Tuesday, July 29, 2008

Hari ke-13

Isnin. Semuanya serba tak kena hari ni..macam hampeh!! Kesian epoi jadi mangsa keberangan aku hari ni kat site.. Hari ni kena pasang paip GI lagi. Bro pulak tak datang.. Memula aku group dengan syafik n epoi. Pasang konduit pun laju la walaupun satu. Selepas tu Ah Kit datang nak pakai seorang dari group aku. Dalam keterpaksaan syafik pergi buat kerja dengan Ah Kit. Aku dah serik kerja dengan dia. Mungkin lain kali la aku buat kerja dengan Ah Kit. so Zul la pulak jadi group leader aku.

Zul suruh pasang konduit GI kat bilik. Pasang kat tempat yang tinggi. Aku pulak bekerja dengan epoi je. Si zul asyik2 hilang. Sape nak perhati kalau kami buat salah ke tak?? Dia ingat kami ni dah pro kot.. kerja dua orang memang payah nak pasang. Tambah pulak GI lagi berat berbanding PVC. Nak bengkok lagi masalah.. Kerja jadi lambat sebab aku nak harap epoi sorang je nak tolong. Dia la nak tolong passing drill, skru dan segala macam dan satgi dia la nak kna naik tangga tolong pegang GI sementara aku nak taruk saddler..pastu turun pulak amik barang. satgi naik pulak.Kesian kat epoi. Dan sekarang baru aku tau macam mana susahnya Bro buat kerja hari Sabtu lepas..

Hari ni buat kali kedua seluar aku terkoyak lagi gara-gara turun tangga yang pemijaknya jarang sangat. Terbantut kerja aku..plus jari aku sakit tersepit kat mesin bender..Lagi aku tak da mood nak buat kerja. Epoi diam je tengok aku bengang gila hari ni.Semua ni tak jadi masalah kalau zul tolong sama2 buat kerja. Bukan hanya bagi arahan pastu tinggalkan. Kami budak poli tak sama dengan budak kolej komuniti. Diorang dah didedahkan dengan semua tugas2 yang macam ni. Kami budak poli baru nak belajar...benda2 ni semua baru bagi kami...

Monday, July 28, 2008

Hari ke-12

Sabtu. Hari ni berbeza sikit sebab zul tak datang..oleh itu Bro(shafairul), jadi leader kami 3 orang, sebab dia praktikal utk PW4 dan Ah Hoi leader untuk 3 orang lagi. Sambung tugas semalam, tebuk trunking. Untuk hari ni kami tebuk 6 lubang. Walaupun senang, masalah tetap ada. Mata gerudi cepat haus, baru tebuk dua lubang kena ganti baru. Kena pula berhati-hati sebab serpihan besi trunking panas dan kecil jadi boleh masuk ke dalam mata.(Aku kena kat bibir, pedih siot!!)

Dah selesai yang itu, selepas rehat kami disuruh pasang paip GI ke trunking. Bab ni memang payah sikit sebab pengukuran kena betul. Disebabkan team aku takda pakar kat bahagian ini, kerja yang diberi menjadi terlalu sukar. Kesian aku tengok Bro, aku nak tolong tapi tak pandai. tolong tebuk pandai la. Dalam masa 3 jam baru dua paip yang dapat disambung ke trunking..hari ni memang menguji kesabaran kami semua.

Saturday, July 26, 2008

Hari ke-11

Jumaat. Ah Chung selalu kata team aku ni lambat. Padahal aku rasa kami buat cepat sangat..
Jadi hari ni buat kerja dekat Dewan Besar. Kami tekad buat selaju yang boleh. Dengan semangat yang berkobar2 pemasangan konduit sebanyak 12 point siap dengan cepat. Tinggal nak saddler dengan tarik wayar je.. Aku pikir lepas solat Jumaat leh siap la semua ni. Tapi tengah aku dok saddler datang pulak kontraktor bahagian pemasangan bumbung bagitau yang kerangka bumbung dewan tu nak dibuka balik sebab silap pasang. Hadoi!!! Buang karan betoi la.. Nak salah sapa pun aku tak tau. Ah Chung? Zul? Salah kontraktor tu kot nooo.. Konduit yang kami pasang tu dibiarkan saja..pandai2 la depa bukak nnt.

Bergerak pulak kami ke bangunan pentadbiran tapi di ground floor je. Kami kena tebuk lubang kat trunking, kemudian masukkan fleksibel konduit dalam trunking tu. Kerja ni seorang buat pun boleh tapi dibuat 3-4 orang. Jadi hari ni jadi boring sebab takde kerja sangat nak buat...banyak melepak je.

Hari ke-10

Khamis. Aku dah baik tapi tak sepenuhnya. Aku panjat jugak ke kerangka. Aku tolong sambung beberapa point yang tertinggal dan ikat konduit bagi nampak lurus. Kalo tak Ah Chung komplen lagi. Wiring siap pada hari ini tapi jenuh jugak r sebab bila point tertinggal aku kena tarik wayar yang dah dipasang kemudian taruk balik. kena pulak kat tempat sukar. Nak guna tangga tak sampai. Jenuh la aku bertenggek kat besi yang satu sambil tarik wayar. Zul la tak perhati betul2. Dah kena buat kerja 2 kali...

Hari Ke-8&9

Selasa dan Rabu. Untuk dua hari ni aku dapat pelepasan buat kerja ringan. Aku cuma tolong dari bawah je. Aku malas nak duduk dekat stor. Tapi susah jugak nak bergerak, kalo nak ambil apa2 barang aku kena kangkang macam zirafah nak minum air, baru boleh ambil.. Hari rabu dah baik sikit, boleh la aku gi ulang alik kat stor ambil barang2 yang tak cukup. Dalam dua hari ni la aku belajar baca pelan sambungan dengan zul. Aku dah mula faham sikit2.

Hari Ke-7

Isnin. Sambung kerja di bangunan yang sama. Kebanyakan tempat dah wiring. Aku cuma disuruh untuk cabut konduit yang tak digunakan dan kutip segala sisa2 konduit, soket dan box terjatuh dilantai. Kerja wiring selesai sebelum rehat tengah hari. Selepas rehat kami bergerak ke bangunan pentadbiran untuk melakukan proses pemasangan konduit jugak. Selepas sampai disana, kerangka bumbung belum siap sepenuhnya. Ah Chong beri pulak arahan buat pemasangan konduit dekat bangunan Perpustakaan. Kali ni bumbung lebih tinggi. Tangga yang kami bawa tak cukup tinggi untuk naik ke atas. Aku sempat pasang untuk 5 point je sebab waktu kerja dah habis..

Malang untuk aku pada malam ni, aku xciden waktu nak hantar fail dan maggi yang syapik pesan. Malam itu hujan renyai, dah nak sampai di simpang kat Kampung Boyan, aku beri signal ke kanan, pastu aku nampak lampu terang makin dekat dalam side mirror motor aku dan BANG!!! terpelanting la. Nasib baik motor yang langgar. Aku ingatkan kereta yang kat belakang aku tadi yang bantai. Kalo tak, xtau ler.. Punggung aku terhentak, dengan pergelangan tangan terseliuh sikit. Budak cina tingkatan 5 yang langgar aku. Malam tu jugak aku settle dengan budak Cina tu. Dapat la RM50 buat ganti bahagian yang pecah..dah balik rumah baru aku rasa sakit sangat.

Hari Ke-6

Sabtu. Tugas aku untuk hari ni ialah saddler( ikat) konduit yang mana ni tugas Gobi dengan Epoi. Aiseh, banyak lagi rupanya, konduit yang diorang tak ikat. Pandai je si gobi ni, tempat yang susah2 pulak tu yang dia tinggal. Hari ni Gobi x join team sebab kena buat kerja dengan team Bangla dia. Aku minta epoi tolong aku passing kabel suis untuk hand drill je supaya senang aku bergerak. Barang2 saddler, clip dan skru aku bawak dalam beg yang disangkut kat badan aku. Zul dengan yang lain teruskan dengan wiring diorang. Disebabkan team kami ni lembap sangat, Ah Ting datang jenguk dan tolong terangkan dekat Zul cara yang sepatutnya wiring dibuat.(penyelia pun kena diajar..susah r camni). Pastu Ah Hoi join team kami buat wiring. Aku tengok Ah Hoi lagi cekap dari Zul walaupun dia takda lesen PW4...Firdaus pun dah mula tunjuk skil wiring dia hari ni..

Hari Ke-5

8.30 pagi, kami sambung balik kerja yang tergendala semalam dan rehat untuk hari ni 12.30 hingga 2.30 sebab sembahyang Jumaat. Tugas yang sama, sambung konduit. Untuk bangunan ni sahaja, ada lebih 30 point untuk volume dan beberapa point untuk projektor dan tv. Penyambungan mengambil masa yang terlalu lama. Selepas semua konduit telah siap, aku,syafik, bro dan firdaus menarik wayar mengikut arahan dari Zul. Epoi dan Gobi pulak saddler konduit. Puller digunakan untuk memudahkan kabel ditarik ke dalam konduit yang tertentu. Tapi ada beberapa masalah seperti salah wayar, penyambungan konduit tak betul, dan penyambungan baru dibuat. Ini ambil masa yang lama lagi untuk diperbetulkan. Ah Chong datang buat pemeriksaan dan dia tak puas hati dengan penyambungan sebab banyak konduit yang tak lurus. Aku cuma buat ikut arahan dari Zul je. Penyambungan wayar untuk hari ni hanya lebih kurang 16% je.

Saturday, July 19, 2008

Hari Ke-4

Hari ini datang awal. Tugas hari ni ialah menyambung kerja yang dibuat semalam.. sambung konduit je kerja aku. Tapi kerja jadi lambat sikit. Barang tak berapa nak cukup. Zul pulak kerap hilangkan diri. Kejap ada kejap takda. Pelan kedudukan konduit semua ada kat dia..hanya dia yang tau mane kwsn nak dipasang..

Aku dah berani meniti kat atas kerangka walau bagaimanapun sikap berhati-hati terus diamalkan oleh aku untuk kesejahteraan masa depanku.. Aku respek dengan Shafairul, walaupun gaya dia macam AW (lembut) tapi cekap buat kerja ni. Pengetahuan dia untuk pendawaian elektrik memang lebih banyak dari aku sebab pembelajaran dia memang khusus untuk bahagian itu. Tak macam kami di poli, lebih banyak kepada teori.

Dukacitanya kerja untuk penyambungan konduit terpaksa ditangguhkan pada pukul 12 tgh hari kerana hujan turun. Bahaya sebab kerangka bumbung jadi licin. Oleh yang demikian, kami di suruh Ah Chung untuk tolong group dibawah memasang kabel untuk isolator. Timba lagi pengalaman baru.

Dekat-dekat pukul 5.20 ptg hujan pun mulia reda. Lepas kemas semua barang dan disimpan dalam stor, tepat pukul 5.30 kami pun chalo.

Hari Ketiga

Pagi ni kelam kabut sikit. Epoi telepon aku suruh aku amik dia pasal tayar moto dia pancit pulak..Aiseh dah la jauh. Tapi takpe, kawan2.. Pecut la aku semahunya pasal dah pukul 8. Masuk kerja pukul 8.30.. Nasib baik sampai site hampir2 8.30. Sempat jugak aku potong(pintas) lori Ah Chung kat depan jalan masuk ADTEC..

Hari ni, aku dapat tugas mencabar. Meniti kat atas kerangka bumbung tanpa tali keselamatan (kes naya) dan pasang konduit kat atas tu..pergh bangunan dua tingkat.. Dari kerangka ke lantai tingkat dua dah 12 meter. Ada bahagian pulak terus ke ground floor-lebih kurang 30 meter.

Tapi sebab nak dapatkan pengalaman kena berani jugak. lagipun panjat bumbung rumah dah pernah aku buat tapi tak la setinggi ni..bismillah hirrahma nirrahim... kaki dah ada kat atas kerangka besi.. dan sebelah lagi..dan akhirnya seluruh tubuh berada kat atas kerangka bumbung. Zul hulur konduit, aku kena sambung ikut pelan. yang mana kena potong aku potong, yang kena sambung soket, end box, T box dan 4 ways aku sambung.. semua kena buat atas tu. Gobi( bangla) tolong ikat konduit yang aku dan shafairul pasang. paling mencabar untuk aku ialah sambung konduit kat hujung bumbung bangunan..tapi alhamdulillah selamat..

Bila dah banyak konduit yang aku pasang makin lama perasaan takut kpd ketinggian makin berkurang.. Hari ni aku ialah tarzan.

eh eh dah 5.30 ptg..balik!!!Sambung kerja esok.

Hari Kedua

Tugasan yang diberi oleh Ah Chung macam yg semalam..pasang bracket. tapi aku buat sekejap je pasal aku nak pecahkan lantai konkrit untuk ruang nak tanam konduit. First time aku guna hacker bergegar tangan nak tahan getaran..dah lama sikit baru boleh kontrol dengan jayanya. Kerja aku habis awal pastu pergi la tolong depa pasang bracket pulak tapi aku banyak tolong tengok2 kan aje sebab diorang dah ramai. Tapi itu bangla cakap "Duduk diam, tak mau. Jalan2 buat apa kerja pun boleh. Problem, bos marah. No good"hehe tergelak aku. Aku pun sodok la sisa konkrit yang yang aku pecahkan tadi. kumpul satu tempat. Kerja aku habis awal jugak. Cari lagi la kerja lain..kutip2 sampah, sodok air bertakung, kacau bangla n keluar masuk stor.

Tengah aku buat kerja yang datang la 2 orang jurutera Kamal Bina tanya kat Epoi psal kad insuran CIDB. Epoi salah dengar, dia bagitau pulak kat jurutera tu" Kad CIMB? kad bank ka? Xdala bang. Kad Bank Islam saya ada la" tergelak depa kat situ..

Hari ni kerja pun mudah lagi, cuma letih dok hentak konkrit tadi la. sambung esok pulak.

Tuesday, July 15, 2008

Hari Pertama

14 Julai 2008, aku kena melaporkan diri di Leong's Electrical. Bangun seawal 6.00 pagi walaupun aku tidur agak lewat semalam. Aku tak nak lewat pada hari pertama.



Selepas bersarapan, aku ke rumah Syafiq untuk menjemputnya. Epoi sampai lebih awal lagi dari aku. Dalam pukul 7.45 pagi kami pun bertolak ke Leong's Electrical.



Pukul 8.00 tepat kami sampai di syarikat, dan terus melaporkan diri kepada En. Kee. Kad kuning diserahkan kepada beliau. Kemudian kami diberikan sehelai kertas yang terkandung syarat2 yang perlu kami patuhi semasa menjalani latihan. Dalam senarai nama pelatih latihan industri, 6 orang adalah dari PUO,(aku, capik, epoi, mus, emi dan salwa), seorang dari Politeknik Terengganu, yg dari Kolej Komuniti Chenderoh, Bukit Mertajam dan IKBN Penang. Kami terpaksa melepak depan syarikat hampir sejam lebih sementara nak tunggu pelajar kolej komuniti mendaftar. Diorang datang lewat gila.



Selepas semua mendaftar, dalam pukul 10 pagi, kami dibawa ke tapak projek iaitu di ADTEC berhampiran dengan pasaraya besar Giant. Sampainya kami disana, kami diperkenalkan kepada En. Chung yang menjadi penyelia kami di tapak projek sambil dibantu oleh Zul. 4 orang daripada pelajar kolej komuniti diminta untuk menjalani latihan di Ipoh dan Mus pula ditugaskan di pejabat. Kemudian kami dibahagikan tugas. Aku,syafiq,epoi dan 2 orang lagi bekerja di bangunan Kejuruteraan Termaju (seramik). Tugas pertama aku buat trip untuk batang paip, bengkokkan batang paip dan memotongnya ikut ukuran. Ini adalah untuk konduit. Benda-benda ni tak ada di PUO tapi ada di K.komuniti. Itulah kekurangan kami pelajar politeknik. Tapi Zul banyak beri tunjuk ajar...

Lepas tu aku tolong bangla, Musairi namanya, pasang bracket.. mudah je. Hari pertama memang simple2..kita tgk la hari2 yang berikutnya pulak.

Sunday, July 13, 2008

Malam yang malang

Pada suatu malam, kira-kira 9.30 malam seorang kawan rapat aku, P mengajak ke pasaraya Giant.. Nape Giant? Tesco kan lagi best..hehe. Takpe la memandangkan dia baru pulang dari tempat pengajian maka aku pun rela menemani dengan syarat kena ajak kawan2 lain. Barulah seronok beb..

Dalam pukul 10.15 malam, sebuah Honda Civic berhenti di hadapan rumah aku..Cey, P bawak kereta. Jimatlah minyak motor aku malam tu. Tapi ada seorang je kawan yang dia bawak, si K. Jadi la, lagi pun K dengan aku memang satu kepala..

Selepas itu kami menuju ke pasaraya besar Giant yang tak jauh dari rumah kami semua..dalam 5 minit sampai la ke destinasi. Itu baru bawak kereta ala kura-kura.memang dekat. Signboard Giant boleh kelihatan jelas dari rumah aku..

Sudah sampai di sana baru la aku dan K tahu yang sebenarnya si P ni nak beli deodorant body spray. "Huh, ingatkan nak belanja makan ayam KFC", rungut aku kat P. "Banyak cantik muka korang" P balas balik. Kami pun menuju la ke bahagian yang berkenaan. Bagaimanapun P kecewa sebab jenama yang dia nak dah habis. Dia nak beli cap Adidas. (Boleh tahan jugak ko P) Aku sarankan la jenama lain. Setiap jenama botol spray dia cuba kat baju dia. Aku suruh dia spray kat pergelangan tangan supaya senang nak bau tapi katanya kalau setiap kali spray kat situ bercampur la bau. Macam mana nak cam katanya. Tapi setiap botol yang dia cuba ada saja yang tak kena.Tak wangi la. tak sedap la. Alah siapa tak kenal ko yang cerewet tu encik P..hehe.

Lama betul nak tunggu mamat sorang nih. Aku malas nak tunggu aku pergi kat bahagian syampu dengan pencuci muka. Belek punya belek tiba-tiba si K datang kat aku sambil gelak besar..

"Hahaha, mat hang mai sini cepat. Cuba hang pi tengok si P".
"Awatnya?"
"Jom la pi tengok dulu"

Aku pun pergi la balik kat tempat body spray tadi. Aku pun tergelak besar "Hahaha" tiga kali je lepas tu aku tutup mulut dengan tangan.."hihihi".Takut orang lain nampak.

Rupanya si P tersalah pilih botol spray. Asyik dok try botol spray kot, dia tak sedar yang dia terambil botol spray buih pencukur lalu disembur ke arah baju. Kalut le kawan bila yang keluar bukan pewangi sebaliknya buih pencukur. Penuh satu baju memutih je. hahaha. Aku gelak lagi. Sekarang ni tugas aku dengan K kena bawak 'pesalah' ni ke tempat yang agak 'selamat'. Kami bawak la dia ke tempat pakaian dengan penuh berhati-hati agar orang lain tak perasan. Sambil-sambil tu sempat kami mengejek P.

