Tuesday, January 15, 2013
Rumah Pertama
Monday, December 12, 2011
Apa-apa aje
Alhamdulillah, ada lagi org berkunjung dalam blog aku yg tak seberapa ni..sure byk pelajar poli kan yg masuk sini nak cari maklumat untuk report L.I anda..hehehe..mmg tujuan asal blog ni untuk itu. korang amek je apa yang ada kemudian pandai2 la cari maklumat tambahan. Kalau rajin aku update benda baru tapi sekarang ni dah tak main kabel2 letrik semua..hari2 aku dok buat kerja berkaitan network pulak..Juniper Network,CISCO Network,Dorado..hidup kita ni sentiasa dihambat dgn perkara baru dan kita belajar takkan pernah habis kecuali sudah mati.
Aku perasan tadi kat chatbox ada yg suruh promote blog ni..ahaha aku segan la bro..isi kureng..mmg niat untuk suka2 pun sebenarnya..tambah pulak terlalu sibuk menghadap kerja tak sempat nak tengok pun..Tapi tengok la nanti kot2 blog ni boleh jadi mcm sususejat.com(impossible).
Ahaks..pasal misi 5kg tu pulak aku senyap je kan lepas tu..bolehlah dikatakan misi itu telah berjaya walaupun cuma dapat dalam 4kg dlm 5 minggu..tp perkara yg tak boleh blah bila semuanya sia2 apabila tibanya Syawal..hehe...Naik semula ke 88kg..tindakan drastik telah diambil,berjoging la aku setiap hari dekat taman tasik dalam Universiti Malaya sambil ditemani rakan serumah aku merangkap coach peribadi.dapat la 5 round setiap hari (dpt jugak la cuci mata).Hasilnya aku turun ke 85.1kg pada 28 Okt (timbang masa nak masuk Nestle Fitnesse 14-Day Challenge)
Untuk cabaran ni aku just turun 1.1kg je dalam masa 2 minggu sbb Raya Haji pulak hadir ditengah2 cabaran..daging hari2 maa..haha ada je alasan aku..walaupun cabaran dah habis tp aku teruskan jugak makan cereal Fitnesse ni sbb sedap.setiap kali sarapan dan makan malam inilah makanan aku.lunch tetap makan nasi jugak la. last timbang 83kg pada 20 Nov lalu.(nak beli weight scale dari hari tu tapi tak beli2 jugak).
Nanti aku update lagi kalau rajin. :P
Monday, September 5, 2011
IPV6 Networking
bace le sikit kot2 boleh paham masa training esok..hihi..amek kat wikipedia je pun.
Monday, August 1, 2011
Ranjau Sepanjang Jalan..
Monday, May 16, 2011
Opps lupa lagi nak update..
Anggap je la tu fasa yg pertama dalam aku nak kurangkan berat badan...hodohkah berbadan gempal? gemok? buncit? TIDAK..sebenarnya anda kelihatan comel gitu..
ramaikan orang suka..boleh buat bantal peluk diorang..terasa empuk kan..ahaha..
Tapi aku nak dapatkan berat badan yg ideal jugak sbb aku rasa aku lebih smart nanti..seluaq2 lama pun boleh pakai balik..ahaks.. aku solid keding habaq hang dulu2 tapi dalam masa setahun boleh hilang segalanya..hehe ape cer sampai leh sihat macam bro Afdlin Shauki ni..hehe.. Ntah la..tp yang ku tau lepas abes praktikal dah mula naik (2009)..masa tu dalam 74kg...huyoo tapi masih nampak mcm sazali samad lagi (cuma xketol2 je)..sebelum nak dapat keja (2010) kena pi medical check-up..pakai penimbang doktor jadi pulak 84kg..tahun ni dalam bulan April jadi pulak 89kg..lagi nak tunggu ka? nak pecah rekod masnusia terberat di dunia pun boleh kalau dibiar..hehe bangga la Malaysia ada anak Malaysia lagi sorang yg tercatat nama dalam Guinness World Record...zassss tak mau2..
Tu pasal la aku dok cari idea, pendapat, nasihat dari kawan aku si ejoy (sususejat.com) n Kevin Zahari (kevinzahri.com). Kata diorang biar turun sikit2 amek masa lama sikit daripada turun mendadak.
