Monday, January 26, 2009

Lagu Sekolah Menengah King Edward VII Taiping

King Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land
In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before

The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra
Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free

Saturday, January 24, 2009

Konduit G.I (Galvanised Iron Conduit)

Konduit Logam Bergalvani ( ‘Galvanised Iron Conduit’)

Konduit ini diperbuat daripada logam bergalvani dan termasuk di dalam kumpulan ‘heavy gauge’. Konduit jenis ‘heavy gauge’ kebiasaannya digunakan untuk pendawaian 3 fasa. Terdapat 3 jenis konduit logam bergalvani yang biasa digunakan iaitu konduit logam tolak ringan, konduit logam tolok berat dan konduit logam boleh lentur.

Konduit Logam Tolok Ringan.

Konduit ini mempunyai ketebalan diameter yang nipis. Oleh yang demikian, konduit akan mudah kemek jika menerima tekanan beban yang terlalu tinggi.

Konduit ini boleh didapati dalam saiz 16 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 48 mm. Sama seperti konduit PVC, setiap penyambungan konduit memerlukan alat tambah seperti ‘angle box’, ‘tangent box’, ‘end box’, ‘two way box’, ‘four way box’, ‘long bend’, ‘short bend’, soket, ‘saddle’, dan ‘crampet’ yang semua diperbuat daripada logam juga.

Kelebihan konduit logam tolok ringan ialah kosnya murah, Selain itu konduit ini mudah dipasang dan menjimatkan masa pemasangan.

Namun begitu terdapat beberapa kekurangan pada konduit jenis ini. Konduit logam tolok ringan tidak sesuai dipasang di tempat berair atau lembab kerana air mudah bertindak balas dengan konduit logam tersebut. Selain itu, penggunaannya juga tidak sesuai di tempat yang terdedah kepada kebakaran dan bahan kimia. Perlindungan mekanikal yang diberikannya juga tidak memuaskan.

Konduit Logam Tolok Berat.

Konduit ini mempunyai diameter luaran yang sama dengan konduit logam tolok ringan cuma berbeza ketebalan diameter dan lebih berat. Oleh yang demikian, konduit logam berat berupaya memberi perlindungan mekanikal dengan lebih baik.

Saiz dan alat-alat tambahnya sama seperti konduit logam tolok ringan.

Kelebihan konduit ini ialah tidak mudah kemek, pecah atau bengkok. Selain itu, konduit logam tolok berat dapat digunakan di tempat yang berair, mudah meletup, mudah terbakar, berkimia, berhabuk dan lembap. Oleh sebab perlindungan mekanikal yang baik maka konduit logam tolok berat boleh ditanam terus ke dalam tanah atau konkrit.

Namun begitu ia berat dan sukar dibengkokkan. Masa untuk membuat pemasangan lebih lama. Harganya pula lebih mahal. Tidak cantik jika dipasang pada permukaan. Sukar untuk mendapat keselajaran bumi yang berkesan sekiranya sambungan dibuat secara skru bebenang.

Alat yang digunakan dalam pemasangan konduit logam bergalvani.

1. Gergaji besi – untuk memotong konduit logam.
2. Mesin pembengkok konduit (‘bender’) – sebagai tempat untuk memotong, membengkokkan dan membenangkan pada konduit.
3. ‘Dissect’.
4. Playar.
5. Pemotong Kabel.
6. Pemutar Skru.
7. ‘Hand Drill’.


Kaedah Pemasangan Konduit Logam.

1. Pelan pemasangan dirujuk terlebih dahulu bagi memastikan laluan konduit dipasang selari dengan dinding bangunan dan garis-garis tiang. Ini penting untuk mengurangkan off set yang perlu dilakukan pada konduit logam.

2. Pemotongan Konduit:
Untuk memotong, konduit logam akan diapit kuat ragum paip yang dipasang bersama alat bender. Kemudian gergaji besi dengan mata pemotong bersaiz halus atau ‘conduit cutter’ digunakan untuk memotong konduit tersebut. Potongan mestilah lurus dan sekiranya bengkok ia boleh diatasi dengan menggunakan kikir yang leper. Hujung setiap batang konduit yang dipotong hendaklah dibebenangkan dengan menggunakan ‘dicceset’ supaya boleh dipasang dengan alat tambahan dan mestilah terlulas dengan sempurna untuk mengelakkan kabel terluka sewaktu disalurkan. Alat yang digunakan ialah pelulas konduit tetapi boleh menggunakan playar sebagai alternatif.