Kerana ingin menghilangkan kesan, P capai sehelai jaket yang digantung untuk jualan dan mengelap bajunya..tapi cara itu berbahaya sebab kawasan agak terbuka. kang tak pasal2 kena tangkap dengan pak guard. Nasib baik ada fitting room berdekatan. P masuk cepat2 dengan jaket td dan menguruskan segalanya disitu. P dok marah2 kat dalam pasal kami gelakkan dia kat luar. hahaha nasib la hang jadi bahan malam tu.

Sudahnya tak jadi la P nak beli body spray malam tu. Moralnya,

  1. berhati-hati la sewaktu membuat pilihan.
  2. bantu-membantu amalan yang mulia.
  3. sayangilah kawan-kawan anda.
  4. jangan bawak kawan-kawan yang suka gelak kuat2.

#kalau hang terbaca (si P) jangan marah r..

Thursday, July 10, 2008

Fat to thin-->nasib badan

Semenjak dua menjak ni, kalau aku berjumpa je kawan2 yang dah lama tak berjumpa, "WEy Mat, lain macam je aku tengok hang ni..makin kurus, muka cengkung..hang amik dadah ke??" wah..bisa bonar nak jawab..ade pulak yang tanya" Hang orait ka mat? hang sakit ke?" Kebanyakannya berfikir secara negatif.. Aiseh, teruk sangat ke aku punya perubahan ni..huhu.

Aku tak pernah ambik dadah, hidu gam, pil kurus ke atau ape2 produk pelangsingan yang boleh buat aku jadi macam sekarang.Lagi satu fakta yang perlu anda tahu wahai kawan2 aku diluar sana, aku tak pernah merokok jadi tak logik kalau aku hisap dadah..

Sebenarnya, aku tak kurus tapi dah ada shape sikit body aku ni. Aku buat exercise je..tak la kerap.. janji keluar peluh. Tambah pulak dengan main bola dan futsal. haa..mari bersukan. Lagi satu faktor, aku kurangkan makan nasi. Selalu makan nasi 3 kali sehari tp sekarang ni sekali pun dah cukup...cepat kenyang sekarang ni dan tahan lama pulak..Secara automatik dan matematiknya, aku dapat mengurangkan perbelanjaan famili..(lega abah aku)

Tapi aku rasa tak boleh tahan lama semua ni. Mana tau kot 2-3 tahun lagi badan aku macam Afdlin Shauki...tp comel gak..

Saiz badan, rupa paras, warna kulit tak jadi ukuran. Asalkan baik hati, suka tolong orang, tak dengki dan ada pelbagai sifat mahmudah dalam diri korang, nescaya orang lain akan menyukai korang. Buat ramai kawan, jangan cari musuh..

Tuesday, July 8, 2008

Merepek apa aku nie...

Ehem..dah lama tak menulis kat blog aku.. kekeringan idea melanda. satu aja masalah aku...pengisian dan tajuk yang aku nak tumpukan dalam blog aku ni. Nak kena kaji semula nampaknya. Setakat ni aku rasa agak ceramuk sikit. Nak bicara bab politik..bukan bidang aku. (wei negara dah jadi huru-hara pasal politik kotor). Bab sukan, boleh la nak bagi komen, kritik dan pendapat. Bab cinta-cinta, serah kat orang lain la..aku tak pandai bab ni (tapi nak rasa bercinta jugak)..Bab masakan dan petua..ahaks kena rajin bertanya orang2 lama n pompuan..Bab agama..mungkin boleh ambik skit2 dari majalah la. salah bicara buruk padahnya...senang cerita aku campur aduk je la semua ni.. ceramuk pun ceramuklah!! Maaf r aku tak promote secara terang-terangan blog aku nie sebab aku rasa banyak benda yang nak kena belajar lagi. Tapi yang mane dah masuk blog aku, terima kasih aku ucapkan..
http://madeintaiping.blogspot.com