Friday, April 11, 2008

Burung Hantu



Burung Hantu, merupakan salah satu haiwan yang memang aku minati sejak dari bangku sekolah lagi. Aku masih ingat di sekolah rendah dulu ada banyak pokok yang besar dan rendang disekitar sekolah. Setiap pagi aku datang awal pagi, lepas letak beg di kelas aku lepak dekat bawah pokok sambil mendongak ke atas pokok mencari kelibat burung hantu. Burung-burung hantu kat sekolah aku jenis besar macam saiz budak umur 6 tahun. Yang menarik perhatian aku pasal burung ni, dia kelihatan seperti seorang lelaki tegap berkaca mata hitam yang berdiri di atas pokok. Nampak macam Dracula pun ada. Sekali-sekala burung ini terbang ke bawah dengan gaya yang memukau mataku. Stail ' nak landing tapi tak landing'. Boleh bayang tak macam mane???

Sejak aku minat dengan burung hantu ni, buku-buku aku tak selamat dari tangan aku yang menconteng gambar burung hantu bila aku bosan masa tengah baca buku. (Sebelum ni asyik lukis gambar Ultraman Ace dengan Suria Perkasa Hitam je). Kadang-kadang atas lantai rumah pun aku lukis jugak. Gambar yang di atas ni pun salah satu seni vandalisme yang aku buat atas lantai. Kawan-kawan dah tahu tabiat aku ni. Banyak jugak la lukisan burung hantu yang aku dah buat dengan pelbagai stail. Tapi gambar burung hantu yang terbaik aku dah beri kat org lain..

Burung hantu tergolong dalam order Strigiformes. Ada dua jenis Famili iaitu Tytonidae dan Strigidae. Ada banyak jenis tapi yang ada kat Malaysia jenis burung hantu jelapang, burung hantu kubur, burung hantu reban, burung hantu carik kafan dan burung hantu kuang kulit. Jenis karnivor dengan dietnya burung2 kecil dan mamalia kecil seperti tikus. Kelebihan burung hantu ni ialah boleh melihat di waktu malam. Sebab tu lah burung ni aktif waktu malam. Jangka hayat diantara 8 hingga 10 tahun.

No comments: