Wednesday, June 10, 2009

Ke mana aku cuti ni?

Hari ni family aku nak pergi bercuti di Kelantan. Masuk ni dah 3 kali aku terlepas peluang ke sana. Kalau bukan kerana Eksplorasi Sg. Perak yang aku sertai pada 12 hb ni dah tentu aku ikut sekali. Dah lama aku tak jejak kaki ke Kelantan. Aku pun tak tahu sebab apa yang tertarik sangat nak ke sana padahal banyak tempat kat Malaysia yang aku tak jejak kaki lagi macam Johor, Melaka, Pahang, N9, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Sedang mereka bersiap untuk ke bercuti, aku pun kena bersiap juga untuk bergerak ke Ipoh pada petang ini. Eksplorasi mulanya hari Jumaat ni tapi diminta lapor diri awal di PUO untuk bantu pengurusan buat persiapan. Pukul 11 pagi esok dah kena ada kat sana. Ingat nak pinjam kereta mak je tapi aku balik dari eksplorasi hari Selasa, karang susah pula mak aku nak pergi kerja. Motor EX5 tu juga la yang aku kena tunggang ke Ipoh nanti (susah senang hidup aku dengan motor ni la). Aku sekarang kerap mengantuk masa bawak motor kadang2 sampai termasuk lorong laju kat highway. Itu yang buat aku malas nak bawak motor. Memang bahaya..heee

Berkenaan dengan Eksplorasi ni antara tentatif yang aku dapat tahu semua peserta (terdiri daripada pemimpin pelajar politeknik seluruh Malaysia) akan mula mendaftar di PUO pada 12hb Jun 2009 dan menginap di Kamsis PUO. Keesokkannya bergerak ke Kuala Kangsar dan diberi taklimat tentang persiapan berakit disitu dan seterusnya membuat rakit. Pada 14hb barulah semua peserta akan berakit di Sg. Perak dan akan singgah dibeberapa tempat untuk berehat sebelum tiba ke destinasi di Bota. Ketika di Bota peserta akan dibawa melawat ke Pusat Pemuliharaan Tuntung.

Kebanyakan peserta merupakan peserta dari High Performance Leadership Camp yang diadakan di Pendang Lake Resort baru-baru ini. Pasti ada yang tak sabar2 untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekumpulan dari kem kepimpinan yang lalu. Aku masih ingat lagi nama ahli-ahli kumpulan aku ,platun 18 yang diketuai Amar, Hapis, Ihsan, Thawisap, Nana, Nadia, Liesa, Aimi, Seha, Fyn, dan Farkhan. Harap dapat jumpa korang lagi di Eksplorasi ni.