Saturday, March 28, 2009

Sistem Pendawaian Sesalur

Sistem Pendawaian Sesalur.

Penambahan jumlah kabel yang meningkat dengan pertambahan saiz dan kompleksiti sesuatu bangunan dan pemasangan elektrikalnya, penggunaan konduit tidak lagi sesuai. Untuk menyelesaikan masalah ini, sesalur digunakan.

Sesalur merupakan alat penghantar atau pembawa utama yang bertugas membawa kabel-kabel dari peringkat kawalan utama ke kawasan keperluan bekalan. Ia boleh didapati dalam bentuk logam dan plastik. Rupa bentuknya adalah segi empat tepat dan terdapat dalam pelbagai saiz. Antara saiz sesalur yang sering digunakan ialah:

1. 2” x 1”
2. 2” x 2”
3. 2” x 3”
4. 3” x 3”
5. 3” x 4”
6. 4” x 4”
7. 4” x 5”

Sesalur terdapat dalam 4 warna yang setiap satunya adalah untuk mewakili kerja berbeza. Warna oren adalah untuk kerja pendawaian elektrik. Warna putih adalah untuk kabel antenna televisyen. Warna hijau adalah untuk kabel talian telefon dan warna merah untuk sistem ‘fire fighting’.

Sesalur atau ‘trunking’ sering digunakan di dalam bangunan yang bersaiz besar seperti kilang, pejabat, dan sekolah. Terdapat 3 jenis sistem sesalur iaitu:

i. Sistem palang bas sesalur atas.
ii. Sistem palang bas sesalur memanjat.
iii. Sistem sesalur bucu dinding.


Ciri-ciri pemilihan Pendawaian Sesalur

1. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
2. Bangunan besar dan bertingkat.
3. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.
4. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
5. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
6. Memerlukan lebih keselamatan ke atas kabel pengguna.

Peralatan yang digunakan dalam pemasangan sesalur.


Gergaji besi - untuk memotong sesalur.
Mesin 'jig saw' – untuk memotong sesalur.
Pemotong sesalur – untuk memotong sesalur.
Sesiku L – digunakan untuk membuat ukuran dalam kerja pembengkokkan sesalur.
‘Water level’ – digunakan untuk membuat pemasangan sesalur yang kemas.
Playar – digunakan untuk memegang nut sewaktu memasang skru.
Tukul – untuk memasukkan ‘wall plug’.
Pemutar skru – memasang skru.

Cara pemasangan sesalur.

1. Sebelum sesuatu sesalur dijalankan, penyokong atau ‘bracket’ perlu dipasang terlebih dahulu. Terdapat dua jenis bracket yang dipasang iaitu ‘wall bracket’ yang dipasang pada dinding dan bracket siling yang dipasang pada siling. Ukuran perlu dilakukan terlebih dahulu pada tempat awal pemasangan bracket. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan sebelah tangan lagi letakkan water level ditepi batang ‘bracket’ untuk memastikan ‘bracket’ tegak. Tandakan lubang untuk diskru dan sedikit garisan lurusditepi ‘bracket’ sebagai panduan. Gunakan ‘hand drill’ untuk menebuk lubang. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan pastikan lubang pada bracket selari dengan lubang yang ditebuk. Masukkan ‘wall plug’ pada lubang dan gunakan tukul untuk mengetuknya masuk.


2. Kemudian, pengikat berwarna kuprum dipasang pada salah satu hujung setiap sesalur yang hendak dipasang dengan menggunakan playar dan pemutar skru. Semua sesalur tersebut akan diletakkan di atas bracket yang telah disediakan dan sebuah kotak penyambung diletakkan diantara 2 hujung sesalur yang hendak disambung. Lubang kotak tersebut hendaklah selari dengan lubang pada sesalur. Pengikat berwarna kuprum akan diskru bersama kotak penyambung tersebut.


3. Sekiranya ada halangan kaedah lipatan digunakan sama ada lipatan 90º atau 45º. Lipatannya juga terdiri daripada lipatan dalam, lipatan luar, dan lipatan tepi. Lipatan sebegini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemotong sesalur, gergaji besi atau mesin ‘jig saw’ dan sesiku L digunakan untuk membuat lipatan ini. Setiap kali pemotongan perlu dikikir bahagian tersebut.

4. Setelah semua sesalur disambung, barulah sesalur tadi diikat pada ‘bracket’.
‘Hand Drill’ digunakan untuk menebuk lubang pada sesalur melalui lubang yang ada pada bracket. Kemudian masukkan skru dan nut pada lubang tersebut dan ketatkannya dengan menggunakan playar dan pemutar skru.

Kebaikan dan Keburukan Sistem Sesalur.

Kebaikan.
i. Boleh menampung bilangan kabel yang banyak dan besar.
ii. Memberi perlindungan mekanikal yang baik.
iii. Tahan lama kerana tidak mudah rosak akibat daripada perubahan cuaca dan suhu.
iv. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar boleh dilakukan pada masa akan datang.

Keburukan.
i. Memerlukan kos yang tinggi dalam pemasangannya.
ii. Memerlukan ruang yang besar untuk memasangnya.
iii. Memerlukan pekerja mahir dalam membentuk sesalur.

Peraturan IEE Mengenai Sistem Pendawaian Sesalur.

  • Semua sesalur mesti siap dipasang sebelum kabel-kabel dimasukkan ke dalamnya.
  • Sesalur mesti diperbuat daripada logam atau bahan-bahan lain yang tidak mudah terbakar.
  • Faktor ruang bagi sesalur bagi sesalur ialah 45%.
  • Sesalur mestilah dicat untuk mengelakkan dari kekaratan.
  • Bahagian-bahagian sesalur yang dipotong mestilah dikikir supaya tidak melukakan kabel-kabel yang diisikankan ke dalamnya.
  • Setiap lubang skru hendaklah disekat dengan batang kayu supaya kabel tidak terkeluar sebelum sesalur ditutup.
  • Tiap-tiap tempat sambungan pada sesalur mesti disertakan ‘Continuity Earth” selain daripada itu “Copper Bar” mesti juga diadakan disepanjang sesalur.
  • Sekiranya terdapat sambungan antara sesalur dan konduit, maka pembumian mesti dibuat antara sesalur dan konduit itu.
  • Apabila sesalur ditamatkan pada kotak agihan, pembumian mesti dibuat antara kedua-dua alat tersebut.



2 comments:

Aidil said...

Assalamualaikum wr wbth. bagus lah artikel ini. boleh nyatakan tak dari mana sumber rujukannnya? terima kasih :)

Anonymous said...

artikel neyh best,,
thumbs up!!