Tadi aku habaq aku tak tau apa sebabkan aku jadi gemok semacam..la ni aku dah ingat..sebenarnya hidup aku 2 tahun lepas tak penuh dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh sebaldi tetiap hari..sem 5 dgn sem 6 asyik sibuk dgn mesyuarat Persatuan la, program untuk budak2 la..balik umah main game farmville sampai ke pagi..kalo sempat pun bersukan pun seminggu satu or dua kali Futsal..aku ni pun main keeper je xde lah byk sgt kalori yg terbakar..(eceh kalori la pulak)..
Hehe banyak pulak la celoteh hari ni..Ok la nak stop jap..nak pi keluarkan peluh..
Sunday, April 24, 2011
Misi 5 minggu- Hari ke-20
Sebenarnya pada hari ke-18 aku dah timbang..berat 87 kg..ahaks x menepati jadual (geram2)..sepatutnya dalam lingkungan 86.52 kg..(mgu ni aku byk mkn goreng2..air pun manis2 je..haha) Tapi mungkin disebabkan malam ke-19 aku main badminton 2 jam dgn budak2 Haji Hanafi RTM, aku dah hilang byk kalori kot. Minuman greenfit yg aku beli pun membantu gak untuk selesaikan masalah ketidaktentuan usus gua untuk melakukan pergerakan keluar bhn kumbahan so takde la berat taik..haha.kalau nak beli tanya kawan aku la si Adda (klik nama dia).
Tu pasal la timbang kat IKEA (pehal lak IKEA kan?) semalam nampak 86 kg. Lepas ni mmg kena cari yg elektronik punya penimbang..asyik main agak2 je x best la kan.
Sekarang ade masa lebih kurang 15 hari lagi untuk turunkan lagi 2 kg..tapi rase2 macam boleh lebih sikit..aku up target lg 1kg la cmni..jadi 3 kg dlm masa 15 hari.. Kalau Kevin Zahri dengar ni memang dia syok punya..ahaks.
![]() | ||
| Kevin Zahri follow-up aku kot..korang ade? |
Thursday, April 14, 2011
Misi 5 Minggu
![]() |
| Selepas 10 hari |
Hehe ape yang korang tgk kat atas ialah planning aku utk turunkan berat badan..Alhamdulillah, kalo diperhatikan dalam jadual tersebut aku berjaya follow kaedah yang disarankan iaitu mengawal pengambilan kalori dan melakukan senaman untuk menghasilkan kalori defisit.
Pada hari pertama misi aku, berat badan adalah 89kg. Selepas 10 hari, jarum alat penimbang yang sama menunjukkan pada nilai 87.5kg. Jadi kesimpulannya dalam 10 hari aku dah berjaya mengurangkan sebanyak 1.5 kg. Nilai tu hampir sepadan dgn apa yang dikirakan dalam jadual dimana selepas 10 hari jisim aku dijangka berada pada 87.70 kg. Sebab aku timbang pakai penimbang biasa so lbh kurang laaa kan.
Hasil dah nampak..jadikan aku kena konsisten untuk capai penurunan 5kg dlm 35 hari..kita tunggu dan lihat.
*Post ni dah pernah post kat page stand-alone..ni aku post blk kat sini*
Wednesday, April 13, 2011
Tenang.. mungkin ada buaya..
Saturday, January 1, 2011
New Year 2011-HOrey2
Mula2 sekali nk flashback peristiwa yang dah jadi sejarah..tak nak ambil yang lama2..ambil crite sejarah paling baru, paling best..tak lain tak bukan..jeng jeng jeng..BOLA SEPAK MALAYSIA (org2 pompuan mesti tak sukakan bola sepak tapi aku tau hangpa semua berbangga sbg rakyat Malaysia).
Peningkatan sedikit demi sedikit skuad bola sepak Malaysia ini mengagumkan byk pihak. Bermula dari kejayaan pingat emas di sukan SEA di Laos, layak ke pusingan kedua di Sukan Asia China dan terbaru Juara kali pertama dalam kejohanan AFF Suzuki Cup. K.Rajagobal terbaik!! (sambil harap Team Perak beraksi dgn baik dlm thn 2011 ni)
Apa2 pun 2010 best..kenangan manis,pahit,kelat,tawar,payau tu adatla..dah hadapi dgn tenang dan pasrah..ahaks.. Alhamdulillah..
