Sunday, June 22, 2008

Skinhead...

Semalam selepas habis main futsal, kami sepasukan bercadang nak tengok bola sepak euro di A.Rahman Kamunting. Dalam perjalanan ke sana, aku terserempak dengan kumpulan budak-budak berambut pendek, berseluar jeans sendat, kasut boot Dr.martin dan berjaket. Aku kenal sangat kumpulan yang mcm ni. Ini la bebudak Skinhead..hidup lagi kumpulan ni rupanya.


Sewaktu zaman sekolah dulu, aku pun ada jugak tersangkut sikit2 dengan skinhead. Ini semua bermula dari seorang rakan sekelas aku, F. Dia ni boleh dikatakan sebagai pelopor skinhead di sekolah aku. Dia yang memperkenalkan kpd aku dunia skinhead dan semuanya bermula dengan sebuah album kumpulan A.C.A.B. Bermula daripada situ aku pinjam album-album kumpulan skinhead lain daripada F. Memang layan. Selain itu, F jugak selalu meminjamkan zine-zine berkaitan dengan skinhead dan sering bercerita tentang skinhead dengan aku. Apa yang dia sering perkatakan ialah tentang Malay Power dan working class dalam skinhead. Bagi dia skinhead4life. Aku sendiri tak faham apa semua tu. Yang menarik minat aku cumalah muzik yang diorg bawa.


F selalu mengajak aku ke tempat dimana budak2 skinhead Taiping berkumpul tetapi aku sering menolak. Kebanyakan mereka ini berumur diantara 15 tahun ke atas pada masa tu dan sering berkumpul di bangunan Aked Mara. Budak2 skinhead yang berkumpul datang dari kawasan sekitar Perak dan mereka ini juga ada dalam kumpulan yang berlainan contohnya sharp skin, skin trad, nazi skin, dan beberapa lagi kumpulan lain dan mereka ini dibezakan melalui warna tali kasut. Pakaian yang sering digayakan ialah baju t Fred Perry, kasut Dr.Martin, braces,dan jeans sendat.


Muzik yang dibawa oleh band-band skinhead Malaysia kebanyakannya isinya mengenai kehidupan mereka, perjuangan mereka dan luahan hati mereka. Antara band-band skinhead Malaysia yang aku ingat ialah A.C.A.B, The Suspects, 2nd Guest, dan The Official.


Budaya skinhead begitu kuat pengaruhnya ketika itu dimana banyak pelajar di sekolah aku terlibat dengan skinhead sehingga ada suatu ketika pihak pentadbiran sekolah mengharamkan pelajar-pelajar membotakkan kepala. Dalam perhimpunan juga teguran sering diberikan oleh pengetua dan guru disiplin. Ini disebabkan budaya skinhead membawa elemen negatif dalam diri pelajar seperti arak, dadah, seks bebas, memeras ugut,pergaduhan dan pelbagai lagi. Media pula sering menghebahkan keburukan mereka dan antara pendedahan yang paling aku ingat ialah 'skinhead makan sampah'. Budaya ini ditiru oleh sebahagian skinhead malaysia dari budaya skinhead barat. Alangkah buruknya perangai.


Seperkara yang menarik tentang skinhead ini, kenderaan yang diminati oleh mereka ialah motor Vespa. Dimana sahaja kalau dilihat pada ketika itu golongan ini sering membawa vespa. Bagi mereka adalah menjadi satu kebanggaan kalau memiliki sebuah vespa. F pernah minta aku carikan sebuah vespa untuk dia dan kadang-kadang kami merayau dikawasan perumahan berdekatan mencari vespa yang hendak dijual. Vespa masih lagi mempunyai nilai harga yang tinggi walaupun ianya hanya sebuah motor yang lama.


Skinhead , Black Metal dan Punk sebenarnya adalah contoh budaya yang merosakkan anak bangsa kita orang Melayu dan bertentangan dengan Islam. Benda yang tak elok itulah yang paling seronok. Penyakit dari dulu sampai sekarang. Kalau kita tengok pada punca masalah ini, kebanyakannya bermula dari hiburan. Hiburan yang melampau menyebabkan kita lalai dan lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Kepada sesiapa yang dah join atau ingin mencuba-cuba dengan kumpulan yang sebegini, diharap tutuplah niat anda itu sebab memang tak ada faedah langsung. Mereka dah lari dari pegangan sebenar dan hidup pun tak tentu arah tujuan. Di mana mereka nak julang perjuangan skinhead, punk dan segala macam jenis perjuangan perosak ni nanti??

