Sunday, June 22, 2008

Skinhead...

Semalam selepas habis main futsal, kami sepasukan bercadang nak tengok bola sepak euro di A.Rahman Kamunting. Dalam perjalanan ke sana, aku terserempak dengan kumpulan budak-budak berambut pendek, berseluar jeans sendat, kasut boot Dr.martin dan berjaket. Aku kenal sangat kumpulan yang mcm ni. Ini la bebudak Skinhead..hidup lagi kumpulan ni rupanya.


Sewaktu zaman sekolah dulu, aku pun ada jugak tersangkut sikit2 dengan skinhead. Ini semua bermula dari seorang rakan sekelas aku, F. Dia ni boleh dikatakan sebagai pelopor skinhead di sekolah aku. Dia yang memperkenalkan kpd aku dunia skinhead dan semuanya bermula dengan sebuah album kumpulan A.C.A.B. Bermula daripada situ aku pinjam album-album kumpulan skinhead lain daripada F. Memang layan. Selain itu, F jugak selalu meminjamkan zine-zine berkaitan dengan skinhead dan sering bercerita tentang skinhead dengan aku. Apa yang dia sering perkatakan ialah tentang Malay Power dan working class dalam skinhead. Bagi dia skinhead4life. Aku sendiri tak faham apa semua tu. Yang menarik minat aku cumalah muzik yang diorg bawa.


F selalu mengajak aku ke tempat dimana budak2 skinhead Taiping berkumpul tetapi aku sering menolak. Kebanyakan mereka ini berumur diantara 15 tahun ke atas pada masa tu dan sering berkumpul di bangunan Aked Mara. Budak2 skinhead yang berkumpul datang dari kawasan sekitar Perak dan mereka ini juga ada dalam kumpulan yang berlainan contohnya sharp skin, skin trad, nazi skin, dan beberapa lagi kumpulan lain dan mereka ini dibezakan melalui warna tali kasut. Pakaian yang sering digayakan ialah baju t Fred Perry, kasut Dr.Martin, braces,dan jeans sendat.


Muzik yang dibawa oleh band-band skinhead Malaysia kebanyakannya isinya mengenai kehidupan mereka, perjuangan mereka dan luahan hati mereka. Antara band-band skinhead Malaysia yang aku ingat ialah A.C.A.B, The Suspects, 2nd Guest, dan The Official.


Budaya skinhead begitu kuat pengaruhnya ketika itu dimana banyak pelajar di sekolah aku terlibat dengan skinhead sehingga ada suatu ketika pihak pentadbiran sekolah mengharamkan pelajar-pelajar membotakkan kepala. Dalam perhimpunan juga teguran sering diberikan oleh pengetua dan guru disiplin. Ini disebabkan budaya skinhead membawa elemen negatif dalam diri pelajar seperti arak, dadah, seks bebas, memeras ugut,pergaduhan dan pelbagai lagi. Media pula sering menghebahkan keburukan mereka dan antara pendedahan yang paling aku ingat ialah 'skinhead makan sampah'. Budaya ini ditiru oleh sebahagian skinhead malaysia dari budaya skinhead barat. Alangkah buruknya perangai.


Seperkara yang menarik tentang skinhead ini, kenderaan yang diminati oleh mereka ialah motor Vespa. Dimana sahaja kalau dilihat pada ketika itu golongan ini sering membawa vespa. Bagi mereka adalah menjadi satu kebanggaan kalau memiliki sebuah vespa. F pernah minta aku carikan sebuah vespa untuk dia dan kadang-kadang kami merayau dikawasan perumahan berdekatan mencari vespa yang hendak dijual. Vespa masih lagi mempunyai nilai harga yang tinggi walaupun ianya hanya sebuah motor yang lama.


Skinhead , Black Metal dan Punk sebenarnya adalah contoh budaya yang merosakkan anak bangsa kita orang Melayu dan bertentangan dengan Islam. Benda yang tak elok itulah yang paling seronok. Penyakit dari dulu sampai sekarang. Kalau kita tengok pada punca masalah ini, kebanyakannya bermula dari hiburan. Hiburan yang melampau menyebabkan kita lalai dan lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Kepada sesiapa yang dah join atau ingin mencuba-cuba dengan kumpulan yang sebegini, diharap tutuplah niat anda itu sebab memang tak ada faedah langsung. Mereka dah lari dari pegangan sebenar dan hidup pun tak tentu arah tujuan. Di mana mereka nak julang perjuangan skinhead, punk dan segala macam jenis perjuangan perosak ni nanti??

Tetapkan hati anda dalam Islam, mohon petunjuk dari Allah jikalau terbabas. Bahagian mana yang rosak, insyaallah boleh diperbaiki. Masih ada masa untuk kita. Kawalan daripada ibu bapa adalah penting untuk mengelakkan semua masalah ini berulang dan didikan berkualiti yang bermula dari rumah dapat menyediakan pelapis yang baik dari segi akal dan rohani. Guru-guru hanya dapat membantu sedikit sahaja sebab mereka pun ada anak-anak yang hendak diperhatikan. Masyarakat perlu bekerjasama dan bersedia menjadi 'busy body'. Pemimpin juga tak boleh lepas tangan sebab ini melibatkan masa depan negara. Jangan terlalu sibuk dengan perjuangan parti anda sebab anak-anak buah anda memerlukan pemimpin untuk membantu mereka. Hapuskan rasuah, kaji semula rancangan hiburan yang makin banyak di televisyen, bantu yang mana tercicir bukannya bantu kroni. Jangan amal sikap pilih kasih. Sebab keciciran sebeginilah yang menyebabkan mereka mencari jalan keluar yang mudah bagi menyelesaikan masalah. Jika ekonomi negara ditahap terbaik dan canggih infrastrukturnya tetapi tidak diseimbangkan dengan masyarakat yang tinggi akhlaknya, kita gagal mencipta sebuah tamadun yang berjaya.


Kini aku tak tahu perkembangan skinhead dan aku pun dah tak mahu ambil tahu. Cuma kadang kala sekadar mendengar lagu2 mereka di mp3. Kenangan pada skinhead hanyalah sepasang kasut Dr. Martin yang aku beli daripada F. Tiada lagi sega-saga.

Pemain Muda Harapan Negara

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Kedah kerana berjaya menjadi juara piala FA pada musim ni. Apa yang membanggakan ialah barisan pemain yang diletakkan oleh Azrai Khor kebanyakan ialah pemain muda. Biarpun tanpa penyerang handalan, Marlon Alex James dgn pertahanan import, Hugging, Kedah mampu memberi aksi terbaik. Kepercayaan jurulatih Kedah kpd barisan muda telah memberi pulangan yang lumayan dan langkah yang diambil oleh beliau harus dipuji.

Pasukan Perak sepatutnya ambil contoh dari pasukan Kedah. Pasukan Perak sebenarnya mempunyai sebuah pasukan junior yang begitu mantap setiap tahun. Jadi jurulatih Perak, Steve Darby kena selalu serapkan diorg ni dalam pasukan senior Perak..pemain muda selalunya mempunyai skil permainan yang menarik dan bertenaga berbanding pemain yang telah senior. mungkin kekok skit mula2. Tp pengalaman yang akan mematangkan diorg. Jika dimulakan dari awal, insyallah pasukan Perak akan menjadi semantap pasukan Kedah..ingat! Perak belum pernah jadi juara Liga Super. Sampai bila nak ikut bontot pasukan lain..

Malaysia ada ramai pemain muda yang baik dan ada diantara diorg layak beraksi dengan kelab luar negara. Tetapi disebabkan oleh kurang rasa percaya kebanyakan jurulatih bola sepak negeri dan kelab kat diorg menyebabkan bakat yang ada tidak digilap sepenuhnya. Jika ada ramai pemain muda yang berkualiti dalam kancah bola sepak Malaysia,satu tanda positif untuk menaikkan ranking bola sepak negara ke tahap yang pernah kita capai dulu sebagai gergasi bola sepak Asia.
Pendedahan awal bola sepak perlu untuk kanak-kanak. Sebaik-baiknya masa umur 4-5 tahun. Dengan ada asas yang baik, diorg ni lebih mudah dibentuk untuk jadi pemain yang berkualiti. Inisiatif yang dilakukan oleh TV3 dalam Soccer Kids telah menunjukkan bahawa kita boleh membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap suatu hari nanti. Bakat yang ada pada setiap peserta rancangan soccer kids jangan dipersiakan. Ambil langkah untuk memantau perkembangan diorg dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama teruskan pencarian bakat muda yang baru.
Apa-apa pun tahniah jugak ler buat pasukan Selangor dapat masuk final.( tapi aku dendam lagi kat fans selangor yang baling air lengkong kat aku time final Piala Fa 2005...hehe)

Thursday, June 19, 2008

Tetamu Senja

Tetamu Senja~ A.Samad Said

kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah
kita kepadanya
kita datang ini kosong tangan dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
pada tetamu yang datang dan
kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada
tuhan kepada insan
pada tetamu yang datang dan
lupa jalan pulang
usahlah derhaka pula
pada tuhan kepada insan
bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat
puja pangkat
segera kita insaf kita ini punya kiblat
segera kita ingat kita ini punya tekad
bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke laut biru
ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah
seluruh rasa belas
kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Wednesday, June 18, 2008

coret2 sikit

Bila ada kat ipoh, atau kampung halaman aku, mesti aku terima sms macam ni.."Mat, ada mana??, jom men futsal!" Kalau 3 tahun dulu memang aku gila futsal..tambah pulak team aku dah la kuat..pantang kena cabar sikit, lawan!!! Tak puas hati..bertumbuk!(ni sikap yg tak elok ni..jgn ikut) Tp posisi aku keeper je..memang beruntung la aku cakap. siap dapat gelaran spiderman lagi..paling tidak org sebut "tu la keeper yg terer tu.."(hehe perasan)..kalo jd jaguh kampung satu kampung leh kenal..
tu masa aku minat gila.. tp bila sekarang member2 ajak, jenuh jugak aku pikirkan alasan yang munasabah tak nak main futsal..tgk r mood aku camne. kalau mood aku x bek tp diorg ajak jugak memang aku main2 je kat gol post..bila pihak lawan sepak bola aku tengok je tanpa menepis serta tanpa rasa bersalah..
Ada 4 sebab aku menolak ajakan diorang;

yang pertama:
sayang tangan woo. jari2 aku banyak kali dah bengkak n ada yg dah patah pun. aku pun penah hampir2 putus nyawa mase berlanggar dgn aiman kat pesta bola merdeka asam kumbang. kalau setakat main dgn member2 aku tak sungguh2. diorang je sungguh2 rembat kuat2 kat aku. cilakak lu orang..hehe. tapi kalau dalam competition memang all out la..never surrender.

yang kedua:
aku letih.. dulu mase skolah relax je kerja pn x banyak. tp bila dah masuk poli, macam2 program aku kena libatkan diri. Bebudak lain dah balik aku x balik lagi..busy!!! bila dah sampai umah yg aku ingat nk lepak tgk tv n sampai masa mau tido je. Bebudak futsal ni dah jadi tabiat diorang main futsal kul 11 mlm sampai kul 2 pagi pun ada. Bapak aku berapa kali sound aku.."jgn anakku, tak elok main malam2. engkau ni degillah" lebih kurang camtu le. marah tanda sayang. tp disebabkan perjanjian telah dibuat aku melangkah jua ke medan perang.

yang ketiga:
masalah ekonomi..paham2 la beb. kat dunia ni mana ada benda yang free. main futsal ni banyak jugak keluar duit. nk ke tempat futsal dah satu hal. minyak moto nk kena isi. dah la harga naik rm2.70 seliter. baru2 ni nujum maner lak ramal nk naik rm3.00 seliter..Harga court sejam pn satu hal lagi. kalo setakat kat taiping ni boleh tahan lagi la harga dia tapi kalau kat ipoh rm90 sejam. jenuh. Tu sebab ada games yg jenis lawan kalah-bayar, 20-70..main camni yg aku tak mau. ni kira berjudi la. Aku pun bukannya banyak duit. Makan pun kadang2 tercatu..bila takda duit, aku terpaksa menolak ajakan diorang..kalau org nk belanja aku sanggup turun..

yang keempat:
aku dah bosan jadi keeper..hehe. asal main je aku keeper..korang la pulak keeper..korang sedap je rembat. nasib tak baik, muka aku jadi target..

Bersukan tu baik untuk kesihatan tapi kekadang kita kena tengok juga kemampuan diri. Kena terima la sekarang nak bersukan pun kena keluarkan duit. Nak percuma pergi la mane2 padang yg terbuka n main ape2 saje jenis sukan kat situ tp condition x sebaik yg berbayar. tapi yang penting tubuh badan sihat.