Sekarang 2011 dah datang..xda apa yang beza pun 1hb Januari 2011 dengan hari2 lain.sama je..hehe..cuma aku dah target beberapa matlamat yang perlu dicapai dalam tahun ni. Rintangan & halangan pasti ada sblm nak capai target tu..berani buat berani tanggung la.. Semoga dipermudahkan segala urusan aku dan juga urusan korang semua. (Doakan TM terus maju jugak)
Sekian post pertama utk thn 2011. tgu la post kedua aku lak yg entah bile akan tulisnye (sbb aku ni mls jugak nk jenguk blog)..
Monday, September 6, 2010
Kalamul Haqq: Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shar...
Kalamul Haqq: Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shar...: "Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen..."
Friday, August 6, 2010
Pesanan dari Ustaz..
Apa jua kebaikan yang diusahakan seseorang, kita DITEGAH perleceh & sangka buruk. Kita bukan Tuhan yg mengetahui setiap gerak geri, niat dan usaha yang dilakukan oleh org lain untuk Islam. Justeru, TIDAK BOLEH mendakwa si fulan tidak berjuang untuk Islam krn sibuk dgn bisnesnya, motivasinya, syarikatnya, sekolahnya, kerjayanya, bukunya. Cukup Allah sebagai saksi utama mereka.-sumber:Ustaz Zaharuddin(zaharuddin.net)
Friday, July 30, 2010
Tak GUna BetOI!!!!
Mai datang Malaysia sini nak buat taik..Sekarang rasa la azab kat situ..
Walid Al-Yahya Hilang ke Mana?
Monday, February 22, 2010
Rempit lagi
Sunday, February 21, 2010
Bukit Larut~ Menggamit Kenangan Silam
Walaupun letih yang amat sangat tapi demi untuk merealisasikan impian untuk kali pertama mendaki sehingga ke puncak, semua itu dapat diatasi dengan bantuan rakan2. Pada usia 16 tahun itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di Bukit Larut. Di setiap pondok rehat kami catatkan nama masing-masing sebagai bukti kami pernah sampai di situ. Sayangnya ketika itu tiada kamera untuk merakamkan kenangan bersama. Sejak dari hari itu, Bukit Larut menjadi destinasi tetap aku untuk beriadah dihujung minggu sehinggalah aku menyambung pelajaran di PUO.
Peristiwa paling aku tak boleh lupa di sana bila terpaksa melalui kabus tebal semasa menuruni Bukit Larut. Waktu itu hujan diatas dengan bunyi guruh yang kuat. Tak nampak jalan langsung hingga terpaksa merangkak sekejap (takut jatuh ke tepi tebing..hehe)
Tapi kali ini hadirku ke sini dengan misi yang berbeza..hehe.. Demi untuk mengurangkan berat badan yang semakin menggila naiknya. Hari ini aku memilih laluan hutan supaya setiap sendi dan anggota badan aku terlibat dalam proses mengurangkan berat badan ini. Aku keseorangan tadi biarpun malam sebelumnya 3 orang rakan berjanji nak ikut serta. Tapi aku tunggu sampai 8.30 seorang pun tak muncul2. Hampeh semua..tidur la tu.
Matlamat utama hari ini adalah untuk tiba di pondok 2. Tapi sebab dah lama aku tak ikut laluan hutan, maka aku biarkan seorang wanita cina berada dihadapanku dengan harapan dia akan membawa aku hingga ke pondok 2. Jalan2 dalam hutan tu memang aku tak ingat langsung. Pada mulanya aku dapat mengikut rentak wanita tersebut tapi selepas kira-kira 100 meter perjalanan dia mula meninggalkan aku yang bergerak perlahan sebab tak cukup stamina.hehe.. Dengan langkah yang perlahan dan berhati-hati aku mendaki laluan tersebut dengan sabar tapi tercungap-cungap.
Tiada sesiapa dibelakangku dan wanita tadi pun dah hilang dari pandangan. Hilang pedoman sekejap. Aku teruskan juga perjalanan di dalam hutan sehingga aku merasakan suatu yang pelik dengan laluan yang tempuh. Mengikut pengalaman aku laluannya tidak ada yang ke tepi melainkan menegak ke atas tapi tadi aku kena melalui laluan landai menghala ke kiri beberapa kali. Menguatkan lagi firasat aku dah salah jalan bila aku jumpa 2 laluan air bukit. Sebelum ini tak pernah jumpa satu pun dan laluan itu tiada orang lain melainkan aku seorang je.huhu.. Takpe teruskan.