3. Untuk membuat lenturan, alat yang digunakan ialah bender. Jejari dalam minimum bagi sebarang lentur hendaklah tidak kurang daripada nilai yang diberi bagi sebarang kabel yang ia kandungi dan mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali diameter luar konduit itu. Melentur menggunakan bender memerlukan kemahiran yang tinggi dan pengetahuan yang banyak.

4. Setelah dipasang mengikut laluan, konduit akan diikat dengan menggunakan ‘saddle’ logam mengikut saiz konduit. Tapak ‘saddle’ akan diskrukan terlebih dahulu dengan menggunakan ‘hand drill’ dan dikuti meletakkan klip ‘saddle’ di atas konduit selari dengan tapak ‘saddle’ dan diskrukan supaya lebih kukuh.

Kebaikan dan Keburukan Konduit Logam.

Kebaikan
i. Pemasangannya tahan lasak dan tahan lama.
ii. Boleh membuat penambahan tanpa menjejaskan pendawaian asal.
iii. Memberi perlindungan mekanik yang baik.
iv. Tahan apabila terdedah kepada air, bahan kimia dan kepanasan.

Keburukan
i. Kerja membenang dan membengkok memerlukan alatan khas.
ii. Kos pemasangan adalah mahal.
iii. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan pemasangan.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Friday, January 16, 2009

Semester Baru..Bersediakah Aku???

hey..aku dah kembali ke Ipoh.. fuh, alhamdulillah proses pendaftaran selesai dengan jayanya. Tapi aku terasa kembali tekanan walaupun belum mula kuliah..aiseh..takut pulak ni..analisis litar tu camne le gayenye ek? Nak pilih team projek akhir pun masalah jugak..dalam team mesti ada seorang yg kreatif dan tegas. Tapi lega la sikit hari ni bila Cik Darliza cakap aku xpayah nak ambik MUET dah..

Ringan sikit beban sem 5 ni sbb x pegang dah jawatan pengerusi ARC n wakil kelas DKE. Tapi dicalonkan pulak untuk bertanding jawatan Setiausaha JPP..ada 3 lagi rakan sekuliah aku yg tercalon untuk jawatan lain. sebelum ni PUO tak pernah pilih ahli JPP pakai undi. diorg suruh berkempen...dah mcm pilihanraya universiti. x biasa la. Calon lain pulak 3 perempuan n 1 laki.. susah nk menang ni tapi nk bertanding jgk la. nak cari pengalaman. mana tahu berguna di masa depan..

Erm..setiap kali aku menyewa rumah mesti ada kekurangan.. rumah yg aku pilih dah strategik (masjid, pasar malam, dwn badminton, bank.. semua dkt la) tapi kelengkapan pulak bermasalah.. katil double decker bergoyang mcm nk tercabut( risau org bawah aku je kot terhempap naya je)..mesih basuh yg memeningkan..tv rosak..anjing org sebelah yg tak mesra( baru lg kot)..nnt abg megat(owner) datang aku nak komplen semua ni.

tak sempat nak hirup udara Ipoh, zarip dah ajak men futsal lawan team KFC. lgpun kasut aku koyak..nk beli kna tggu loan, glove pun x bawak..aku tolak le dulu..masa banyak lagi..tapi cuma Allah saja tahu masa yang aku ada. So kena selalu beringat..kekejaman Yahudi yang semakin menggila sekarang ni sebagai satu isyarat dariNya. Antara sedar atau tidak, kita semakin menuju ke hari pembalasan?

Tuesday, January 13, 2009

Konduit PVC Boleh Lentur

Konduit PVC Boleh Lentur (Fleksibel PVC).

Konduit PVC boleh lentur atau fleksibel PVC selalu digunakan di kawasan yang sempit, kawasan berliku-liku yang memerlukan banyak offset sekiranya menggunakan konduit PVC dan di kawasan yang berhalangan. Terdapat dalam pelbagai saiz, sama seperti saiz konduit PVC dapat menyediakan perlindungan kepada kabel tetapi tidak sesuai untuk kegunaan pendawaian jarak panjang kerana strukturnya yang terlalu lembut dan tidak stabil.

Cara penyambungannya adalah mudah. Hanya perlu memasukkan fleksibel ke dalam soket penyambung atau kotak sambungan yang bersambung dengan konduit PVC.

Ketika menjalani latihan industri, kebanyakan fleksibel PVC digunakan untuk memberi perlindungan kepada kabel-kabel yang turun di point pembesar suara untuk pendawaian sistem P.A.


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, January 12, 2009

Konduit-PVC

Disebabkan ramai yg mencari info mengenai konduit, kali ni saya letakkan sebahagian maklumat mengenai konduit yang saya buat dalam laporan. Buat permulaan kita kenal dulu Sistem Pendawaian Konduit dan Konduit PVC. Kaedah pemasangan adalah mengikut pengalaman saya sendiri semasa saya menjalani latihan. Mungkin berbeza untuk setiap orang. Untuk makluman, saya cuma pelajar. Kalau ada kurang, saya mohon maaf awal² ye..


