Sunday, November 9, 2008

Minggu Ni Penuh Kehairanan!!

Hairan..hairan..hairan..
Minggu ni aku selalu datang kerja lewat..tak kena marah dengan Ah Chong..hairan..
Lepas rehat pun lewat masuk, tak kena marah jugak..hairan..
Aku kerja dengan Ah Hwa yang garang macam singa minggu ni..tapi perwatakan dia berubah btol, dia nk suruh aku buat kerja pun cakap elok2 je..takde le mcm selalu sikit2 tengking sampai nak pecah gegendang telinga orang yg keja dgn dia.. hairan but i feel good..
Ah Kit pun sama jugak..Ah Hoi wa punya sifu pun tak marah bila aku tak serius wat kerja..
ini yang menjadi persoalan..bukan aku saja yang perasan, budak2 praktikal pun jelas melihat zon selesa yang menimpa diri aku..dan mereka agak jeles..haha
Kenapa hah suma orang baik dengan aku minggu ni???
Nak kata aku jadi kaya...jauh panggang dari api.(moto rosak pun x mampu nak baiki)
Aku dah jadi hensem?? Well aku kan mmg hensem drpd Barrack Obama..tapi warna kulit hampir sama..hehe. tak munasabah..
Ke sebab aku kenal geng2 konsultan (bos agak takut dgn diorang)..knal pun sebab slalu men futsal dgn diorang..
atau diorang dah tau masalah aku heh??
tak kisah la apa sebabnya..yang aku tau tak lama lagi praktikal dah nak abis..sebulan lebih je lagi..
elok jugak diorang baik dengan aku..takde le aku dok merepek,mengumpat diorang kat site..(byk dosa dah tu)
mungkin minggu ni Allah bagi mudah urusan aku..mana la tau minggu depan diuji pulak kesabaran & keimanan aku..

Tuesday, November 4, 2008

Apa Cerita Pasukan Bola Sepak Perak???

Dalam surat2 khabar aku tak nampak pun sebarang berita mengenai pasukan Perak..Pasukan lain dah sibuk menunjuk-nunjuk pemain star yang dapat depa pancing.. mungkin aku terlepas pandang kot. Tapi banyak pulak berita mengenai perpindahan pemain2 regular Perak ke pasukan lain.

Ke Selangor
K.Nanthakumar(panjang)
Hamsani Ahmad(Botek)
Nasril Nordin

Ke Kelantan (kalau x silap aku la)
Khalid Jamlus

Ada lagi... Fakri, Hardi Jaafar, Danial Fadzly dan beberapa orang lagi pun keluar jugak.

Kapten (A.A) dengar kabar nak bersara..betoi ke??

Habis tu..sape je yang tinggal kat team Perak?

sape pulak star player yang masuk team Perak?

Kena harap kat bebudak team Piala Presiden lak jawapnye..manalah tau kan deme ni berbakat besar tapi dikecikkan oleh Steve Darby..

Err..takde ke ura2 Steve Darby nak blah?

Posisi keeper ade kosong x?hehe..

MAT: Jangan JOMA stop tajaan sudah....pakai cap Arora la(jersi dengan team Dakikuyen)

Sunday, October 26, 2008

Pasukan Malaysia Gagal Pertahankan Kejuaraan

Agak tragik keputusan perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka yang menemukan pasukan MALAYSIA dengan Vietnam malam semalam. Biarpun Malaysia menampilkan aksi menyerang bertubi-tubi ke pintu gol lawan namun dengan kekentalan kubu pertahanan Vietnam yang sentiasa berkampung dikawasan pintu gol mereka menyebabkan pemain Malaysia menjadi buntu untuk mencipta gol. Hadoi, tak senang duduk aku kat depan TV td.

Perlawanan tadi kelihatan lebih dikuasai Malaysia tapi dengan Vietnam bijak membuat strategi sehingga memaksa perlawanan diseret ke penentuan melalui sepakan penalti. Geram jugak aku tengok pemain Vietnam yang suka-suka melengah-lengahkan masa dengan melakonkan pelbagai aksi orang sakit ditengah padang..Asal sentuh kuat sikit, tergolek..mengadu sakit...
Tapi itu la strategi Vietnam, tak perlu main cantik tapi jadi Juara jugak.

Apa-apa pun pemain Malaysia telah beri persembahan terbaik yang bagi aku cukup membanggakan sepanjang perlawanan. Penjaga gol, Helmi Eliza banyak makan angin je kat pintu gol. Pertahanan memang bagus. Aku suka Daudso yang banyak jugak buat overlapping td. Irwan pun masih kental lagi walaupun lama tak main kebangsaan. Bahagian tengah dan penyerang pun ok cuma kena lebih kreatif nak dapatkan gol.. Memang nasib tak baik dapat lawan jenis macam tu..

Bola sepak Malaysia boleh maju lagi..sampai bila2 pun aku sokong hangpa tak kira la duduk ranking ke berapa pun..Aku tabik kat penyokong2 Malaysia yang pergi ke stadium Nasional Bukit Jalil td.

Saturday, October 25, 2008

Melodi Cinta Lama

Monday, October 20, 2008

Waspada Pelaburan Anda

BNM serbu 4 syarikat
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD.SAHAK dan TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
"Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram," jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,'' jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM dihttp://www.bnm.gov.my