Sewaktu berjalan bersendirian, aku baru perasan dilaluan itu penuh dengan kertas-kertas yang dicarik dan beberapa sampul angpau berwarna merah digantung dibeberapa pokok. Aku cuba mengikuti laluan kertas carik dan sampul itu dan semakin yakin laluan ini pernah dilalui tetapi tiada tanda2 laluan itu baru dilalui pagi tadi. Mungkin ada mungkin tidak..
Setelah hampir 30 minit mendaki, aku tendengar seperti suara kanak-kanak menjerit2 keseronokan. Hah dah nak sampai dilaluan bertar rasanya. Lagi satu hutan yang gelap dah semakin cerah..yes2 nak sampai. Sambil berjalan aku amati suara itu lagi, makin lama makin pelik.. Rupa-rupanya suara monyet (spesis apa entah la)yang bergayut kat pokok. hahaha..hadoi lambat lagi rupanya..
Tiba-tiba ada pula simpang. ISh3x..Nak ke kanan atau kiri? Ingat nak telefon je member tanya jalan.hehe..Nasib baik kredit handphone aku terselamat apabila terpandang papan tanda disebelah simpang kiri ada tertulis Pondok 3. Tapi yang kanan takda pula papan tanda..Pondok 2 agaknya. Masuklah aku ke kanan..jumpa lagi sampul merah..betul2. Wah menegaknya laluan..Sakit otot betis aku. Nasib baik tak lama lepas tu dah jumpa jalan keluar tapi bukan pondok 2 atas sikit dari situ. HUHU. Lega2..Nasib baik tak sesat yob..haha. Kalau tak kenduri doa selamat la kat rumah aku tadi..
Perjalanan tadi mengambil masa kira-kira 40 minit je..Aik rekod baru ni..Kalau nak sampai pondok 2 dulu aku buat 45 minit. Ini atas lagi dari pondok 2. Stamina boleh tahan la..Baru pondok 2. Ada banyak lagi pondok rehat. Mau makan masa 4 jam nak naik ke kawasan paling atas. (Atas sekali ada menara pemancar radio dan televisyen).
Tuesday, February 16, 2010
Untuk kamu kawan..
Kau sering lihat aku hidup riang ria,
Tersenyum sana sini,
Kadang-kadang gelak macam orang gila,
Mengusik, menyakat orang sekeliling aku,
Kawanku,
Kau sering anggap aku dari kalangan orang berada
Segala benda yang diinginkan pasti dipenuhi,
Dan sering pula kau membandingkan dengan kehidupanmu,
Katamu aku beruntung,
Kawanku,
Dengar sini,
Aku bukanlah manusia yang sentiasa gembira dalam hidupnya,
Kadangkala masalah juga datang menguji,
Dengar sini lagi,
Kesenangan itu semua hasil titik peluh orang tua aku,
Padahal aku tak punya apa,
Aku dan kau sama sahaja,
Kini biarlah kita pula yang menggunakan akal, tangan, kaki untuk menentukan takdir kita sendiri,
Kawanku,
Berubahlah sementara ada waktu,
Tinggalkan perkara sia-sia yang membawa dosa,
Tutup mulut orang yang sering mengejek,
Hanya diri sendiri boleh mengubah takdir.
Tak selamanya aku selalu melindungimu,
Suatu hari aku harus pergi untuk takdirku.
Monday, February 8, 2010
Rempit
Sememangnya hari ini memang aku mengimpikan hari tanpa gangguan dari insan yang bergelar kawan yang sering mengajak aku ke sana ke mari tanpa hala tuju yang jelas. Dah lama tak merehatkan tubuh badan dengan sempurna lalu menyebabkan beberapa simptom penyakit kronik telah wujud untuk memberi amaran kepadaku supaya sentiasa menjaga kesihatan..
Namun begitu, ajakan kawan2ku untuk melepak sambil makan char koey teow berdekatan trek perlumbaan cub prix di Kamunting Raya tidak dapatku tolak kerana hidup ini masih memerlukan hiburan buat seketika. Hurm hujung2 minggu macam ni selalunya ada budak2 merempit. Jangan katakan budak2, orang tua pun ada (tapi tak termasuk dalam golongan warga emas ok). Boleh melayan kejap tengok aksi2 mat2 rempit di litar.
