Rentas
Merujuk kepada jumlah luas keratan rentas setiap lembar pengalir.

Kadaran voltan
Kadar ketahanan kabel dari segi penebatnya apabila sesuatu voltan dikenakan. Contoh 600/1000 V bermakna 600 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan bumi manakala 1000 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan pengalir.

Kadaran Arus
Kadaran arus maksimum yang mampu dibawa oleh kabel tanpa memanaskan pengalir atau
merosakkan penebatnya. Kemampuan ini bergantung sepenuhnya pada jenis pengalir dan luas keratan rentas itu. Faktor kadaran yang merangkumi jenis sarung, kelas pelindung arus lebih, suhu ambient dan sebagainya, juga boleh mempengaruhi nilai kadaran arus sesuatu kabel.

2 comments:

TSYA'Z (~_^) said...

aper nie?
x paam lgsung lah
hehehehe so, dlm kabel2 sume ade la bnda2 tu ek?

Ahmad said...

x faham?? nk kena taruk gmbr rajah baru leh paham kot..nnt la taruk gmbr.
ade setengah istilah² tu utk bahagian² kat kabel, dari bahagian luar sampai la ke dalam. kabel pulak banyak saiz.