Selesai sudah Majlis Konvokesyen Politeknik Ungku Omar ke-38 yang berlangsung selama 5 hari dari 13 April hingga 17 April 2009. Sepanjang hari tersebut, JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) berperanan untuk membantu pihak pentadbiran sewaktu konvokesyen berlangsung. Aku cuma bertugas untuk hari pertama konvokesyen je (marah diorang dgn aku...hehe..sape suruh tak cakap kena tugas hari2.) Smart aku hari tu.. mcm pensyarah lak.
Seperti biasa banyak gerai jualan yang dibuka sepanjang konvo berlangsung. Banyak kelab2 PUO yang mengambil peluang ini untuk mencari duit untuk mengisi tabung persatuan mereka. Celcom dan Digi pun berebut cari customer dengan pelbagai tawaran yang menarik tapi aku rasa Celcom yang menang. Maxis xda langsung. Ditambah pula gerai cenderahati yang berwarna-warni serta pelbagai lagi gerai yang menawarkan harga yang menarik untuk produk jualan mereka. Memang meriah la 5 hari tu.
Tapi ada satu je yang tak kena, gerai Kamsis ja terletak di perkarangan Masjid Sultan Azlan Shah..dengar kata permohonan gerai mereka ditolak. Aik?? setahu aku yang uruskan gerai ni Puan Hasnah, Pengetua Kamsis PUO sendiri. Takkan beliau tak bantu? "Ada ulat dalam durian ni".
Sempena sambutan yang ke-40 penubuhan PUO, pesta konvo kali ini menampilkan kelainan kerana acara berterusan hingga malam. Antara aktiviti untuk malam2 tersebut ialah makan malam alumni PUO, persembahan artis jemputan seperti Lan Meet Uncle Hussain, Andy Flop Poppy, dan Eda Akademi Nasyid( yang hadir cuma Eda saja..Eda!Eda!Eda!). Lain-lain acara seperti pertandingan karaoke lagu evergreen dan klasik melayu 60an dan 70 an, talent-nite dan persembahan nasyid dari PSAS,PUO dan bekas pelajar PUO pada malam terakhir.
Acara sambutan yang diadakan pada waktu malam turut dipertikaikan oleh beberapa persatuan dalam PUO . Kariah Masjid S.A.S dan penduduk sekitar Taman Cempaka turut membantah (tapi takda la sampai berhimpun depan PUO) kerana pengisiannya yang berbentuk hiburan selain kedudukan pentas yang berhampiran dengan masjid. Mereka bimbangkan berlakunya aktiviti tidak sihat seperti pergaulan bebas kerana tiada sempadan yang dihadkan antara penonton lelaki dan wanita serta menganggap hiburan seperti ini melalaikan. Syukur ada insan yang mengingatkan.
Bagi aku, berhibur tidak salah tetapi mesti menurut batas-batas yang ditetapkan. Selagi tiada percampuran lelaki perempuan, lirik2 lucah dan kurang sopan, pakaian yang terdedah sana sini, muzik yang menggangu penduduk sekeliling, aku rasa tiada masalah untuk menganjurkan konsert atau pertandingan karaoke di PUO. Tapi adalah lebih baik ditumpukan kepada pembinaan akhlak siswa siswi yang makin terhakis (bukan semua ya).
Seperti biasa, tempias pastinya akan kena kepada JPP (aku kurang selesa) tapi yang merancang semua ini adalah Kelab Kebudayaan dan Kesenian PUO. Cuma ada satu yang aku kesalkan, baru-baru ini sewaktu solat jumaat di M.S.A.S tersebar surat layang (tetapi terhad) yang menghentam Pengarah PUO akibat penganjuran acara hiburan tersebut. Aku sendiri tak membaca lagi isi kandungan keseluruhannya. Seandainya tidak suka kepada beliau, bersemuka dan katakan kepada beliau secara berhadapan atau hantar memorandum bantahan. Keburukannya disini, semua akan saling tuduh menuduh. Kita tidak tahu motif sebenar si penulis sama ada untuk menjatuhkan Pengarah atau pun surat itu sengaja direka oleh pihak tertentu seolah-olah surat ini ditulis oleh persatuan yang tidak sebulu dengan Pengarah. Aku telah bertanya dengan pemimpin persatuan tersebut dan menafikan surat layang itu dari mereka malah tidak mengetahui kewujudan surat layang tersebut. Allah sahaja yang tahu. Surat yang tidak bertanda tangan ini sewajarnya tidak dilayan.
Dari apa yang berlaku, pihak pentadbiran perlu lebih peka dengan sensitiviti orang ramai dan mahasiswa sendiri. Semoga penganjuran Konvokesyen yang akan datang lebih sempurna dan mencapai kehendak Visi dan Misi Politeknik Ungku Omar itu sendiri.
Sunday, April 19, 2009
Sunday, April 12, 2009
Ada??? Tiada????
Hari ini (JUMAAT) memang 'langkah kiri' nampaknya..
ku pandang bawah, tiada.. ku jenguk dalam rumah, tiada..jenguk pulak bawah motor, tiada juga..ku garu kepala..mane kasut kulit hitam aku???