Sesampainya aku disitu, lalu terasa keringnya tekak maka aku meng'order' segelas teh ais tanpa char koey teow yang glamer disitu. Banyak pulak yang merempit petang tadi. RXZ, LC, EX5 dan bermacam2 lagilah. Macam nak join sekali pun ada..hehe.(Jiwaku bukan pada rempit ok..aku cuma rasa je.). Bahaya beb, sebab kereta, lori dan bas pun dok lalu jugak kat situ. Motosikal yang main kat situ dah diubahsuai supaya lebih umphh bak kata Chef Wan (banyak duit diorang nih). Tapi selalunya, diorang ni sempat merempit beberapa pusingan je sebab pakcik bermotosikal berkuasa besar yang berwarna putih ataupun geng waja putih berlampu biru diatasnya (polis) sering "potong stim" diorang. Bila geng ni datang, bertempiaran la masing2.."Blah Blah Blah" jerit tonto diorang sambil melambai-lambaikan tangan..hahaha.. Bagus punya kawan.
Rempit di Taiping bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat di sini. Rempit di Taiping telah melahirkan beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan cub prix seperti Ahmad Fazlisham dan adik beliau, Ahmad Fazrulsham (Old Edwardian ni). Pencapaian dua pelumba ini dan beberapa lagi pelumba dari Taiping mencetuskan fenomena dan menjadi idola kepada mat2 rempit sekitar kawasan Larut Matang dan Selama.
Memanglah rempit menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati. Antara sebab2nya:
1. Bunyi enjin yang bising.
2. Mengganggu ketenteraman awam.
3. Bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.
4. Menyebabkan polis trafik terpaksa 'berlumba' sama dengan diorang
.
Nasihat aku kepada sesiapa yang ingin menggunakan jalan Kamunting Raya pada petang hujung minggu adalah digalakkan untuk menggunakan jalan alternatif iaitu menggunakan jalan baru disebelah kanan sebaik sahaja anda tiba dipersimpangan berhampiran kilang Best Store atau jika anda dari jalan Giant selepas bulatan teruskan perjalanan anda dengan menggunakan susur keluar kedua atau ketiga atau pun keempat (pergi Giant semula) dan terus sahaja( jangan belok ke kiri kat simpang empat).. Ini adalah untuk mengelakkan anda bertembung dengan kumpulan mat rempit yang sedang melayan litar Kamunting Raya.
Merempit tanpa mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang selalu digunakan sewaktu perlumbaan halal atau haram boleh mengundang padah. Jalan Kamunting Raya tu pun telah meragut beberapa nyawa. Namun semuanya tak serik selagi tak koyak punggung. (kawan aku dah koyak punggung baru ada akai..hehe).
* Bila la nak dibuatnye litar untuk pemuda-pemuda berbakat ni?? Dulu berjanji nak buat..
Thursday, February 4, 2010
Kan aku dah kata dah..
Ke hulu ke hilir mencari tuan tanah kedaung..nak mintak tapak tu sikit je..di tepi2 jalan Kamunting Raya tu la tapi dah ada orang yang meneroka dahulu. Kami nak mintak dengan cara elok dan terhormat..sikit je,tak banyak pun bang..dalam 15kaki x 20 kaki je..kalo tak nak bagi pun, kami nak sewa la ..jangan la kedekut sangat lagipun bukan semua tanah tu korang nak wat bisnes..aku tengok penuh dengan semak je..Korang pagar pun bukan korang ada geran kat situ.
Dekat seminggu dah ni..jenuh la memujuk...duit makin habis ni..
Monday, February 1, 2010
Mimpi ku..
Semalam buat pertama kalinya aku mimpi menjadi seorang askar ala-ala Rambo bersama-sama seorang heroin yang agak cun disampingku untuk menghapuskan askar2 Jepun dan Marin Amerika (aik?) yang mengancam negara kita..
Satu per satu musuh aku buru. Dalam bangunan, dalam semak.. Tak ada yang terlepas..asal nampak aku tembak..kalau jumpa segerombolan aku lempar je bom..TEBABOM!!!...mati tapi tak ngeri..selepas melalui laluan getir aku fikir aku boleh celebrate dengan heroin jelita tadi (jgn pikir bukan2)..tapi hampeh rupanya, semua tentera lahanat yana aku bunuh tadi hidup balik..aku pulak jadi buruan..hadoi terasa penat walaupun mimpi..
Mungkin sebab riwayat aku telah ditamatkan, mimpi aku bertukar tajuk cerita yang baru..tapi mimpi ni membuatkan aku berfikir banyak kali selepas aku bangun dari tidur tadi..Mimpiku begini, aku nak mengunjungi rumah seorang sahabat berbangsa India beragama Hindu. Ketika tiba dirumahnya kelihatan ahli keluarganya berada didalam rumah.. Terlihat seorang India tua didalam rumah yang aku agak sebagai bapa kepada sahabat aku tu..tetapi dikepalanya memakai serban pak haji..dan aku ternampak tergantung Kalimah Allah dan Muhammad di dinding rumahnya..dah Islam ke keluarga sahabat aku ni? Ish..pelik benar mimpi aku ni..
Binatang yang paling kerap aku mimpikan ialah sang bedal.. Kerap sangat muncul. Saiz besar dinosaur pun ada..Kalau mimpi ular, kata orang maknanya orang tu dah dekat nak kahwin le tu..hehe..macam mana pulak untuk mimpi sang bedal ni? Siapa2 boleh tafsirkan?

Dalam mimpi macam2 boleh jadi..jadi transformers pun pernah..hahaha..itu masa aku kecik2 dulu.
Walau macam mana pun jangan percaya semua yang berlaku dalam mimpi tu..anggap jela sebagai mainan tidur yang menyeronokkan walaupun mungkin ada yang ngeri. Serah segalanya kepada Allah swt..kita cuma lakukan apa yang telah ditetapkan sebagai hambaNya.
Hurm..sempatkah aku bermimpi malam ni?
*indahnya kalau dapat bertemu bidadariku dalam mimpi..siapa bidadariku?
Sunday, November 8, 2009
Kabinet
Aha..kabinet merupakan sebuah tempat penyimpanan pinggan mangkuk cawan serta gelas Arcopal anda yang dibeli sewaktu melawat Langkawi lima belas tahun dulu tetapi tidak dipernah digunakan untuk tetamu yang datang sebaliknya lebih gemar menggunakan pinggan mangkuk cawan serta gelas yang diperbuat daripada plastik yang sememangnya tahan lama walaupun diletakkan diluar kabinet selama 100 tahun. Selain itu juga kabinet boleh dijadikan tempat penyimpanan barang-barang dapur yang kering (yang basah masuk dalam peti ais la)
Ahaha itu kabinet dapur… belum lagi senaraikan Menteri2 Kabinet Malaysia.
sesiapa yg nk mencari kabinet dapur tp terjumpa blog ni pulak boleh cuba tgk2 kt dalam link dibawah
http://www.mudah.my/pilih negeri dan cari kt bhgn jobs and services. kan mudah gitu..
Kali ini ada info mengenai Kabinet yang digunakan dalam sistem Telekomunikasi. Unit ini berbentuk silinder dan ada juga yang berbentuk segi empat yang selalu kita tengok 'technician' TM buka dan sambung2 wayar kat tepi2 jalan..baca sedikit info kat bawah
Kabinet
- Peti kabinet atau dikenali juga sebagai Gerabak Agihan merupakan tempat pengagihan talian untuk ke peti agihan (DP) sebelum sampai ke rumah pelanggan.
- Kabinet merupakan tempat penamat kabel utama di mana ia bermula dari MDF melalui lohong dan terus ke kabinet.
- Kabinet merupakan unit penyambungan silang dengan dawai pemintas untuk penyambungan silang.
- Penyambungan dari kabinet ke ibusawat, kabel jenis (lead) digunakan dengan saiz 100,1000 dan dalam pelbagai jenis saiz lagi digunakan.
- Di dalam sesebuah kabinet terdapat 9 teras iaitu setiap darinya mempunyai 200 pasang dan diagihkan kepada 20 DP.
- Kabinet merupakan rujukan talian pelanggan kepada sesuatu kawasan. Ia juga bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan.
Terdapat 3 jenis kabinet iaitu:
- Kabinet APO –berbentuk silinder macam roket bermuncung rata
- Kabinet krone - dalam bentuk almari (kotak)
- Kabinet pouyet - dalam bentuk almari (kotak)
- Fungsi asas kabinet
Antara fungsi asas kabinet ialah:
- Untuk penjimatan dalam penggunaan kabel dan juga pemasangan kabel supaya lebih mudah ditukar ganti.
- Untuk mengelakkan sambungan dibuka bagi penyusunan semula kabel utama yang disebabkan oleh sedikit sisihan dan daripada permintaan terdahulu.
- Sebagai tempat ujian perantaraan antara kabel utama dengan kabel agihan.
- Untuk mengelakkan pengurangan keupayaan pemancaran yang dipancarkan.
- Untuk membolehkan lepasan kabel utama dengan lebih mudah tanpa memotongnya menjadi kabel agihan yang lebih kecil.







