Saturday, February 7, 2009

Sistem Pendawaian Tersembunyi

Sistem Pendawaian Tersembunyi.

Pendawaian tersembunyi ( conceal wiring) selalunya dilakukan ketika bangunan sedang dibina. Dalam sistem ini, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Cuba kita lihat di dalam rumah kita sendiri. Kita nampak ada kotak soket dan kotak suis dekat dinding rumah (rumah batu). Begitu juga lampu dan kipas dekat siling tapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan silingkan.. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama.

Kabel-kabel yang digunakan adalah sama dengan kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian permukaan.



Peralatan yang digunakan dalam Pemasangan Sistem Pendawaian Tersembunyi.

i. Pemotong kabel.
ii. Tukul.
iii. Pahat.
iv. Mesin Grinder.
v. Hand Drill 3 in 1 atau Hacker.

Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Tersembunyi.

i. Bekalan voltan 1 fasa.
ii. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen.
iii. Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik.
iv. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
v. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak.
vi. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
vii. Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.



Kaedah Pemasangan.

Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin ‘grinder’ dan dibuang atau dipecahkan dengan menggunakan hacker atau tukul dan pahat. Sebatang konduit dimasukkan ke dalam lurah yang dibuat dan ditahan dengan menggunakan sebatang paku yang merintangi konduit tersebut supaya tidak terkeluar. Tujuan konduit dimasukkan adalah untuk memberi lebih perlindungan kepada kabel. Bahagian alur tersebut akan disimen semula. Setelah simen mengeras, barulah kabel boleh dimasukkan. Jenis kabel yang digunakan ialah dari jenis bersalut PVC.

Contoh sistem pendawaian tersembunyi yang dibuat pada peringkat awal pembinaan bangunan.



Kebaikan dan Keburukan Sistem Pendawaian Tersembunyi.

Kebaikan.
i. Kos pemasangan murah.
ii. Kaedah ini kemas dan cantik.
iii. Tidak menghadapi bahaya mekanikal dan tahan perubahan cuaca.

Keburukan.
i. Susah untuk menentukan punca kerosakan.
ii. Risiko menghadapi bahaya semasa memaku di tempat yang ada pendawaian tersembunyi.


5 comments:

Anonymous said...

peraturan IEE sistem ptersembunyi takde ker...kn penting tu...

Ahmad said...

ade rasenye..nnt sy cari n masukkn dlm post ni.

Anonymous said...

berguna maklumat d atas..leh membantu org wat buku log :DD

Unknown said...

Mknonyo hacker 2 sjnis prlate lar,kow?pah law hacking gpow plok?

Unknown said...

mcm mane nk hack computer? hehe