Aii..dah lambat ni..kang tak pasal2 kena baca doa qunut kat dalam kelas..ahhh..takpa la, kasut sport baru aku kan ada..lembap sikit je pasal kena ujan kat Teluk Batik..leh pakai..
Jenguk lagi kat rak kasut..Aik????
Tingkat satu..tiada..
Tingkat dua..pun tiada..
Tingkat tiga..Alamak dah takda la...
Waaarghhh...kasut baru aku!!!!!!!!!
sah KENA KEBAS..
Kasut kulit hitam?
sama je nasibnya..
Sunday, March 29, 2009
Panduan Bagi Orang Yang Diuji
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya
HuraianPengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Saturday, March 28, 2009
Sistem Pendawaian Sesalur
Sistem Pendawaian Sesalur.
Penambahan jumlah kabel yang meningkat dengan pertambahan saiz dan kompleksiti sesuatu bangunan dan pemasangan elektrikalnya, penggunaan konduit tidak lagi sesuai. Untuk menyelesaikan masalah ini, sesalur digunakan.
Sesalur merupakan alat penghantar atau pembawa utama yang bertugas membawa kabel-kabel dari peringkat kawalan utama ke kawasan keperluan bekalan. Ia boleh didapati dalam bentuk logam dan plastik. Rupa bentuknya adalah segi empat tepat dan terdapat dalam pelbagai saiz. Antara saiz sesalur yang sering digunakan ialah:
1. 2” x 1”
2. 2” x 2”
3. 2” x 3”
4. 3” x 3”
5. 3” x 4”
6. 4” x 4”
7. 4” x 5”
Sesalur terdapat dalam 4 warna yang setiap satunya adalah untuk mewakili kerja berbeza. Warna oren adalah untuk kerja pendawaian elektrik. Warna putih adalah untuk kabel antenna televisyen. Warna hijau adalah untuk kabel talian telefon dan warna merah untuk sistem ‘fire fighting’.
Sesalur atau ‘trunking’ sering digunakan di dalam bangunan yang bersaiz besar seperti kilang, pejabat, dan sekolah. Terdapat 3 jenis sistem sesalur iaitu:
i. Sistem palang bas sesalur atas.
ii. Sistem palang bas sesalur memanjat.
iii. Sistem sesalur bucu dinding.
Ciri-ciri pemilihan Pendawaian Sesalur
1. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
2. Bangunan besar dan bertingkat.
3. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.
4. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
5. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
6. Memerlukan lebih keselamatan ke atas kabel pengguna.
Peralatan yang digunakan dalam pemasangan sesalur.
Gergaji besi - untuk memotong sesalur.
Mesin 'jig saw' – untuk memotong sesalur.
Pemotong sesalur – untuk memotong sesalur.
Sesiku L – digunakan untuk membuat ukuran dalam kerja pembengkokkan sesalur.
‘Water level’ – digunakan untuk membuat pemasangan sesalur yang kemas.
Playar – digunakan untuk memegang nut sewaktu memasang skru.
Tukul – untuk memasukkan ‘wall plug’.
Pemutar skru – memasang skru.
Kebaikan dan Keburukan Sistem Sesalur.
Kebaikan.
i. Boleh menampung bilangan kabel yang banyak dan besar.
ii. Memberi perlindungan mekanikal yang baik.
iii. Tahan lama kerana tidak mudah rosak akibat daripada perubahan cuaca dan suhu.
iv. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar boleh dilakukan pada masa akan datang.
Keburukan.
i. Memerlukan kos yang tinggi dalam pemasangannya.
ii. Memerlukan ruang yang besar untuk memasangnya.
iii. Memerlukan pekerja mahir dalam membentuk sesalur.
Peraturan IEE Mengenai Sistem Pendawaian Sesalur.

Cara pemasangan sesalur.
1. Sebelum sesuatu sesalur dijalankan, penyokong atau ‘bracket’ perlu dipasang terlebih dahulu. Terdapat dua jenis bracket yang dipasang iaitu ‘wall bracket’ yang dipasang pada dinding dan bracket siling yang dipasang pada siling. Ukuran perlu dilakukan terlebih dahulu pada tempat awal pemasangan bracket. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan sebelah tangan lagi letakkan water level ditepi batang ‘bracket’ untuk memastikan ‘bracket’ tegak. Tandakan lubang untuk diskru dan sedikit garisan lurusditepi ‘bracket’ sebagai panduan. Gunakan ‘hand drill’ untuk menebuk lubang. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan pastikan lubang pada bracket selari dengan lubang yang ditebuk. Masukkan ‘wall plug’ pada lubang dan gunakan tukul untuk mengetuknya masuk.
2. Kemudian, pengikat berwarna kuprum dipasang pada salah satu hujung setiap sesalur yang hendak dipasang dengan menggunakan playar dan pemutar skru. Semua sesalur tersebut akan diletakkan di atas bracket yang telah disediakan dan sebuah kotak penyambung diletakkan diantara 2 hujung sesalur yang hendak disambung. Lubang kotak tersebut hendaklah selari dengan lubang pada sesalur. Pengikat berwarna kuprum akan diskru bersama kotak penyambung tersebut.
