Wednesday, March 18, 2009
First time
Monday, March 9, 2009
TEMUDUGA
Petang Jumaat kelmarin, aku ada temuduga latihan industri. Huuu…tak senang betul aku hari tu. Dalam kepala aku asyik fikir apa la soalan yang nak ditanya oleh pensyarah tu nanti? Baju yang mana aku nak pakai? Paling penting muka dicuci bersih (wajib ni) supaya berseri di depan mata pensyarah(bukan nak mengorat). Tapi dalam aku nak jaga penampilan ada juga yang terlepas pandang. Misaiku tak dicukur. Baru stylo ye dak??Susah juga nak temuduga ek..
Petang Jumaat tu seperti yang telah ditetapkan aku, syafiq dan epoi. (rakan sepelatih di Leong's Electrical) ke Politeknik Ungku Omar yang tercinta untuk ditemuduga. Rakan sepelatih perempuan lebih awal ditemuduga.(Apalah yang korang gebang dengan pensyarah tu?) Heh..walaupun aku dah bersedia tapi perasan gementar tetap ada. Kenapa ye? Ketar lutut sikit2 je.. Sebelum masuk ke bilik aku berdoa agar dikuatkan semangat dan tak tergagap masa menjawab segala soalan yang bakal diutarakan. (malu woo kalau gagap). Si penemuduga (pensyarah) berwajah manis hari tu dan sedikit sebanyak membantu aku membina keyakinan diri. Seperti yang aku jangka penyarah tanya apa peranan aku di organisasi? Kerja apa yang aku lakukan? Ok ke tak ok? Kena terangkan serba sedikit tentang pendawaian yang dilakukan..bahan2 yang digunakan.. Sesuai atau tak tempat kerja itu untuk menjalani latihan industri?
Proses temuduga ni berlangsung lebih kurang selama 30 minit. Alhamdulillah selesai dengan jayanya. Terpulanglah kepada pensyarah yang menilai untuk memberi markah. Yang penting seksa aku ini dah lepas..
Hurm..baru lepas satu seksa. Selepas habis belajar ni, mungkin banyak lagi temuduga yang perlu aku lalui untuk mencari kerja. Dan juga perlu diambil perhatian ,temuduga dengan keluarga bakal isteri…hehe.(lambat lagi).
Tapi suatu hari kita semua pasti akan menghadapi temuduga yang paling mendebarkan, penemuduganya bukanlah sebarangan. Malaikat Munkar dan Nakir. Soalan-soalan pun telah kita ketahui.
Siapa tuhan kamu?
Apa agama kamu?
Siapa imam kamu?
Apa kiblat kamu?
Siapa saudara kamu?
Boleh atau tidak soalan2 diatas dijawab, bergantung kepada iman dan amal soleh sepanjang kita hidup..renungkan dan imbaslah kembali…
Alangkah baik jika kita saling ingat mengingatkan sesama kita, andai ada yang lalai tolong tegur2kan.
Allah sayang kepada orang yang bertaubat,
Allah paling sayang kepada orang muda yang bertaubat,
Allah benci pada orang yang fasik,
Allah paling benci pada orang tua yang fasik,
Wednesday, February 18, 2009
Istilah-istilah Dalam Kabel
Pengalir yang dikelilingi oleh penebat yang tidak memberi perlindungan mekanikal atau sebarang perlindungan lain.
Lembar (strand)
Merupakan bilangan pengalir yang ada di dalam teras. Kebanyakan pengalir dilembar sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91 dan 197. Tujuan pelembaran dibuat ialah supaya kabel mudah untuk dilenturkan semasa membuat kerja-kerja pendawaian.
Sarung Kabel
Merupakan lapisan kedua pembalut pengalir. Fungsinya ialah untuk melindungi pengalir dan penebat daripada kerosakan mekanikal semasa proses pemasangan. Sarung kabel boleh dibuat daripada penebat atau logam seperti plumbum, kuprum, aluminium dan sebagainya. Fungsi utamanya sebagai pelindung mekanik dan pelindung kimia. Walaupun perlindungan tidak begitu kukuh tetapi memadai untuk melindungi kabel yang dipasang pada tempat yang tidak terlalu bahaya mekanik dan kimianya.
Luas Keratan Rentas
Merujuk kepada jumlah luas keratan rentas setiap lembar pengalir.
Kadaran voltan
Kadar ketahanan kabel dari segi penebatnya apabila sesuatu voltan dikenakan. Contoh 600/1000 V bermakna 600 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan bumi manakala 1000 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan pengalir.
Kadaran Arus
Kadaran arus maksimum yang mampu dibawa oleh kabel tanpa memanaskan pengalir atau
merosakkan penebatnya. Kemampuan ini bergantung sepenuhnya pada jenis pengalir dan luas keratan rentas itu. Faktor kadaran yang merangkumi jenis sarung, kelas pelindung arus lebih, suhu ambient dan sebagainya, juga boleh mempengaruhi nilai kadaran arus sesuatu kabel.
Sunday, February 15, 2009
kelam kabut!!!!!
JPP pun banyak projek nak kena jalankan...satu persatu memeningkan kepala!!!
semput betul la semester ni... tolong!!!!!!
Saturday, February 7, 2009
Sistem Pendawaian Tersembunyi
Pendawaian tersembunyi ( conceal wiring) selalunya dilakukan ketika bangunan sedang dibina. Dalam sistem ini, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Cuba kita lihat di dalam rumah kita sendiri. Kita nampak ada kotak soket dan kotak suis dekat dinding rumah (rumah batu). Begitu juga lampu dan kipas dekat siling tapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan silingkan.. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama.
Kabel-kabel yang digunakan adalah sama dengan kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian permukaan.
Peralatan yang digunakan dalam Pemasangan Sistem Pendawaian Tersembunyi.
i. Pemotong kabel.
ii. Tukul.
iii. Pahat.
iv. Mesin Grinder.
v. Hand Drill 3 in 1 atau Hacker.
Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Tersembunyi.
i. Bekalan voltan 1 fasa.
ii. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen.
iii. Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik.
iv. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
v. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak.
vi. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
vii. Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.
Kaedah Pemasangan.
Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin ‘grinder’ dan dibuang atau dipecahkan dengan menggunakan hacker atau tukul dan pahat. Sebatang konduit dimasukkan ke dalam lurah yang dibuat dan ditahan dengan menggunakan sebatang paku yang merintangi konduit tersebut supaya tidak terkeluar. Tujuan konduit dimasukkan adalah untuk memberi lebih perlindungan kepada kabel. Bahagian alur tersebut akan disimen semula. Setelah simen mengeras, barulah kabel boleh dimasukkan. Jenis kabel yang digunakan ialah dari jenis bersalut PVC.
Kebaikan dan Keburukan Sistem Pendawaian Tersembunyi.
Kebaikan.
i. Kos pemasangan murah.
ii. Kaedah ini kemas dan cantik.
iii. Tidak menghadapi bahaya mekanikal dan tahan perubahan cuaca.
Keburukan.
i. Susah untuk menentukan punca kerosakan.
ii. Risiko menghadapi bahaya semasa memaku di tempat yang ada pendawaian tersembunyi.