Monday, September 5, 2011

IPV6 Networking

Dah lewat2 malam camni tetibe rajin pulak la nak tahu pasal IPV6 Network..padahal IPV4 pun x khatam lg..masa cuti hari tu xteringat pulak..hadoi apa pun x boleh..
bace le sikit kot2 boleh paham masa training esok..hihi..amek kat wikipedia je pun.

Monday, August 1, 2011

Ranjau Sepanjang Jalan..

Ya Allah..entah kenapa hari ini bermacam2 masalah timbul satu persatu..beratnya ya Allah ujianmu..lemahnya aku..xmampu ku ikhtiarkan lagi cara terbaik selain redha dgn ketentuanMu..ku pohon padamu agar berikanlah aku kekuatan menghadapi saat2 sukar ini..bantulah aku Ya Allah..semoga lorong gelap ini berpenghujung dan sinar kejayaan menyuluhi jalan2 yg bakal aku tempuh..kalaulah aku boleh cepatkan waktu

Monday, May 16, 2011

Opps lupa lagi nak update..

85 kg..inilah berat yang aku capai sepanjang misi 5kg 5minggu..Ahaha sbnrnya tak capai 5 kg..tp 4kg je yg dikurangkan..permulaan yang baik (puji diri sendiri)..

Anggap je la tu fasa yg pertama dalam aku nak kurangkan berat badan...hodohkah berbadan gempal? gemok? buncit? TIDAK..sebenarnya anda kelihatan comel gitu..
ramaikan orang suka..boleh buat bantal peluk diorang..terasa empuk kan..ahaha..



Tapi aku nak dapatkan berat badan yg ideal jugak sbb aku rasa aku lebih smart nanti..seluaq2 lama pun boleh pakai balik..ahaks.. aku solid keding habaq hang dulu2 tapi dalam masa setahun boleh hilang segalanya..hehe ape cer sampai leh sihat macam bro Afdlin Shauki ni..hehe.. Ntah la..tp yang ku tau lepas abes praktikal dah mula naik (2009)..masa tu dalam 74kg...huyoo tapi masih nampak mcm sazali samad lagi (cuma xketol2 je)..sebelum nak dapat keja (2010) kena pi medical check-up..pakai penimbang doktor jadi pulak 84kg..tahun ni dalam bulan April jadi pulak 89kg..lagi nak tunggu ka? nak pecah rekod masnusia terberat di dunia pun boleh kalau dibiar..hehe bangga la Malaysia ada anak Malaysia lagi sorang yg tercatat nama dalam Guinness World Record...zassss tak mau2..

Tu pasal la aku dok cari idea, pendapat, nasihat dari kawan aku si ejoy (sususejat.com) n Kevin Zahari (kevinzahri.com). Kata diorang biar turun sikit2 amek masa lama sikit daripada turun mendadak.

Tadi aku habaq aku tak tau apa sebabkan aku jadi gemok semacam..la ni aku dah ingat..sebenarnya hidup aku 2 tahun lepas tak penuh dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh sebaldi tetiap hari..sem 5 dgn sem 6 asyik sibuk dgn mesyuarat Persatuan la, program untuk budak2 la..balik umah main game farmville sampai ke pagi..kalo sempat pun bersukan pun seminggu satu or dua kali Futsal..aku ni pun main keeper je xde lah byk sgt kalori yg terbakar..(eceh kalori la pulak)..

Hehe banyak pulak la celoteh hari ni..Ok la nak stop jap..nak pi keluarkan peluh..



Sunday, April 24, 2011

Misi 5 minggu- Hari ke-20

Apa perkembangan misi 5 minggu aku ni???..Hari ni dah masuk hari yang ke-21 bersamaan pada tarikh 24 April 2011. Kalau sebelum ni pada hari ke-10 berat badan yang dicatatkan ialah 87.5 kg..selepas 10 hari kemudian iaitu semalam (hari ke-20) , tau x berapa??? lebih kurang 86 kg..caye x? jgn percaya lg..hehe

Sebenarnya pada hari ke-18 aku dah timbang..berat 87 kg..ahaks x menepati jadual (geram2)..sepatutnya dalam lingkungan 86.52 kg..(mgu ni aku byk mkn goreng2..air pun manis2 je..haha) Tapi mungkin disebabkan malam ke-19 aku main badminton 2 jam dgn budak2 Haji Hanafi RTM, aku dah hilang byk kalori kot. Minuman greenfit yg aku beli pun membantu gak untuk selesaikan masalah ketidaktentuan usus gua untuk melakukan pergerakan keluar bhn kumbahan so takde la berat taik..haha.kalau nak beli tanya kawan aku la si Adda (klik nama dia).

Tu pasal la timbang kat IKEA (pehal lak IKEA kan?) semalam nampak 86 kg. Lepas ni mmg kena cari yg elektronik punya penimbang..asyik main agak2 je x best la kan.

Sekarang ade masa lebih kurang 15 hari lagi untuk turunkan lagi 2 kg..tapi rase2 macam boleh lebih sikit..aku up target lg 1kg la cmni..jadi 3 kg dlm masa 15 hari.. Kalau Kevin Zahri dengar ni memang dia syok punya..ahaks.

Kevin Zahri follow-up aku kot..korang ade?



Thursday, April 14, 2011

Misi 5 Minggu

Selepas 10 hari
















Hehe ape yang korang tgk kat atas ialah planning aku utk turunkan berat badan..Alhamdulillah, kalo diperhatikan dalam jadual tersebut aku berjaya follow kaedah yang disarankan iaitu mengawal pengambilan kalori dan melakukan senaman untuk menghasilkan kalori defisit.

Pada hari pertama misi aku, berat badan adalah 89kg. Selepas 10 hari, jarum alat penimbang yang sama menunjukkan pada nilai 87.5kg. Jadi kesimpulannya dalam 10 hari aku dah berjaya mengurangkan sebanyak 1.5 kg. Nilai tu hampir sepadan dgn apa yang dikirakan dalam jadual dimana selepas 10 hari jisim aku dijangka berada pada 87.70 kg. Sebab aku timbang pakai penimbang biasa so lbh kurang laaa kan.

Hasil dah nampak..jadikan aku kena konsisten untuk capai penurunan 5kg dlm 35 hari..kita tunggu dan lihat.

*Post ni dah pernah post kat page stand-alone..ni aku post blk kat sini*