Tetapkan hati anda dalam Islam, mohon petunjuk dari Allah jikalau terbabas. Bahagian mana yang rosak, insyaallah boleh diperbaiki. Masih ada masa untuk kita. Kawalan daripada ibu bapa adalah penting untuk mengelakkan semua masalah ini berulang dan didikan berkualiti yang bermula dari rumah dapat menyediakan pelapis yang baik dari segi akal dan rohani. Guru-guru hanya dapat membantu sedikit sahaja sebab mereka pun ada anak-anak yang hendak diperhatikan. Masyarakat perlu bekerjasama dan bersedia menjadi 'busy body'. Pemimpin juga tak boleh lepas tangan sebab ini melibatkan masa depan negara. Jangan terlalu sibuk dengan perjuangan parti anda sebab anak-anak buah anda memerlukan pemimpin untuk membantu mereka. Hapuskan rasuah, kaji semula rancangan hiburan yang makin banyak di televisyen, bantu yang mana tercicir bukannya bantu kroni. Jangan amal sikap pilih kasih. Sebab keciciran sebeginilah yang menyebabkan mereka mencari jalan keluar yang mudah bagi menyelesaikan masalah. Jika ekonomi negara ditahap terbaik dan canggih infrastrukturnya tetapi tidak diseimbangkan dengan masyarakat yang tinggi akhlaknya, kita gagal mencipta sebuah tamadun yang berjaya.


Kini aku tak tahu perkembangan skinhead dan aku pun dah tak mahu ambil tahu. Cuma kadang kala sekadar mendengar lagu2 mereka di mp3. Kenangan pada skinhead hanyalah sepasang kasut Dr. Martin yang aku beli daripada F. Tiada lagi sega-saga.

4 comments:

Anonymous said...

skinhead ?? hahaha... ko masi baru lagi dalam industri ini bro.. dari apa yang ko katakan suma ttg skinhead adalah salah... skinhead tak punyai perangai,attitude atau undang2x yang diterapkan.. itu suma adalah ideologi dan hak individu yang menginginkan skinhead tu macam tu.. so skinhead itu taklah merosakkan anak bangsa kita.. tapi anakbangsa kita sendiri merosakkan dirinya.. sebab sepengalama saya jadi seorang skinhead sendiri.. adalah bercanggah dengan apa yang ko katakan.. " skinhead its what you wanna be and what will you be.." so nak jadi seseorang individu.. haruslah punya banyak pengetahuan.. hahaha so saya komen awak taklah layak utuk mengadili skinhead itu sendiri..

Ahmad said...

Apa yg sy nyatakan di post tersebut semua daripada apa yg sy lihat dan dengar semasa di zaman sekolah dulu. Mmg sudah saya maklumkan sy tidak ambil tahu apa yang diorang cari sbnrnya dgn skinhead ini. Skinhead budak2 la katakan. Apa orang nak buat semua nak tiru, yang sebetulnya nak nama dikenali saja..aku puak itu aku puak ini..

Sebenarnya bagi saya tak perlu pinjam skinhead utk melambangkan/menggambarkan apa sebenarnya diri itu,apa anda nak jadi atau apa yang anda nak buat. Jadi diri sendiri dgn kekalkan apa yang yang dah termaktub sejak azali (kalau melayu, melayu la, kalau cina, cina la begitulah seterusnya). Adat dan agama yang dianutilah yang jadi lambang diri kita.

Anda anggap ia satu industri, jadi sy pula anggap ia industri (kalau benar ia sebuah industri) yang tidak menguntungkan dan cuma sekadar suka2 saja kewujudannya. Tidak salah rasanya saya nak berfikiran begitu. Ini apa yang saya rasa,apa yang saya harapkan dan cuba sampaikan.Jadi istilah " skinhead its what you wanna be and what will you be.." bagi saya tak perlu kot.

Terima kasih juga sebab sudi menjenguk ke sini utk mempertahankan skinhead dari sudut pandangan anda sbg seorang yang berpengalaman luas dlm dunia skinhead Malaysia.

masokis said...

@anonymous
berapa peratuskah skinhead foloower ni berjaya ? dan tidak meminum arak.. menyentuh ppuan..oh ya, tak lupa..skins berkait rapat dgn budaya gay..hish.. ideologi kuning ni tak baik di ikut....

@ahmad
ya, saya rasa apa yang anda tulis pada post ni. lebih kurang mcm saya.. saya sgt minat dgn lagu yang dibawa, rock bertenaga. tak mcm artis luar sana yang tangkap leleh. dlu geng2 muzik ni.. kita panggil underground scenes.. jualan muzik diaorg boleh kalahkan artis diluar sana... namun sekarang.. ugs dah mcm xde lagi.. wujud fenomena indie dan mainstream pula... lagu pun lirik entah hapa2.. ramai pula yg minat lagu mcmtu.... entahlah.. wallahualam......

@utk skin rovers kat luar sana
kembalilah ke jalan yang benar, mag hafiz pun dah bertaubat.

Bekas gadis skinhead said...

Apa2 hal yg dikatakan pasal skinhead....tolaklah tepi...aku pn bekas skinhead gk...tahu benar tntg skinhead ni...utk pngetahuan smua...skinhead bkn 1budaya...tp 1 falsafah hidup...cara nk hidup..a way of life...hmm,bg yg truly..mmg tau lh..klu bdk2 skin poser bru nk up tu mmg x tau lh...so,dr apa yg aku ckp tntg skinhead ni kn....korg blh nilai sendirikn...adakah perjuangan skinhead ni satu yg releven bg kita seorg muslim?????tepuk dada...buka minda...jgn guna logik akal...mcm org free thinker yg xda tuhan...tngok balik i/c korg agama pe....aku berckp berdasarkn pngalaman aku yg pnh bergelumang dgn dunia skinhead n pnh mnjadi skinhead girl suatu masa dahulu.....