Sistem Pendawaian Konduit.

Konduit merupakan satu tiub atau pembuluh dimana kabel-kabel akan disalurkan ke dalamnya untuk pendawaian elektrik. Terdapat pelbagai jenis konduit yang digunakan untuk pendawaian seperti konduit PVC, logam bergalvani (Galvanised Iron/ metal) dan kuprum.

Konduit boleh dipasang pada permukaan dimana konduit itu akan memberi perlindungan kepada pendawaian dan juga digunakan untuk pendawaian tersembunyi.



Konduit PVC



Konduit PVC merupakan salah satu jenis konduit yang popular digunakan dalam kerja-kerja pendawaian. Bahan utama dalam pembuatan konduit ini ialah plastik dan poly vynel klorida. Konduit PVC sesuai digunakan pada suhu biasa sehingga 60 darjah celcius. Selain memberi perlindungan kepada kabel, konduit jenis ini tidak berkarat jika dipasang dikawasan yang berair dan sifatnya yang bukan pengalir dapat mengelakkan berlaku sebarang renjatan sekiranya berlaku kebocoran arus elektrik dari kabel-kabel didalamnya atau dari sentuhan bahagian bahan pengalir.

Konduit PVC boleh didapati dalam saiz 16 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 48 mm. Ketika menjalani latihan, saiz konduit yang digunakan ialah 20 mm dan 25 mm. Setiap pemasangan konduit memerlukan alat tambah yang diperbuat daripada PVC juga seperti ‘angle box’, ‘tangent box’, ‘end box’, ‘two way box’, ‘four way box’, ‘long bend’, ‘short bend’, soket, ‘saddle’, dan ‘crampet’.



Sebahagian alat tambah yg digunakan.


Kaedah Pemasangan Konduit PVC.

1. Sebelum pemasangan dibuat, kita perlu meneliti pelan yang disediakan supaya kita dapat mengetahui bahagian-bahagian yang perlu dipasang dan dapat membuat perkiraan bilangan konduit atau alat tambahan yang perlu digunakan. Ini adalah penting untuk mengelakkan kesilapan pemasangan.

2. Cara kerja penyambungan konduit PVC.

a. Setiap penyambungan antara satu konduit dengan satu konduit yang lain, pelbagai alat tambah boleh digunakan seperti soket, two ways box, angle box dan sebagainya berdasarkan pelan yang diberikan. Setiap penyambungan perlu kemas dan ketat supaya tidak tertanggal dari sambungannya.

b. Sekiranya konduit yang dipasang melebihi point yang ditetapkan, konduit tersebut dipotong mengikut jarak yang dikehendaki dengan menggunakan pemotong konduit. Kemudian barulah dimasukkan alat tambah yang bersesuaian dengan point berkenaan. Penyambungan alat tambah tidak memerlukan hujung konduit PVC dibebenangkan (threading).

c. Kadangkala laluan konduit yang diberikan terpaksa melalui halangan. Konduit PVC adalah lurus dan sebagai penyelesaiannya konduit tersebut perlu dibengkokkan. Spring digunakan untuk membengkok konduit. Cara konduit dibengkokkan:

i. Masukkan spring ke dalam konduit dan spring tersebut hendaklah dipastikan
berada pada kedudukan yang ingin dibengkokkan. Jadikan tali yang mengikat spring
sebagai panduan kedudukan.

ii. Gunakan kedua-dua belah tangan dan lutut untuk membengkokkan konduit tersebut.

iii. Setelah konduit dibengkokkan mengikut bentuk yang dikehendaki, spring dikeluarkan
dengan menarik tali yang diikat pada spring.

Sekiranya laluan konduit perlu merentasi dinding, dinding tersebut akan dibuat lubang dengan menggunakan mesin gerudi dengan mata gerudi yang bersesuaian dengan saiz.

d. Setelah dipasang konduit, perkara terakhir dalam pemasangan ialah untuk mengikatnya dengan menggunakan ‘saddle’. ‘Hand Drill’ digunakan untuk memasang saddle. ‘Cordless hand drill’ lebih sesuai digunakan kerana mudah dibawa dan ringan. Tapak saddle diskrukan dahulu pada permukaan dimana konduit itu diletakkan. Kemudian, letakkan konduit di atas tapak saddle dan masukkan klipnya ke dalam tapak saddle. Tujuan saddle dipasang ialah untuk kekemasan dan mengelakkan konduit terkeluar dari kedudukan yang ditetapkan.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH