Sunday, April 19, 2009

Disebalik Konvo..

Selesai sudah Majlis Konvokesyen Politeknik Ungku Omar ke-38 yang berlangsung selama 5 hari dari 13 April hingga 17 April 2009. Sepanjang hari tersebut, JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) berperanan untuk membantu pihak pentadbiran sewaktu konvokesyen berlangsung. Aku cuma bertugas untuk hari pertama konvokesyen je (marah diorang dgn aku...hehe..sape suruh tak cakap kena tugas hari2.) Smart aku hari tu.. mcm pensyarah lak.

Seperti biasa banyak gerai jualan yang dibuka sepanjang konvo berlangsung. Banyak kelab2 PUO yang mengambil peluang ini untuk mencari duit untuk mengisi tabung persatuan mereka. Celcom dan Digi pun berebut cari customer dengan pelbagai tawaran yang menarik tapi aku rasa Celcom yang menang. Maxis xda langsung. Ditambah pula gerai cenderahati yang berwarna-warni serta pelbagai lagi gerai yang menawarkan harga yang menarik untuk produk jualan mereka. Memang meriah la 5 hari tu.

Tapi ada satu je yang tak kena, gerai Kamsis ja terletak di perkarangan Masjid Sultan Azlan Shah..dengar kata permohonan gerai mereka ditolak. Aik?? setahu aku yang uruskan gerai ni Puan Hasnah, Pengetua Kamsis PUO sendiri. Takkan beliau tak bantu? "Ada ulat dalam durian ni".

Sempena sambutan yang ke-40 penubuhan PUO, pesta konvo kali ini menampilkan kelainan kerana acara berterusan hingga malam. Antara aktiviti untuk malam2 tersebut ialah makan malam alumni PUO, persembahan artis jemputan seperti Lan Meet Uncle Hussain, Andy Flop Poppy, dan Eda Akademi Nasyid( yang hadir cuma Eda saja..Eda!Eda!Eda!). Lain-lain acara seperti pertandingan karaoke lagu evergreen dan klasik melayu 60an dan 70 an, talent-nite dan persembahan nasyid dari PSAS,PUO dan bekas pelajar PUO pada malam terakhir.

Acara sambutan yang diadakan pada waktu malam turut dipertikaikan oleh beberapa persatuan dalam PUO . Kariah Masjid S.A.S dan penduduk sekitar Taman Cempaka turut membantah (tapi takda la sampai berhimpun depan PUO) kerana pengisiannya yang berbentuk hiburan selain kedudukan pentas yang berhampiran dengan masjid. Mereka bimbangkan berlakunya aktiviti tidak sihat seperti pergaulan bebas kerana tiada sempadan yang dihadkan antara penonton lelaki dan wanita serta menganggap hiburan seperti ini melalaikan. Syukur ada insan yang mengingatkan.

Bagi aku, berhibur tidak salah tetapi mesti menurut batas-batas yang ditetapkan. Selagi tiada percampuran lelaki perempuan, lirik2 lucah dan kurang sopan, pakaian yang terdedah sana sini, muzik yang menggangu penduduk sekeliling, aku rasa tiada masalah untuk menganjurkan konsert atau pertandingan karaoke di PUO. Tapi adalah lebih baik ditumpukan kepada pembinaan akhlak siswa siswi yang makin terhakis (bukan semua ya).

Seperti biasa, tempias pastinya akan kena kepada JPP (aku kurang selesa) tapi yang merancang semua ini adalah Kelab Kebudayaan dan Kesenian PUO. Cuma ada satu yang aku kesalkan, baru-baru ini sewaktu solat jumaat di M.S.A.S tersebar surat layang (tetapi terhad) yang menghentam Pengarah PUO akibat penganjuran acara hiburan tersebut. Aku sendiri tak membaca lagi isi kandungan keseluruhannya. Seandainya tidak suka kepada beliau, bersemuka dan katakan kepada beliau secara berhadapan atau hantar memorandum bantahan. Keburukannya disini, semua akan saling tuduh menuduh. Kita tidak tahu motif sebenar si penulis sama ada untuk menjatuhkan Pengarah atau pun surat itu sengaja direka oleh pihak tertentu seolah-olah surat ini ditulis oleh persatuan yang tidak sebulu dengan Pengarah. Aku telah bertanya dengan pemimpin persatuan tersebut dan menafikan surat layang itu dari mereka malah tidak mengetahui kewujudan surat layang tersebut. Allah sahaja yang tahu. Surat yang tidak bertanda tangan ini sewajarnya tidak dilayan.

Dari apa yang berlaku, pihak pentadbiran perlu lebih peka dengan sensitiviti orang ramai dan mahasiswa sendiri. Semoga penganjuran Konvokesyen yang akan datang lebih sempurna dan mencapai kehendak Visi dan Misi Politeknik Ungku Omar itu sendiri.

Sunday, April 12, 2009

Ada??? Tiada????

Hari ini (JUMAAT) memang 'langkah kiri' nampaknya..
ku pandang bawah, tiada.. ku jenguk dalam rumah, tiada..jenguk pulak bawah motor, tiada juga..ku garu kepala..mane kasut kulit hitam aku???
Aii..dah lambat ni..kang tak pasal2 kena baca doa qunut kat dalam kelas..ahhh..takpa la, kasut sport baru aku kan ada..lembap sikit je pasal kena ujan kat Teluk Batik..leh pakai..
Jenguk lagi kat rak kasut..Aik????
Tingkat satu..tiada..
Tingkat dua..pun tiada..
Tingkat tiga..Alamak dah takda la...
Waaarghhh...kasut baru aku!!!!!!!!!
sah KENA KEBAS..
Kasut kulit hitam?
sama je nasibnya..