3. Sekiranya ada halangan kaedah lipatan digunakan sama ada lipatan 90º atau 45º. Lipatannya juga terdiri daripada lipatan dalam, lipatan luar, dan lipatan tepi. Lipatan sebegini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemotong sesalur, gergaji besi atau mesin ‘jig saw’ dan sesiku L digunakan untuk membuat lipatan ini. Setiap kali pemotongan perlu dikikir bahagian tersebut.
4. Setelah semua sesalur disambung, barulah sesalur tadi diikat pada ‘bracket’.
‘Hand Drill’ digunakan untuk menebuk lubang pada sesalur melalui lubang yang ada pada bracket. Kemudian masukkan skru dan nut pada lubang tersebut dan ketatkannya dengan menggunakan playar dan pemutar skru.1. Sebelum sesuatu sesalur dijalankan, penyokong atau ‘bracket’ perlu dipasang terlebih dahulu. Terdapat dua jenis bracket yang dipasang iaitu ‘wall bracket’ yang dipasang pada dinding dan bracket siling yang dipasang pada siling. Ukuran perlu dilakukan terlebih dahulu pada tempat awal pemasangan bracket. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan sebelah tangan lagi letakkan water level ditepi batang ‘bracket’ untuk memastikan ‘bracket’ tegak. Tandakan lubang untuk diskru dan sedikit garisan lurusditepi ‘bracket’ sebagai panduan. Gunakan ‘hand drill’ untuk menebuk lubang. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan pastikan lubang pada bracket selari dengan lubang yang ditebuk. Masukkan ‘wall plug’ pada lubang dan gunakan tukul untuk mengetuknya masuk.
2. Kemudian, pengikat berwarna kuprum dipasang pada salah satu hujung setiap sesalur yang hendak dipasang dengan menggunakan playar dan pemutar skru. Semua sesalur tersebut akan diletakkan di atas bracket yang telah disediakan dan sebuah kotak penyambung diletakkan diantara 2 hujung sesalur yang hendak disambung. Lubang kotak tersebut hendaklah selari dengan lubang pada sesalur. Pengikat berwarna kuprum akan diskru bersama kotak penyambung tersebut.
3. Sekiranya ada halangan kaedah lipatan digunakan sama ada lipatan 90º atau 45º. Lipatannya juga terdiri daripada lipatan dalam, lipatan luar, dan lipatan tepi. Lipatan sebegini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemotong sesalur, gergaji besi atau mesin ‘jig saw’ dan sesiku L digunakan untuk membuat lipatan ini. Setiap kali pemotongan perlu dikikir bahagian tersebut.
4. Setelah semua sesalur disambung, barulah sesalur tadi diikat pada ‘bracket’.
Kebaikan dan Keburukan Sistem Sesalur.
Kebaikan.
i. Boleh menampung bilangan kabel yang banyak dan besar.
ii. Memberi perlindungan mekanikal yang baik.
iii. Tahan lama kerana tidak mudah rosak akibat daripada perubahan cuaca dan suhu.
iv. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar boleh dilakukan pada masa akan datang.
Keburukan.
i. Memerlukan kos yang tinggi dalam pemasangannya.
ii. Memerlukan ruang yang besar untuk memasangnya.
iii. Memerlukan pekerja mahir dalam membentuk sesalur.
Peraturan IEE Mengenai Sistem Pendawaian Sesalur.
- Semua sesalur mesti siap dipasang sebelum kabel-kabel dimasukkan ke dalamnya.
- Sesalur mesti diperbuat daripada logam atau bahan-bahan lain yang tidak mudah terbakar.
- Faktor ruang bagi sesalur bagi sesalur ialah 45%.
- Sesalur mestilah dicat untuk mengelakkan dari kekaratan.
- Bahagian-bahagian sesalur yang dipotong mestilah dikikir supaya tidak melukakan kabel-kabel yang diisikankan ke dalamnya.
- Setiap lubang skru hendaklah disekat dengan batang kayu supaya kabel tidak terkeluar sebelum sesalur ditutup.
- Tiap-tiap tempat sambungan pada sesalur mesti disertakan ‘Continuity Earth” selain daripada itu “Copper Bar” mesti juga diadakan disepanjang sesalur.
- Sekiranya terdapat sambungan antara sesalur dan konduit, maka pembumian mesti dibuat antara sesalur dan konduit itu.
- Apabila sesalur ditamatkan pada kotak agihan, pembumian mesti dibuat antara kedua-dua alat tersebut.
Friday, March 20, 2009
Ketemu lagi kita Pangkor...
Hari ini aku akan ke Pulau Pangkor..ade program kat sana. Semoga mendapat kembali kekuatan diri yang makin lenyap..
Doakan ku selamat pergi dan pulang..
Subscribe to:
Posts (Atom)