Sunday, February 21, 2010

Bukit Larut~ Menggamit Kenangan Silam

Setelah hampir 2 tahun aku meninggalkan kawasan tertinggi dan paling lembap di Taiping,hari ini aku kembali menjejakkan kaki ke Bukit Larut. Mengenangkan kembali saat-saat bersama rakan-rakan sekolah mendaki Bukit Larut pada tahun 2002 ketika itu aku masih di tingkatan 4. Kali pertama mendaki memang teruja, dengan perangai yang masih keanak-anakan (remaja lelaki kebanyakannya lambat matang..sampai sekarang pun aku rasa macam budak2 lagi..hehe)setiap perjalanan penuh dengan gelak tawa.

Walaupun letih yang amat sangat tapi demi untuk merealisasikan impian untuk kali pertama mendaki sehingga ke puncak, semua itu dapat diatasi dengan bantuan rakan2. Pada usia 16 tahun itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di Bukit Larut. Di setiap pondok rehat kami catatkan nama masing-masing sebagai bukti kami pernah sampai di situ. Sayangnya ketika itu tiada kamera untuk merakamkan kenangan bersama. Sejak dari hari itu, Bukit Larut menjadi destinasi tetap aku untuk beriadah dihujung minggu sehinggalah aku menyambung pelajaran di PUO.

Peristiwa paling aku tak boleh lupa di sana bila terpaksa melalui kabus tebal semasa menuruni Bukit Larut. Waktu itu hujan diatas dengan bunyi guruh yang kuat. Tak nampak jalan langsung hingga terpaksa merangkak sekejap (takut jatuh ke tepi tebing..hehe)

Tapi kali ini hadirku ke sini dengan misi yang berbeza..hehe.. Demi untuk mengurangkan berat badan yang semakin menggila naiknya. Hari ini aku memilih laluan hutan supaya setiap sendi dan anggota badan aku terlibat dalam proses mengurangkan berat badan ini. Aku keseorangan tadi biarpun malam sebelumnya 3 orang rakan berjanji nak ikut serta. Tapi aku tunggu sampai 8.30 seorang pun tak muncul2. Hampeh semua..tidur la tu.

Matlamat utama hari ini adalah untuk tiba di pondok 2. Tapi sebab dah lama aku tak ikut laluan hutan, maka aku biarkan seorang wanita cina berada dihadapanku dengan harapan dia akan membawa aku hingga ke pondok 2. Jalan2 dalam hutan tu memang aku tak ingat langsung. Pada mulanya aku dapat mengikut rentak wanita tersebut tapi selepas kira-kira 100 meter perjalanan dia mula meninggalkan aku yang bergerak perlahan sebab tak cukup stamina.hehe.. Dengan langkah yang perlahan dan berhati-hati aku mendaki laluan tersebut dengan sabar tapi tercungap-cungap.

Tiada sesiapa dibelakangku dan wanita tadi pun dah hilang dari pandangan. Hilang pedoman sekejap. Aku teruskan juga perjalanan di dalam hutan sehingga aku merasakan suatu yang pelik dengan laluan yang tempuh. Mengikut pengalaman aku laluannya tidak ada yang ke tepi melainkan menegak ke atas tapi tadi aku kena melalui laluan landai menghala ke kiri beberapa kali. Menguatkan lagi firasat aku dah salah jalan bila aku jumpa 2 laluan air bukit. Sebelum ini tak pernah jumpa satu pun dan laluan itu tiada orang lain melainkan aku seorang je.huhu.. Takpe teruskan.

Sewaktu berjalan bersendirian, aku baru perasan dilaluan itu penuh dengan kertas-kertas yang dicarik dan beberapa sampul angpau berwarna merah digantung dibeberapa pokok. Aku cuba mengikuti laluan kertas carik dan sampul itu dan semakin yakin laluan ini pernah dilalui tetapi tiada tanda2 laluan itu baru dilalui pagi tadi. Mungkin ada mungkin tidak..

Setelah hampir 30 minit mendaki, aku tendengar seperti suara kanak-kanak menjerit2 keseronokan. Hah dah nak sampai dilaluan bertar rasanya. Lagi satu hutan yang gelap dah semakin cerah..yes2 nak sampai. Sambil berjalan aku amati suara itu lagi, makin lama makin pelik.. Rupa-rupanya suara monyet (spesis apa entah la)yang bergayut kat pokok. hahaha..hadoi lambat lagi rupanya..

Tiba-tiba ada pula simpang. ISh3x..Nak ke kanan atau kiri? Ingat nak telefon je member tanya jalan.hehe..Nasib baik kredit handphone aku terselamat apabila terpandang papan tanda disebelah simpang kiri ada tertulis Pondok 3. Tapi yang kanan takda pula papan tanda..Pondok 2 agaknya. Masuklah aku ke kanan..jumpa lagi sampul merah..betul2. Wah menegaknya laluan..Sakit otot betis aku. Nasib baik tak lama lepas tu dah jumpa jalan keluar tapi bukan pondok 2 atas sikit dari situ. HUHU. Lega2..Nasib baik tak sesat yob..haha. Kalau tak kenduri doa selamat la kat rumah aku tadi..

Perjalanan tadi mengambil masa kira-kira 40 minit je..Aik rekod baru ni..Kalau nak sampai pondok 2 dulu aku buat 45 minit. Ini atas lagi dari pondok 2. Stamina boleh tahan la..Baru pondok 2. Ada banyak lagi pondok rehat. Mau makan masa 4 jam nak naik ke kawasan paling atas. (Atas sekali ada menara pemancar radio dan televisyen).

Petua nak sampai cepat ke atas->>
Pagi2 datang awal beli tiket land rover (takut habis)..naik land rover mesti cepat sampai aahh..kena tahan pening je. Jalan bengkang-bengkok. Datanglah ke Bukit Larut. Banyak benda baru dah buat kat atas tu. Boleh tengok bunga tulip, meniti titi gantung..tido umah rehat baru..

No comments: